Sunday, 23 December 2012

kisah minggu ini.. ^^

Assalamualaikum wbt...

tiba-tiba, terdetik di hati dan akal saya untuk berkongsi sesuatu.. kelmarin, bersamaan dengan 22 hb Disember 2012, saya pergi ke kedai runcit berdekatan rumah bersama emak. ketika sedang memilih barang, saya disapa oleh seorang pekerja di situ. katanya, mujur awak(saya) tidak membeli lilin tempoh hari. ayatnya bukan macam ni la. tapi mempunyai maksud yang sama. fikiran saya bingung memikirkan ayat yang beliau lafazkan sebentar tadi. akal saya perlahan-lahan cuba mencerna ayat tersebut. namun gagal. haha. kemudian emak saya ketawa. kepala saya yang bingung terus menjadi pusing. saya menaikkan kening tanda meminta penjelasan dari emak.

perlahan-lahan emak menjelaskan, kata emak, "ingat tak akak bersembang tentang kiamat hari tu?" haha. semerta, ingatan saya terimbau.

beberapa hari sebelum itu, saya dan emak pernah ke kedai yang sama. dan ketika hendak membayar harga barangan, kami disapa oleh pemilik kedai tersebut. agamanya, biarlah dirahsiakan. cuma beliau bukan seorang Islam. beliau menyarankan saya agar membeli beberapa batang lilin untuk dijadikan simpanan. dahi saya berkerut, lantas saya meminta penjelasan untuk kewajaran hal itu. kemudian beliau menjelaskan, katanya, dua-tiga hari sebelum ini, ramai pelanggannya yang datang untuk membeli lilin dan bahan-bahan makanan seperti roti dan sebagainya. kata mereka, masa untuk dunia musnah hampir tiba dan bumi akan bergelap selama beberapa hari. saya memandang emak, dan kami bertukar senyuman. saya membalas, saya tak percaya tentang ramalan kiamat itu dan ramalan tentang bumi akan bergelap itu hanya akan saya percaya jika disokong oleh fakta-fakta saintifik.

pemilik kedai itu tersenyum. katanya, beliau sudah mengagak bahawa saya tidak akan percaya tentang hal itu. katanya, beliau juga tidak mempercayainya tetapi, ketika melihat reaksi pelanggan-pelanggan yang menceritakan tentang perkara itu, rasa percaya hadir perlahan-lahan dalam dirinya. saya hanya ketawa. kemudian saya menjelaskan, sebenarnya, terpulang pada diri seseorang. kalau nak percaya, percayalah. kalau tak nak percaya, tak payah la percaya. beliau mengangguk perlahan seraya berkata, "kalau u taknak percaya, saya pun taknaklah". ketawa besar saya mendengar kata-kata beliau.

sebagai umat Islam, kita WAJIB mempercayai kiamat. sedangkan dalam rukun iman yang kelima juga menyebut, beriman kepada hari akhirat/kiamat. kalau tak percaya, maka tidak lengkaplah iman kita sebagai seorang muslim/muslimah. tetapi, kita tidak boleh percaya pada ramalan-ramalan yang mengatakan bahawa tarikh sekian-sekian akan berlakunya kiamat. itu semua kerja Allah SWT. kita sebagai hamba, seharusnya menyiapkan diri untuk menghadapi akhirat. bukannya sibuk meramal bila akan berlakunya kiamat.

pening sungguh saya dengan masyarakat yang percaya pada ramalan-ramalan seperti ini.

itu kisah pertama yang terjadi minggu ini. kisah kedua,

beberapa hari lepas, saya dan keluarga keluar membeli barang-barang keperluan sekolah. kemudian singgah di sebuah kedai makan untuk makan tengah. ketika menunggu pesanan tiba, kami didatangi seorang pemuda yang kurang siuman yang kemudiannya bertanya mengenai umur saya dan adik. saya hanya tersenyum sambil memberitahunya. kemudian tanpa disangka-sangka, beliau menyuruh saya dan seisi keluarga menadah tangan untuk berdoa. sungguh saya terharu apabila pemuda itu berdoa agar saya dan adik berjaya dalam peperiksaan dan hidup kami sekeluarga dilimpahi rahmat dan redha ilahi. panjang sungguh doanya. usai mengaminkan doa, bapa saya mengajaknya makan sekali. namun beliau menolak dan terus bangun untuk ke meja bersebelahan kami untuk berdoa kepada mereka pula. sebelum beliau beredar, bapa saya sempat menyelitkan beberapa not wang ke tangannya ketika beliau sedang bersalaman dengan bapa saya. keletahnya amat comel di mata saya kerana beliau terus meloncat kegembiraan dan terus memeluk bapa saya sambil bibirnya tidak putus-putus mengucapkan terima kasih.

ketika kami sedang menjamah makanan, bapa saya memberitahu, sebenarnya bapa saya mengenali pemuda tersebut. umurnya 20 tahun. dan sudah beberapa kali bapa saya menghantarnya ke balai polis apabila bertemunya yang sedang merayau ketika malam. kata bapa lagi, ayah pemuda tersebut telah meninggal dunia. ketika kecil, beliau normal, namun setelah diserang demam panas ketika bayi, beliau berubah menjadi seorang yang  kebudak-budakkan seperti itu. beliau kini tinggal bersama ibunya yang sibuk bekerja. kerana itulah beliau sering berkeliaran di situ. kami hanya mengangguk mendengar butir bicara bapa saya. kemudian mata saya beralih kepada pemuda berkenaan, tersirap darah saya apabila memerhatikan beberapa orang pelanggan kedai itu yang bertindak menghalaunya dari meja mereka. emak yang menyedari reaksi muka saya menegur, kata emak, tak boleh salahkan orang yang menghalaunya seratus peratus. sesetengah orang mungkin mempunyai masalah sendiri atau tidak mengetahui niat baik pemuda itu yang ingin mendoakan kesejahteraan mereka. sesetengah juga mungkin tidak selesa diganggu orang ketika makan. rambut sama hitam, hati dan pemikiran orang lain-lain. kemudian beliau kembali ke meja saya dan kami sempat bersembang. beliau menolak apabila kami mengajaknya makan kerana katanya, perut sudah kenyang. haha. ketawa saya mendengarnya.

ketika berada dalam kereta, bapa saya berkata, cuba bayangkan kalau tiada orang seperti itu di dunia ini. saya hanya menjongketkan kening tanda meminta penjelasan selanjutnya. kata bapa, orang seperti itulah yang sebenarnya menceriakan bumi Allah ini. orang seperti mereka tiada dosa. gerenti syurga. doanya pun mudah makbul kerana mereka ikhlas. kalau tiada orang seperti mereka, siapa yang akan mendoakan kita, gurau bapa saya. kemudian emak pula mengusik, " tu mesti nak tulis kat blog nanti"  haha. kan betul tekaan emak tu. emak memang memahami! haha  ^_^

sebenarnya banyak yang kita boleh belajar dari kehidupan sekeliling. cuma kita perlu lebih peka dan memandang sekeliling dan bukannya hanya diri sendiri.

hari ni saya pergi membeli belah. saja cuci mata dan berjalan untuk menghilangkan penat tuisyen beberapa minggu kebelakangan ini. gembiranya rasa hari bila dapat kumpul semua buku La Tahzan (jangan bersedih)
dan beberapa novel..hadiah buat diri sendiri.. haha. sampai kaki saya pun terseliuh sebab terlalu excited ke sana ke mari. ^_^

oh ya, baru saya teringat, seorang sahabat, Najiha Abdul Aziz, ada meminta saya menulis mengenai sesuatu di ruangan ini. tetapi saya terlupa.hanya baru-baru ini saya teringat. maafkan saya jiha, nanti kita tulis sama-sama, iya? :)


sekolah dah nak mula. kecut perut buatnya memikirkan kehidupan selaku pelajar tingkatan lima yang bakal ditempuhi..haha

sekian, Barakallahu fii kum..

Assalamualaikum wbt

Wednesday, 19 December 2012

sinopsis percutian saya.. ^^

Assalamualaikum wbt,,

saya tersedar yang sebenarnya sudah lama sejak kali terakhir saya menaip di sini. bukan melupakan, cuma masa tidak memberikan ruang kepada saya untuk berlama-lama di sini. lagipun, terlalu banyak yang ingin dicoretkan sehingga saya sendiri bingung memikirkan apa yang patut saya tulis. haha.

sejak cuti sekolah bermula, cuti saya diisi dengan jadual yang amat padat. hanya sempat berehat beberapa hari, kemudian bertolak ke negeri sembilan seperti tahun-tahun lepas. rindunya pada adik2, hanya Tuhan yang tahu..

kali ini, saya pergi dengan mak saudara juga.. dan adik saya.. kalau dulu dengan aunty ola, sekarang dengan aunty nani pulak.. haha.. berapa ramai aunty yang saya ada? mohon jangan tanya.. hehe. 

kami bertolak hari,, hmm... hari apa ya,,, hari selasa tak salah saya.. bertolak awal pagi.. kemudian dalam tengah hari tu Alhamdulillah,, selamat tiba. nampak aja rumah kat sendayan, rasa macam nak menjerit pun ada. rinduu! tambah-tambah pulak bila Muaz berlari terkedek-kedek datang peluk saya, SubhanAllah!! bahagianya rasa hati... :) kemudian, berehat-rehat sebentar.. layan adik-adik main.

petang tu, kami bercadang nak berjalan-jalan dekat taman di kawasan perumahan tu. tapi kena panjat bukit sikit... bukanlah panjat macam hiking kinabalu tu. berjalan ja. tapi bukit tu curam., jadi agak payah sikit nak panjat. nak panjat bukit tu tiada masalah sebenarnya.. yang masalahnya bila adik2 kesayangan saya tu berkeras nak bawak kereta mainan mereka.. haha. itu yang susahnya.. walaupun sebenarnya kereta tu boleh dipandu sendiri. ia ada gear reverse dan gear ke depan. dan ada pedal minyak serta brek. kalau nak control pakai remote control pun bolehh. tapi mereka pulak yang tak nak. masing-masing nah bawak sendiri. tapi kereta tu ada satu aja. berebut nak bawak. tapi si abang la yang dapat akhirnya. adik kena dukung jugak.haha..

 
ini la kereta mainan tu. bila abang dia naik, si adik sibuk saja nak tolak..haha. comel sungguh aksi mereka..
                                                          

waku ni Waiz dah mula merajuk bila tau abang aja boleh naik kereta tu. :)


peeenat,,,sangat bila ketika nak panjat bukit tu. bukannya apa, terpaksa pulak tolak kereta mainan ni untuk naik. nak guna pedal minyak dan remote control pun tak mampu sebab bateri dah nak habis dan kelajuannya pun amatlah perlahan. apatah lagi waktu nak naik bukit. haha. alamatnya, kami terpaksalah tolak naik ke atas. berpeluh habis. pinggang pun dah mula sengal- sengal sebab terpaksa membongkok untuk tolak kereta tu naik ke atas. nak angkat boleh. tapi beratlah. mula-mula, dah tak sanggup nak ke puncaknya. bukit tu rendah aja. tapi memanjat sambil menolak kereta tu yang payah.. bila sampai ke atas, masing-masing dah semput.haha.. tapi semput kami terubat bila nampak pemandangan ni,,


SubhanaAllah..!! cantik sungguh.! terpaku kami melihatnya..

ketika sampai di atas, mata saya tercacap pada seorang OKU yang sedang memegang tongkat di tangan. hati saya terusik. saya baru naik sikit sambil tolak kereta aja dah semput dan berpeluh macam main sukan. tapi beliau kelihatan bersahaja bersantai dengan kawan-kawannya. hati ini tiba-tiba berasa bangga akan pemuda itu. mata saya menyoroti langkah beliau sehingga beliau mahu turun dari bukit itu. Alhamdulillah. beliau tidak keseorangan. rakan-rakan beliau setia menemani di kiri kanan serta depan belakang beliau. mereka persis pelindung yang mahu melindungi rakan mereka daripada tercedera dan mengalami kecederaan mahupun sedikit..

kemudian saya beralih pula pada adik-adik.. haha. comel sungguh..!! masing-masing sedang bermain keseronokkan. Waiz pula tidak menunjukkan muka yang keletihan apabila memanjat bukit tadi. sebaliknya penuh ceria bermain.  ^^ cuma sesekali dia datang meminta air dari ibunya..



kemudian kami singgah sebentar di taman permainan kanak-kanak sejurus selepas turun dari bukit itu. mata saya terpandang seorang penjual yang sedang menjual air minuman berdekatannya. kemudian mata saya beralih kepada adik-adik yang kelihatan penat. kebetulan saya tak bawa dompet waktu tu. bila ditanya pada aunty nani, maksu dan adik saya, rupanya mereka bertiga pun tidak membawa dompet masing-masing. jadi, saya meminta izin untuk pulang sebentar mengambil dompet. kemudian membeli beberapa cawan air yang dijual. Waiz kelihatan teruja melihat saya membawa beberapa gelas air di tangan. dengan wajah tidak sabar, dia meneguknya dengan rakus. haha. comel sungguh..! ^^

kemudian kami pulang dan berehat. sambil-sambil tu,, sembang-sembang tentang destinasi malam itu akhirnya kata sepakat dicapai. destinasinya I-City, Shah Alam. kami bertolak selepas maghrib. mula-mula kami hanya berlegar-legar di ruangan I-City tu. tapi lama-lama, masing-masing mula rasa bosan, jadi kami buat keputusan nak masuk ke Snow Walk. best juga la.. tapi agak kecil sebenarnya Snow Walk tu..






Waiz dan Muaz lah yang paling seronok.. oh ya,, dan adik saya. haha.saya tak nak cerita banyak tentang I-City ni.. kami tiba di rumah saat jam meninjak ke angka 12.. selepas solat, masing masing kepenatan dan tidur..

keesokkannya, paksu dan maksu bawak Muaz dan Waiz ke hospital Columbia Asia. untuk rawatan bulanan, jadi, pagi tu kami hanya terperuk di rumah. tengah hari tu barulah mula operasi shopping-menyopping.. haha.. macam2 tempat kami pergi di negeri sembilan tu dan macam-macam barang yang kami beli..
petang tu, Muaz ada kelas taekwando.. kebetulan kelas tu jauh dari rumah. jadi, memang kebiasaannya lepas hantar Muaz, Maksu saya tak balik rumah dah. sebab nanti nak pergi ambil pulak. buang masa saja. jadi, kami lepak di kedai mamak berhampiran kedai taekwando tu.. 



malam tu masing-masing tidur awal..

keesokkannya,, waktu bersarapan, bincang lagi nak pergi mana. akhirnya,, buat keputusan,, pergi Melaka lagiii... haha.. ^^ tapi pergi setakat jalan-jalan pusing-pusing saja. sebab kebanyakkan tempat di Melaka memang dah pernah pergi. jadi kali ni, setakat cuci mata saja. nak tergelak bila pandang pakaian yang kami pakai.. sesuai untuk ke ke kedai runcit saja gamaknya. sebab, waktu berbinang tu, kami sedang bersarapan di luar. jadi kalau nak patah balik rumah, rasa buang masa pulak. jadi kami terus menuju ke Melaka dengan pakaian yang sememeh. tapi, tempat yang wajib kami pergi, Masjid Selat.. ^^ memang setiap kali ke Melaka, kami akan singgah di Masjid ini..






sempatlah kami bersolat dan Waiz dan Muaz berehat sebentar.. setelah mengambil wudhuk, saya ke tempat jemaah wanita dan segera menunaikan solat.. tapi solat saya agak terganggu apabila di sebelah kanan saya, ada sekumpulan wanita yang sedang sibuk bergossip di dalam rumah Allah.. hmm... agak geram jugak.. sebab waktu saya belum solat, mereka belum ada. sedang saya bersolat pula, mereka tiba-tiba muncul. usai saja solat, saya segera melipat marhalah dan beredar dari situ. saya hanya sempat berwirid dan berdoa di dalam hati dan di tempat lain. saya kira, mereka juga adalah tetamu dari negeri lain. kerana mereka datang secara berkumpulan dan menaiki bas.hmm.. pengalaman sungguhh... kami beredar ketika hari telah petang. 

malam itu, masing-masing sibuk mengemas beg. destinasi terakhir sebelum pulang ke Penang,  ialah Cameron Highland... jujur saya katakan, saya tak pernah memijakkan kaki ke Cameron sebelum ini. kalau Genting tu pernah la.. kali ni, kami disertai Maksu dan adik-adik. Paksu tinggal kat rumah sebab kena kerja.. haha. perjalanan kami tak beberapa lama sangat..

ketika tiba di puncak Cameron dan menikmati pemandangannya, hati saya berdebar... cantik sungguh.. !! ^^ kami berhenti sebentar untuk minum..




masing-masing memanaskan badan sebentar bersama teh yang dibeli.. tapi Waiz minum air mineral saja. dia tak boleh minum teh sebab nanti kembung.. ^^

tengoklah muka boringnya sebab orang lain boleh minum teh tapi dia hanya boleh minum air mineral.haha





kemudian kami check in Hotel dan menuju ke beberapa tempat menarik.. rasanya tak perlu kot saya cerita semuanya secara terperinci..









setelah penat seharian berjalan, sampai aja bilik, Waiz terus tertidur..


haha.. lena sungguh kami malam tu.. sewaktu bangun untuk subuh,, saya bukak sliding door.. semerta, kabus-kabus mula memasuki bilik kami.. haha.. indah sungguh..!! Subhanallah..!!


kemudian kami turun bersarapan dan check out..


usai bersarapan, kami meneruskan acara melawat kami..hehe,, dan 1 kejadian memalukan berlaku.. biasalah saya.. kalau tak jatuh tu memang ajaiblahh..

waktu tu tangan kiri saya sarat dengan beg.. kemudian di bahu kanan saya ada handbag saya dan Maksu, tangan kanan saya pulak sibuk pegang tangan Muaz.. sampai 1 tahap,, dah kelam kabut sangat, sampai jalan pun saya tak tengok depan dah.. tiba-tiba....

Gedebukk!! *sound effect over sikit* sakit sangattt!! kulit lutut saya terkoyak and pergelangan kaki saya terseliuh.. kemudian kami pulang ke Penang.. dan sahabat karib saya malam itu,, 

sepanjang Maksu tinggal di sini, merata-rata kami pergi setiap hari.. Amanjaya Mall, Sungai Petani lah, Sunway Carival lah, Butik Aidijuma.. dan saya tak mampu nak cerita setiap satu.. 



sebenarnya ada macam-macam lagi yang saya nak cerita.. tapi, setakat ni, ini dulu lah.. saya tak ada banyak masa sebenarnya.. sibuk dengan tuisyen pagi petang siang malam sehingga saya demam dan sebagainya,, itu akan saya cerita di lain entry, InsyaAllah..

sekarang setiap malam mesti saya tengok gambar adik-adik dulu sebelum tidur.. haha.. rindu sungguh..!! 







sekian dahulu buat kali ini.. entry yang pendek..hhehe...
Barakallahu fii kum..

assalamualaikum wbt

Thursday, 8 November 2012

entry merepek kerepek

assalamualaikum wbt..

ehem..!! ehem..!! test suara kejap.. ehem..!! hehe..bahana tidur lambat kebelakangan ni, saya dah mula rasa macam tak sihat. tekak dah start sakit. hehe. bila bagitau kat mak, mak marah saya. haha. marah2 sayang. mak cakap, jangan berjaga untuk tulis apa2 dah. kalau tak, mak tak izinkan saya tulis dah lepas nie. Gulp! arahan mandatori tu. haha. betul jugak. lately, saya tidur ketika jam hampir menginjak ke pukul 3. semalam ja saya start tidur awal balik. haha. tidur pukul 3, bangun pulak pukul 5.30. manalahhh tak sakit. tidur pulak tak pakai selimut. sekarang kan musim hujan. jadi cuaca malam memang sejuk. haha.

saya terlampau excited nak siapkan novel ni kot. ^^ sekarang kat sekolah hanya tercongak aja, jadi, makin aktif la saya menulis. hehe. makin hujung tahun ni, rasa sedih pulak nak tinggalkan tahun 2012. banyak betul kenangan pahit manis, suka duka, pertemuan perpisahan tahun ni. mana mungkin dapat saya lupakan itu semua.hehe. benarlah kata orang. pengalaman mematangkan seseorang. banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang persekolahan tahun ni. haha. rapat dengan sahabat yang sebelum ni tak pernah rapat langsung, masuk wad beberapa kali, join banyak kem perkhemahan. haha. itu antara aktiviti saya tahun ni.

rasa pantas sungguh waktu berlalu. melihat senior2 bersiap-sedia menjawab SPM, membuatkan saya berdebar-debar jadinya. bimbang, takut, resah, semuanya bergabung menjadi satu perasaan yang tidak mampu saya tafsirkan. aduh! membayangkan saya berada di dewan peperiksaan itu sahaja sudah mampu menyesakkan nafas saya. macam mana la nanti waktu saya nak jawab exam. haha. bimbang sungguh saya dibuatnya.

untuk cuti ini, saya akan bercuti ke sendayan seperti tahun-tahun dahulu. kemudian sibuk dengan kelas tambahan dan sebagainya. No more honeymoon year. haha. hati ini sentiasa berdegup kencang setiap kali mengenangkan perilaku saya sepanjang tahun ini. adakah saya berjaya mengumpul pahala dengan banyak, mahupun sebaliknya? haha. resah betul hati ini.

ahhh... menghitung hari balik ke sendayan. tak sabarnya.. rindu adik2 kat sana. rindu segalanya kat sana. rasa macam nak duduk lama2 kat sana tapi keadaan tak mengizinkan.haha.^^

saya mengantuk malam ni. tak mampu nak tulis panjang2.


sekian buat kali ini, barakallahu fiikum..

assalamualaikum wbt..

Tuesday, 6 November 2012

best day of my life..

assalamualaikum wbt..

semalam saya ingat saya gila main2 ja. tapi malam ni, sah saya rasa kepala ni pusing. bak kata watak idaman saya dalam Terlerai Kasih, kepala ni weng kejap. haha. seronok betul saya update blog ni sampai rasa macam setiap hari nak update. tambahan pulak, sekarang dah hujung tahun. kerja pun dah berkurang, lagilahhh saya jadi gila di depan laptop ni. hehe. jadi, sekarang, every day is the best day of my life... ^^




hati bahagia.. semoga hari2 saya sentiasa dilimpahi rahmat dan redha Allah SWT, insyaAllah.. hehe. nak jugak menaip kat blog ni walaupun hanya entry pendek.. ^^

sekian, barakallahufikum..

assalamualaikum wbt..

Monday, 5 November 2012

sahabat

assalamualaikum wbt..

wah, saya dah gila ni. haha. semalam update. hari ni update lagi. macam orang tak da kerja pulak kan. hehe. bukan tak ada kerja. cuma, kebelakangan ni jari saya dah terbiasa menaip. malam ni pun, terasa nak menaip jugak. ^^ saya tak ada rasa nak taip novel atau cerpen malam ni. rasa macam nak bercinta dengan Encik Laptop dan Encik Blog aja. hehe. ringan sungguh tangan saya on laptop dan duduk di hadapannya. jemari pulak tak sabar-sabar hendak menari di kekunci. hehe. betullah saya dah gila bayang ni.

baru beberapa minggu tak jenguk blog ni, saya rasa rindu sangat. sekarang ni dah terbiasa ber"dating" dengan blog ini. hehe. entah kenapa, sejak blog ini ada, saya seperti mempunyai seorang teman untuk meluahkan rasa. pernah saya buat perbandingan antara blog lama dan blog baru ni. dulu, waktu saya menulis di blog lama, entrynya lebih banyak bersifat kebudak-budakkan dan tidak matang. berbeza sungguh dengan blog ini. setiap kali saya menulis di sini, bagaikan diri saya menjadi lebih matang untuk menangani hal duniawi.

blog ini sebenarnya banyak menyedarkan saya. saya jadi lebih berhati-hati untuk menyusun kata. saya lebih berhati- hati untuk meluahkan rasa dan saya lebih berhati-hati untuk menceritakan soal diri saya. setiap kali hati saya rindu, di sinilah saya curahkan segalanya. seolah-olah saya punya teman rapat yang boleh berkongsi segalanya. yang menjadi beza, saya hanya boleh meluahkan rasa, tetapi tidak medapat balasan kata.

sebenarnya, ada juga dalam beberapa entry saya, saya sebenarnya sedang berkias tentang sesuatu. haha. tak tahu la kalau ada yang perasan. berkias tentang apa? hehe. pandai-pandai la cari sendiri. saya jatuh kasih pada blog ini. ia sahabat dan teman saya sepanjang masa.

berbicara mengenai sahabat.... mengingatkan saya tentang kem kepimpinan baru-baru ini. haha. sebelum kem itu berlangsung, saya dan rakan-rakan sedikit sibuk dengan persiapan majlis jamuan akhir tahun pengawas. menjadi tradisi setiap tahun, tingkatan 4 dan 3 akan menguruskan majlis ini. sering juga kami berkumpul di bilik pengawas untuk berbincang dan sebagainya, adakala, apabila penat berfikir tentang majlis ini, kami akan bergurau senda dan cuba menghidupkan suasana yang agak tertekan memandangkan acara ini bertindih dengan tarikh kem kepimpinan pengawas dan kokurikulum. maksudnya, pada malam hari pertama kem kepimpinan berlangsung, akan turut berlangsung majlis ini. selaku ajk tertinggi acara, peserta kem kepimpinan, agak meresahkan hati kami.


sehari sebelum kem itu, memang kami semakin dihimpit waktu yang kian mendikit. menghabiskan masa di bilik pengawas dan harus menjelajah di sekeliling sekolah, membuatkan nafas kami sesak dan jantung kami sentiasa bergerak pantas. haha. bila waktu sekolah hampir tamat, barulah kami berupaya melepaskan lelah. sambil melakukan kerja, kami bersembang sesama sendiri. kebanyakkan dari kami memang bersahabat baik. ketika itu, saya terasa seperti ukhuwah yang terjalin menjadi semakin erat. kmi bercerita mengenai pelbagai perkara. sehingga saya rasa sebenarnya, kadang-kadang walaupun orang itu bersahabat baik dengan kita, tidak bermakna kita tahu banyak tentang dia.

keesokkannya, sekali lagi kami sibuk bersama-sama. dengan persiapan kem lagi, dengan persiapan majlis jamuan lagi. kadang-kadang berkejar ke tempat perjumpaan kem, kadang-kadang, berkejar menyiapkan acara jamuan. amat memenatkan. tapi, meninggalkan kesan yang mendalam pada diri. dalam waktu kami tertekan untuk melakukan persiapan akhir untuk acara jamuan, kami terhibur dengan gelagat satu sama lain. bilik pengawas tidak pernah sunyi dari gelak tawa sepanjang persiapan dilakukan. saya sendiri terhibur apabila kami mengusik sesama kami dan bergaduh ala2 manja. haha. sungguh! dengan cara ini juga sebenarnya membuatkan kita berjaya melakukan tuntutan Islam. ukhuwah fillah.

petang itu, kami double triple sibuk! haha. sewaktu masa semakin hampir ke acara, hati kami semua berdetak hebat. mampukah perjalanan majlis berjalan lancar? haha. masing-masing hanya mampu mengelap peluh di dahi. ketika majlis berlangsung, memang ada cacat celanya. tetapi, saya terharu apabila melihat, jika ada kesilapan yang dilakukan, semua berusaha untuk memperbetulkannya. tidak hanya mengharapkan keringat seorang sahaja. hati saya bahagia melihat perkara seperti ini. setiap lopak yang ada, kami sama- sama usaha untuk tutup dengan kudrat yang ada.

malam itu, majlis berakhir lebih kurang pukul 10.30. syukur. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. lancar sungguh perjalanan majlis tersebut. saya terfikir sendiri, walaupun sibuk melakukan tugasan, kami sebenarnya semakin dekat dengan satu sama lain. selesai majlis tersebut, kami menarik nafas lega. indah sungguh jika kita selang-selikan antara kesibukkan dan keindahan menjalin ukhwah sesama sendiri.

keesokkannya, kami meneruskan aktiviti seperti biasa sebagai peserta kem. terharu sungguh saya apabila sahabat-sahabat tidak pernah jemu bertanya mengenai kesihatan saya. "izzah ok ke tak","izzah dah makan ubat ke belum".
sungguh saya amat2 terharu. mereka sentiasa memastikan saya berasa selesa dan sihat sentiasa. sayang kawan2... sayang semuanya... ^^ saat itu, saya sedar apakah erti persahabatan yang sebenar-sebenarnya.

sahabat sebenar adalah orang yang akan menegur kita jika kita dalam kekhilafan, menasihati kita kala kita dalam kebingungan, memperingatkan kita kala kita lupa,sentiasa bersama kala susah dan senang. mengambil berat terhadap kita sepanjang masa dan paling penting, sentiasa mengingatkan kita tentang suruhan Allah. sentiasa membantu kita berjuang memenuhi tanggungjawab kita sebagai khalifah, sentiasa berkongsi ilmu tentang Islam dengan kita dan mampu memandu kita ke jalan diredhai Allah.

sahabat amat penting dalam hidup kita. carilah sahabat yang dapat membimbing kita agar tidak lalai mahupun tersasar dari jalan Allah. sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa bersama kita untuk berjuang mendapat tempat terindah di akhirat kelak. ^^


Alhamdulillah.. saya dikelilingi sahabat yang benar-benar sejati.. ^^

sekian dahulu untuk kali ini. Barakallahufikum..

assalamualaikum wbt

Sunday, 4 November 2012

Bila Nak Saksi, Kau Datang Menyerah

assalamualaikum wbt..

terasa amat lama saya tidak menulis di sini. bukan tak sudi, tetapi masa amat terbatas kebelakangan ini.
saya dilanda kesibukan dunia. haha. jika ada masa terluang, sedaya upaya cuba saya penuhi bersama keluarga, merehatkan diri dan mengejar pahala akhirat. amboi,, dah macam wakil rakyat pulak saya ni. sibuk memanjang. haha. saya pasti, ramai di luar sana yang turut sibuk dengan urusan masing-masing. namun, itulah hidup dan kehidupan.

kita hidup bukan untuk sentiasa berasa selesa. kita hidup untuk mencari redha Allah dan melaksanakan tanggungjawab yang digalas selaku Khalifah di bumi Allah ini. amanah ini harus digalas dan bukannya hanya dibiarkan sepi tergantung di bahu. kita boleh memilih untuk hidup dengan selesa dan mengabaikan amanah dan tanggungjawab ini. tapi, bahagiakah hidup kalau selesa tetapi tidak mendapat redha Allah??

okay, bercerita tentang kehidupan saya kebelakangan ini. saya sibuk dengan pelbagai perkara. sibuk peperiksaan yang berjalan selama 3 minggu sehingga memenatkan akal dan minda saya, haha. sibuk dengan ujian yang datang menguji kesabaran diri. kesibukkan dengan jamuan akhir tahun pengawas. sibuk dengan Aidiladha yang tiba dengan barakahnya. sibuk dengan kem kepimpinan. sibuk dengan rawatan di hospital. sibuk dengan novel dan cerpen. haha. yang akhir tu tak dikira kot. itulah saya lebih kurang 4 minggu kebelakangan ini.

kadang-kadang, keindahan itu tersembunyi di sebalik segala duka yang kita hadapi. tak salah kita belajar bersabar dan menanti keindahan yang bakal tiba. ramai orang tidak sabar dan cepat melatah jika bertemu dengan ujian-ujian yang Allah turunkan. saya juga kadangkala begitu. sebenarnya, ujian-ujian ini adalah untuk menguatkan lagi semangat kita sebagai umat Muhammad SAW. seorang khalifah harus kuat menjalani pertempuran di dunia persinggahan ini. sesungguhnya, Allah Taala itu Maha segalanya.

oh ya,, kebelakangan ini, saya banyak juga habiskan masa membaca buku-buku novel yang saya beli namun belum sempat dibaca. hehe. saya kalau dengan novel, tiada kompromi! haha. selalu begitu. beli banyak-banyak. tapi baca hanya ketika betul-betul lapang. lagipun, dah nak akhir tahun.  ^^  kawan-kawan saya selalu cakap, dah hujung tahun ni kena shopping novel. nak baca waktu cuti. cemburu betul saya waktu itu. haha. takkan la saya nak beli novel lagi sedangkan banyak yang belum dibaca.hehe

ada juga yang mengkritik. sebab banyak baca novel cinta dan bukannya novel islamik dan buku ilmiah. haha. saya ni bukanlah teruk sangat sampai tak baca buku-buku macam tu. selang-seli la.

setakat ni, saya baru habiskan karya-karya seorang penulis yang menggunakan nama pena Rehan Makhtar. beliau juga merupakan idola dan inspirasi saya dalam bidang penulisan novel dan cerpen. antara karya beliau ialah





 inilah antara karya beliau.. hehe.. itu belum termasuk dalam blog dan penulisan2u lagi. untuk pertama kali, air mata saya begitu murah untuk tumpah ketika membaca Terlerai Kasih ni. haha. sebelum ini, walaupun ada cerita-cerita yang lebih sedih, saya tak pernah menangis. berbeza dengan karya Rehan Makhtar. mudah sungguh air mata saya tumpah. selalunya, ketika membaca novel, saya tidak terlalu "masuk" ke dalam cerita tersebut. sebab,, realiti adalah realiti. dan fantasi adalah fantasi. dan, ini kali pertama, saya ulang membaca sebuah novel sebanyak 4 kali! haha. entah apa yang merasuk diri ini. sedar-sedar sahaja, air mata sudah memenuhi tubir mata saya.

saya tidak pernah mengaitkan hubungan antara alam novel dan dunia sebenar. tetapi, tatkala saya membaca Bila Nak Saksi, hati saya terdetik, nak suami yang sebijik macam watak Yusuf dalam cerita itu. saya dah ulang baca cerita terlalu banyak kali.haha. entah mengapa, saya tidak pernah merasa jemu. mungkin cara penulisannya kena dengan jiwa saya. kadang-kadang, saya ditegur apabila ketawa besar ketika sedang membaca novel-novel beliau. selalunya, jika ada mana-mana babak yang mengeletek hati saya, saya hanya akan senyum. tetapi karya beliau berjaya membuatkan saya ketawa besar tanpa saya sedari.

cuba anda beli novel-novel beliau. pasti anda tidak akan menyesal. itu belum lagi saya cerita pasal cerpen beliau. kebanyakkan jalan ceritanya adalah lain dari yang lain. dan ia juga berjaya membuatkan saya tersenyum sendiri. sungguh,! karya beliau teramatlah best! sampai sekarang, hati saya masih mengatakan watak Yusuf dalam novel Bila Nak Saksi adalah watak idaman saya. haha.

beliau juga memainkan peranan sebagai salah seorang yang menyuntik semangat saya untuk menulis. pernah saya menuliskan kepada beliau betapa saya amat mengagumi karya beliau dan menyuarakan hasrat saya untuk masuk ke dalam bidang penulisan. tanpa segan-silu, beliau menyokong hasrat saya dan memberikan semangat untuk saya menulis.

terima kasih Kak Rehan. karya anda memang terbaik..! ^^

silalah lawat blog beliau...   klik sini
untuk karya beliau di penulisan2u, klik sini


assalamualaikum wbt

Sunday, 14 October 2012

ujian hidup

Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya

Ku serah takdir di tangannya

Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran

Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran

Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku teteap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serahkan takdir di tangannya

Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk

Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

Walaupun tak dikurnia kemasyuran

Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran

Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini 


ujian hidup by imam muda 1..

tiba-tiba, tangan saya ringan mencapai handphone dan terus memasang lagu ni. walaupun sebenarnya esok ada peperiksaan dan buku sedang berada di hadapan saya. kebelakangan ni, banyak ujian yang Allah SWT beri pada saya. seboleh mungkin saya cuba hadapinya dengan sebaik mungkin. Allah tak akan uji melebihi kemampuan kita. saya bersyukur kerana saya terpilih menerima ujian tersebut. ujian tanda Allah sayang! ^^

dalam hidup ni, banyak hati yang perlu dijaga, kadang-kadang, bila kita ikut kehendak orang, orang lain marah dan terasa hati, bila kita berdiam diri, banyak pihak menunding jari. ketika tertekan, ingatlah Allah. InsyaAllah setiap masalah ada penyelesaiannya. setiap dilema, ada pilihannya. jangan pernah merungut akan ujian yang diberikan.

ya! kadang-kadang kita tak sedar yang sebenarnya kita sedang merungut, tak apa. perlahan-perlahan, cuba ubah tabiat tersebut. saya pun kadang-kadang sering merungut. fitrah manusia. tapi kita boleh ubah semua tu. anggap sahaja ujian yang diberi adalah untuk menguatkan diri kita. jangan anggap ujian itu semua sebagai musuh dan membencinya, sebaliknya, ambil sudut positif dan fikirkan hikmahnya.

kadang-kadang, kepala saya pusing. memikirkan jalan terbaik untuk menghadapi semua ujian tersebut. janganlah bimbang, semua kesakitan akan dibalas dengan pahala, insyaAllah..sekiranya kita ikhlas..




assalamualaikum wbt

Wednesday, 10 October 2012

Keinsafan yang dititipkan pada diri.. ^^

assalamualaikum wbt..

kebelakangan ini, tangan saya kerap ingin menulis. tapi, sedaya upaya saya cuba tepis memandangkan saya sedang menjalani ujian sekarang.. hehe. doakan saya dan rakan-rakan ya.

malam ini, saya langsung tak dapat fokus untuk ulangkaji subjek sejarah. esok exam sejarah. Alhamdulillah, saya ada la bersedia jugak untuk paper ni beberapa hari lepas. minda saya asyik terbayang perkara yang berlaku petang tadi. sungguh menyedihkan. sehingga saya merasakan diri ini sungguh angkuh dan sombong sehingga sepanjang hidup saya selama 16 tahun ini, saya leka dengan dunia saya dan hanya memandang perkara yang saya rasakan penting.

alkisahnya, sekolah habis pukul 1.50 hari ni. balik je rumah, terus pergi mandi, solat dan bersiap-siap. hendak ke USM. saya kena teman mak saudara saya hari ni. dia nak jumpa pensyarah dia kejap. oleh sebab dia belum kahwin, bapa saya memang dah tugaskan saya untuk ikut dia ke mana saja. haha. tanggungjawab sebagai anak lelaki yang harus bapa saya pikul. okay, berbalik kepada kisah tadi, lepas dah selesai urusan di USM, kami pergi beli barang dapur kejap kat Tesco.

kemudian kami pergi ke medan selera untuk makan. sepanjang hari, saya hanya makan sekeping roti pada waktu rehat sekolah. jadi perut memang dah lapar sangat waktu tu. haha. sementara menunggu makanan, saya memerhatikan keadaan sekeliling.. hmm.. daripada pemerhatian saya, kebanyakkan orang lebih selesa menumpukan pada pemakanan dan handphone masing-masing. saya teruskan pemerhatian saya hingga,,,,,

pandangan saya jatuh pada seorang wanita tua yang kelihatan penat sedang duduk di sebuah meja. entah mengapa, mata saya tidak mahu lepas daripada wanita itu. wajahnya jelas menunjukkan keletihan yang amat sangat. simpati saya tumpah di situ. ingin sekali saya pergi membelai belakang wanita tua itu dan menyatakan betapa diri ini kagum akan kesungguhannya mencari rezeki demi menyara hidupnya.

saya tersedar sesuatu. selama ini, saya adalah seorang manusia yang amat mementingkan diri sendiri. langsung tidak mahu memerhatikan perkara- perkara yang menginsafkan di sekeliling. Allah. apabila pandangan saya bertaut dengan wanita tersebut, Subhanallah!! beliau masih mampu melemparkan senyuman yang kelihatan begitu ikhlas di mata saya. sungguh saya rasakan diri ini kerdil berbanding wanita tersebut.

kadang-kadang, manusia ralit mengejar dunia sehingga tidak melihat situasi sekeliling.
wajah seorang tua yang kepenatan setelah seharian bertungkus-lumus mencari rezeki..
wajah seorang pengemis yang tidak minta dijadikan sedemikian rupa, namun masih redha atas ketentuan ilahi.
kadang-kadang, kita lalai sehingga perkara yang menginsafkan seperti ini hanya menjadi habuk di pandangan mata.

saya sedang cuba,,
untuk menjadi seorang insan yang peka terhadap situasi sekeliling.....
untuk menjadi seorang insan yang lebih memahami erti hidup......
untuk menjadi seorang yang sentiasa mengharapkan redha Allah...

sungguh!! peristiwa hari ini menyedarkan saya, saya adalah seorang manusia yang penuh dengan kelemahan.
dan kelemahan itu seharusnya kita bendung dan ditukarkan kepada kelebihan.

* sedang cuba mendapatkan kembali mood untuk study sejarah.

ohh ya,, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon PMR tahun 2012. jangan lupa baca doa sebelum menjawab.

* exam kali ini, saya duduk di tepi tingkap dewan. jadi, segala tindak tanduk adik2 PMR tahun ini mampu saya lihat di sebalik tingkap. lucu apabila mengenang kembali saat-saat saya menduduki PMR.

assalamualaikum wbt..

Saturday, 6 October 2012

setahun yang bermakna..

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...

syukur ke hadrat ilahi kerana blog ini sudah mencapai usia setahunnya...  ^^
sungguh saya bahagia mempunyai blog ini.
saya ingat lagi detik saya berniat untuk memulakan sebuah blog.. niat saya ketika itu hanya untuk memenuhi permintaan rakan-rakan yang marah kerana saya telah memadam blog yang lama.. haha. niat yang salah.

tetapi,, lama kelamaan,, saya mula jatuh cinta pada blog ini. perasaan yang sama saya alami ketika saya menulis di blog yang lama iaitu sekitar tahun 2006-2009. blog itu saya padam atas beberapa sebab.

  1. hampir 3 bulan saya tak update blog sebab sibuk dengan peperiksaan.
  2. merasakan bahawa blog saya tidak matang dan kebudak-budakkan.
  3. tuntuan sebagai pelajar sekolah menengah yang mengehadkan masa saya untuk menulis.

haha.. saya cuba sedaya upaya untuk menjadikan blog ini sebagai sebuah blog yang bermanfaat dan saya berusaha untuk memastikan sesiapa sahaja yang singgah di blog ini berasa selesa untuk membaca. ada juga yang mungkin kurang senang dengan mana-mana entry-entry saya. di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala kesilapan yang mungkin pernah saya lakukan sama ada di luar atau ketika dalam kesedaran saya.

ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa blog ini seperti menjaja kisah peribadi saya. itu pendapat orang. sungguh saya tak kisah. mulut orang kita tak boleh tutup. saya akui, banyak kisah-kisah kehidupan saya yang saya coretkan di sini. tapi, bukanlah tujuan saya untuk menjaja kisah-kisah tersebut. hanya ingin berkongsi.

follower saya juga tak seramai blog yang lama biarpun sudah setahun kewujudan blog ini.. ^^.. tapi saya tahu, semua follower saya adalah orang yang ikhlas mengikuti blog saya. hanya keikhlasan itu yang penting. selebihnya saya tak kisah. ^^ terima kasih dan sayang semuanya.

banyak perkara yang saya pelajari dengan adanya blog ini..

pernah juga terfikir nak tukar nama blog ini. sebab ramai yang bagitau saya, kalau search nama blog saya, benda lain pulak yang keluar. antaranya,, orang2 politik. paham2 je la.. ^^ saya sedang berfikir tentang nama-nama yang sesuai untuk blog ini. hmm.. ada cadangan?hehe

sungguh saya katakan, saya sayang anda semua. sesiapa sahaja yang terusan menyokong saya selama ini, ribuan terima kasih saya ucapkan. anda menaikkan semangat saya untuk terus menulis.

dan, blog ini tidak akan terhasil tanpa bantuan Dia Yang Maha Berkuasa. saya amat2 bersyukur kerana Allah SWT meniupkan idea2 supaya blog ini tidak pernah putus tanpa tulisan2 dari saya. Syukur yang amat, YA ALLAH..

saya sayang anda semua. selamat setahun blog kesayanganku.. ^^

assalamualaikum wbt

Sunday, 23 September 2012

shopping online??

assalamulaikum wbt...

entah sejak bila,, dan tanpa saya sedari,, saya telah menjadi seorang shopaholic(xtau ejaan)
haha.. sedar-sedar sahaja, bila balik sekolah, mak saya cakap,,

" ada bungkusan sampai. ada dalam bilik."

" beli apa lagi? ada bungkusan pos laju tadi."

" hari ni pun ada posmen datang hantar barang."

haha.. itu antara dialog yang sering saya dengar bila balik dari sekolah. pernah sekali, mak ajak berbincang. mak tanya, apa yang saya beli dari internet sampai selalu sangat posmen datang?

kemudian saya masuk ke bilik dan keluar bersama-sama semua barang tersebut..
nak tahu barang apa?









tadaaa!!! gambar daripada internet. ini lah barang yang saya selalu beli sekarang.. tudung labuh bidang 60!!
entah kenapa, sejak saya asyik pakai tudung labuh ni, lama-kelamaan, saya jadi selesa. lepas tu, saya tunjuk pada mak buku catatan pengeluaran duit saya. ehem! saya shopping guna duit yang dikumpul ya. bukan meminta ya. harap maklum. ^^

saya hanya beli barang yang saya rasa harganya berpatutan. subhanallah,, rupanya, tudung bidang 60 ini lebih murah daripada tudung biasa. jeng3.. sudah ada kelebihannya di situ. percayalah, sekiranya niat kita ikhlas, pasti Allah bantu. saya bukan jenis orang yang suka pergi membeli belah. jika diberi pilihan untuk ke mana-mana, saya lebih suka pergi ke tempat yang tidak memerlukan saya untuk mengeluarkan belanja yang banyak.

lagipun, saya banyak menghabiskan masa di depan laptop kebelakangan ini. untuk menulis novel dan cerpen. jadi, sekali sekala bila idea tak ada, saya pergilah laman web ini, laman web itu.. dan saya tidak pernah melebihi perbelanjaan saya. itu yang penting. tidaklah berhabis duit hanya untuk bershopping.

saya lebih suka membeli-belah di internet..
mudah. hanya order dan lakukan pembayaran di mana-mana bank yang dikehendaki.tetapi,, pastikan anda boleh mempercayai si penjual. ada juga yang berkata,

" macam mana nak tau kualiti barang tu kalau tak pergi rasa dan tengok?"

hmm...macam mana nak terangkan eh? ada beberapa laman web yang saya pergi, dia boleh return back kalau tak puas hati. tapi, sentiasalah bertawakal. Allah akan membantu orang mempunyai niat yang baik.. insyAllah... walaupun banyak bershopping sejak akhir-akhir ini, saya tidak merasakan bahawa ianya membazir. tudung adalah kegunaan.keperluan. lagipun,, saya dah tak beli apa-apa dah dua tiga hari ni.hihi.^^

ingat,, jangan hanya shopping dalam talian hingga tak keluar dari rumah. ukhwah fillah.. kita kena keluar rumah dan bergaul dengan masyarakat.. ^^

sekian dahulu buat masa ini. entry yang pendek..hehe..


assalamualaikum wbt

Sunday, 16 September 2012

hobby baruuuu !!!!

assalamualaikum wbt..

saya sekarang boleh digelar sebagai seorang yang sibuk. *perasan*
hingga kadang-kadang tiada masa untuk menulis di blog saya sendiri.hehe. saya sekarang sudah bergelar seorang penulis sambilan(yang tidak diiktiraf) hoho

rupanya amat susah untuk bergelar seorang penulis ni. harus pandai bahagikan masa. tambah-tambah saya adalah seorang pelajar sekolah menengah..fuhh!!
dan, sekali kita ketagih untuk menulis,, pasti susah untuk berhenti.

pada mulanya, amat payah untuk saya bahagikan masa. kadang-kadang, ketika belajar, saya teringat pada novel-novel yang saya karang, kadang- kadang, ketika menulis, idea pula tiada. haha. sangat kucar kacir hidup saya. selepas beberapa lama, saya mula menyesuaikan diri. saya cuba untuk tidak memikirkan soal penulisan saya ketika sedang mengulagkaji atau sewaktu di sekolah. tetapi, apabila tiba-tiba idea muncul, saya akan mencatatkannya di dalam buku penulisan saya dan kemudian akan saya letakkan buku itu jauh-jauh.haha. bimbang bila dah start menulis, payah pulak nak berhenti.

masalah yang saya hadapi,, ada beberapa ketika, saya menghadapi konflik dengan diri sendiri.
adakah idea ini lebih baik? atau idea itu? saya seperti berperang tetapi dengan diri saya sendiri. selalunya, jika saya menghadapi situasi seperti ini, saya akan meninggalkan terus penulisan saya. buat apa kita hendak berfikir teruk-teruk tentang perkara yang remeh-temeh? remeh-temeh?? wow!! biasalah,, seorang penulis baru seperti saya, banyak kelemahannya..

tentang novel saya?? oleh sebab anda semua adalah orang istimewa dalam diari hidup saya, saya teringgin untuk berkongsi bersama anda BAB PERTAMA, dalam NOVEL PERTAMA saya.. ^^

****BAB 1****




Kringggg!!!  kringgg!!!

         Deringan jam loceng membingitkan telinga seorang gadis yang sedang lena dengan asyiknya..

         “ Hampeh punya jam! Kacau aja orang nak tidur.” Qisya memgumam. Segera jam ditekan untuk mematikan alarm yang dipasang lewat malam tadi. Dia berjalan malas ke tandas. Hanya 15 minit yang diperlukan untuk mandi. Kemudian solat dan merapikan katilnya.

           You say good morning, when its midnight, going out of my head. ” Qisya sempat menyanyi perlahan ketika sedang menyikat rambut. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia keluar dari bilik.

          “ Mama!! Mama!!” suaranya nyaring memanggil ibunya ketika menuruni tangga.

          “ Kat dapur Qis!” Puan Izzati turut menjawab dengan laungan. Qisya tersenyum. Segera langkah diatur ke dapur.

          “ Mama!!” Qisya menyergah ibunya yang sedang membetulkan pinggan di meja makan.

          “ Oh mak engkau pinggan pecah!” Puan Izzati terlatah. Qisya ketawa berdekah-dekah. Puan Izzati mencapai senduk yang ingin digunakan untuk menyenduk nasi goreng dan segera memukul badan anaknya perlahan.

          “ Nakal la anak mama ni,” rungut Puan Izzati. Qisya masih ketawa. Dia mencium pipi ibunya perlahan sebagai tanda meminta maaf.

          “ Kak Qis, kakak usik mama lagi eh?? Jahat la kakak ni,” ujar Izz Zahra. Adik kepada Qisya yang baru turun dari biliknya.

          “ Dari tangga Aman boleh dengar mama melatah. Caya la kak Qis,” Izz Zamani muncul dengan tawa sambil menunjukkan tapak tanggannya lantas di ‘hi five’ oleh Qisya.

          “ Dah-dah. Korang ni asyik kenakan mama aje. Cepat duduk. Mana papa dan Firuz?” Puan Izzati menyoal anak-anaknya.  Qisya dan adik-adiknya hanya mengangkat bahu. Mereka sibuk menyenduk makanan ke dalam pinggan masing- masing. Sambil menunggu ayah dan adik bongsu mereka, Qisya dan adik-adiknya berbual. Sudah menjadi tradisi keluarga, mereka hanya akan makan sekiranya semua ahli telah memenuhi meja makan.

         “ Assalamualaikum semua,” Izz Firuz menyapa ceria.

          “ Waalaikumussalam.” Mereka menjawab serentak.

          “ Fifi, mana papa?” Puan Izzati bertanya kepada anak bongsunya.

          “ Tadi Fifi tengok papa tengah jawab call kat family hall,” ujar Izz Firuz sambil mencapai pinggan.
            Puan Izzati mengangguk. 

          “ Assalamualaikum dan good morning Izz papa sekalian.” Encik Izzaf muncul tidak berapa lama kemudian.
 
           Sememangnya, keluarga Qisya memang agak unik dari segi nama mereka. Qisya atau nama penuhnya, Nur Izz Qisya Qistina merupakan anak sulung dalam keluarga ini dan berusia 23 tahun. Manakala anak kedua ialah Muhammad Izz Zamani yang berusia 20 tahun atau lebih dikenali sebagai Aman. Diikuti oleh Nur Izz Zahra dan Nur Izz Firuz yang masing-masing berusia 18 dan 16 tahun. 

            Kata Puan Izzati, nama mereka semua mempunyai Izz kerana Izz bermaksud kekuatan dan dia berharap agar kesemua anaknya akan mempunyai kekuatan untuk menempuh semua dugaan yang melanda hidup mereka. Selain itu, sebab yang kedua adalah kerana Puan Izzati juga mempunyai perkataan Izz di namanya. ‘Izz’ati. Begitu juga Encik Izzaf. ‘Izz’af.

             “ Walaikumussalam pa. Cepat la papa… Perut Qis dah macam gempa bumi dah ni,” Qisya merungut manja.

             “ Alah pa, kak Qis tipu je tu. Dia dah kenyang ngusik mama. Mereka semua ketawa kecuali Izz Firuz dan Encik Izzaf yang terpinga-pinga.

             “ Budak- budak ni kacau sayang eh?” Encik Izzaf mencuit pinggang isterinya.

             “ Oi budak-budak kacau eh, kacau!”Encik Izzaf ketawa. Puan Izzati memuncungkan bibirnya.

             “ Ala, sayang abang merajuk. Nanti abang kasi hadiah,ok?” Encik Izzaf cuba memujuk. Dia tahu, isterinya bukan seorang yang suka merajuk untuk jangka masa yang panjang.

             “ Eh papa, sudah-sudah la tu. Kami dah lapar ni. Lapar nasi. Bukan lapar babak-babak romantis mama dan papa,” ujar Izz Zamani sambil mengusap perutnya. Mereka semua ketawa mendengar kata-kata Izz Zamani.
 
             “ Betul cakap abang tu pa. lapar ni…..” Izz Firuz mengadu manja.

             “ Korang memang cemburu tengok papa bermanja dengan mama kan?” Encik Izzaf mengambil tempat di meja makan. 

              “ Aman, baca doa,” arah Encik Izzaf.

Setelah mengaminkan doa, mereka semua bersarapan. 

              “Sampai bila Mak Leha cuti ma?” Izz Zahra bertanya mengenai pembantu rumah mereka.

              “ Entah la. Mama tak pasti. Biar lah urusan keluarganya selesai dahulu,” ujar Puan Izzati.

              “ Hari ni hari Ahad. Apa plan anak-anak papa hari ni? Encik Izzaf bertanya kepada anak- anaknya. 

              “ Tidur!” Ujar Izz Zamani sepatah.

              “ Shopping!” Izz Zahra pula berkata.

              “ Assigment!” Qisya memberitahu

              “ Homework!” Izz Firuz pula menjawab.

Encik Izzaf terkedu. Puan Izzati mengelengkan kepalanya.

             Nur Qisya Qistina sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang perniagaan manakala Izz Zamani adalah seorang penuntut di Universiti Malaya dalam jurusan perguruan. Dia memang berminat untuk menjadi seorang guru sejak dari kecil. Berlainan dengan Qisya yang meminati bidang kedoktoran tetapi terpaksa menceburi bidang perniagaan kerana dia diharapkan dapat mengambil alih tempat bapanya selaku CEO sebuah syarikat yang agak besar di ibu kota. Pada mulanya, Qisya memprotes arahan bapannya yang inginkannya menjadi seorang ahli perniagaan. Lama kelamaan, minat itu mula timbul dan dia sekarang amat meminati bidang tersebut.

            Nur Izz Zahra sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Gopeng,Perak. Dia akan menaiki bas untuk pulang ke kolej pada petang itu. Nur Izz Firuz pula masih bersekolah di tingkatan empat. Dia mengambil aliran sains tulen di sekolahnya.

            “ Kalau semua ada aktiviti sendiri, siapa yang akan temankan mama dan papa?” Encik Izzaf bertanya lirih. Dia pura-pura merajuk. 

            “ Abang!”

            “Kak Qis!”

            “Zahra!”

            “ Fifi!”

           Masing-masing menunjuk kearah orang lain. Qisya menunjuk kepada Izz Firuz, Izz Firuz menunjuk kepada Izz Zamani, Izz Zamani menunjuk kepada Izz Zahra dan Izz Zahra menunjuk kepada Qisya.

            Mereka berpandangan sesama sendiri.

            “ Kenapa tunjuk Kak Qis?”

            “ Apahal pulak Zahra yang kena?”

            “ Abang tak nak terlibat!”

            “Fifi banyak homework!”

             Suasana di meja makan itu gamat dengan suara mereka bertiga yang bercakap serentak. Encik Izzaf mengelengkan kepalanya.

           “ Tak apa lah kalau semua tak nak teman mama dan papa. Biar kami pergi dating berdua je.” Encik Izzaf mengenyitkan mata pada isterinya. 

           Good idea!” Qisya mengangkat ibu jarinya. Adik-adiknya pantas mengangguk kerana bimbang sekiranya ayah mereka mengubah cadangan.

            Encik Izzaf tergelak melihat telatah anak-anaknya. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi bising di luar rumah.

            “ Apa tu bang? Macam ada orang tengah kecoh- kecoh je,” ujar Puan Izzati.

            “ Jom tengok!” Izz Zamani mengajak. Mereka segera ke luar rumah untuk melihat punca bunyi bising itu.

            “ Eh papa! Ada orang pindah masuk villa sebelah la.” Izz Firuz bersuara.

            “ Iya sayang.. papa nampak,” Encik Izzaf menjawab.

            “ Bang, mungkin itu tuan rumahnya,” Puan Izzati menunjuk kearah sebuah keluarga yang sedang sibuk memunggah barangan dari pacuan MPV Aphard mereka.

            “ Abang pun rasa begitu. Mari kita tegur.” Encik Izzaf mengajak anak-anaknya yang sedang berselindung di sebalik sliding door rumah mereka.

           “ Kejap pa. Nak gi pakai tudung.” Qisya dan adik-adik perempuannya bingkas menaiki tangga untuk ke bilik mereka.

            Qisya segera menukar bajunya kepada t-shirt berlengan panjang. Tudung dipakai dan stoking disarung. Setelah meneliti wajahnya di cermin, Qisya segera keluar dari biliknya.

            Setibanya di bawah, Qisya melihat adik-adiknya sedang menunggu di muka pintu.

            “ Jom!” ajak Qisya. Mereka berjalan seiringan mendapatkan Encik Izzaf dan Puan Izzati yang sedang berbual dengan sepasang suami isteri di depan pagar rumahnya.

            “ Come papa kenalkan korang. Ini Datuk Makmur dan isterinya, Datin Ameera.” Encik Izzaf memperkenalkan mereka. Qisya mengambil giliran pertama untuk bersalam dengan Datin Ameera dan menunduk sedikit pada Datuk Makmur.

           “ Cantik sungguh anak-anak awak,” Datin Ameera sempat memuji Qisya dan adik beradiknya.

           “ Eh, Mana pulak anak-anak kita ni? Sayang tolong panggilkan mereka, boleh?” Datuk Makmur berkata kepada isterinya. Datin Ameera mengangguk. Dia segera mencari anak-anaknya. Sementara itu, keluarga Encik Izzaf berbual mesra dengan Datuk Makmur.


           Datuk Makmur merupakan seorang pemilik sebuah syarikat di Selangor. Dia berpindah ke ibu kota kerana ingin menubuhkan sebuah cawangan syarikatnya. Syarikatnya di Selangor diserahkan kepada adiknya buat sementara waktu.

          Datin Ameera muncul tidak lama kemudian diikuti oleh seorang pemuda dan seorang gadis yang tersenyum manis di belakangnya.

          “ Kenalkan, ini anak kedua saya, Muhammad Aliff Haikal. Dan anak bongsu saya, Hasya Safiyyah .” Puan Izzati memperkenalkan anak-anaknya. 

         “ Hasya umur berapa?” Qisya bertanya ketika sedang bersalam dengan Hasya Safiyyah.

         “ 20, kak.” Hasya menjawab lembut.

         “ Amboi, lembutnya budak ni. Padan la dengan tudung labuhnya. Comel!” desis hati Qisya. Sememangnya, dia suka melihat gadis-gadis yang berperwatakan lembut begitu. Ehem!! Bukan suka lesbian ya. Harap maklum. Tetapi suka yang sejuk mata memandang. 
 
       “ Oh, yang sulungnya mana?” Encik Izzaf bertanya.

       “ Yang sulung ada di Australia. Tengah sambung master. Umur dah 26. Yang Haikal ni 22 tahun,” Datuk Makmur menepuk perlahan belakang anak lelakinya.

      “ Eh bang, baru saya sedar. Kenapalah kita sembang di bawah panas terik ni. Jemput masuk ke rumah kami, Datuk, Datin.” Puan Izzati mempelawa.

        “ Allah! Abang baru perasan la sayang. Jemput masuk, Datuk, Datin.” Encik Izzaf menepuk dahinya.

          “ Mungkin lain kali. Kami pun ada banyak lagi barang yang perlu dikemas. Kemudian hendak menyusun semula barang-barang yang dibawa lori ini.” Datuk Makmur menolak lembut perlawaan itu.

           “ Kalau begitu baiklah. Aman pergi tolong Haikal, papa tolong Datuk Makmur. Mama dan Izz girls papa sekalian tolong Datin Ameera dan Hasya ye,” ujar Encik Izzaf memberi arahan kepada keluarganya. Mereka mengangguk.

          “ Eh, panggil saya Makmur sahaja. Tak perlulah ber-datuk-datuk. Tak menyusahkan keluarga Encik Izzaf ke datang tolong saya ni?” Datuk Makmur bertanya.

           “ Tak ada susahnya. Panggil saja saya Izzaf. Tak perlu berencik-encik.” Encik Izzaf tergelak. Bagai dejavu! Seorang tidak perlu berdatuk-datuk. Seorang lagi tidak perlu berencik-encik.

           Okay Izz papa sekalian, move! Move!” Encik Izzaf bersuara. Kesemua anak-anaknya mengangkat tabik. Diiringi tawa oleh keluarga Datuk Makmur.

            Qisya, Izz Zahra dan Izz Firuz membantu Hasya Safiyyah mengemas ruang tamu dan ruang keluarga villa itu. 

            Manakala Izz Zamani dan Haikal membantu pekerja-pekerja yang sedang mengangkat barangan dari lori.

            Puan Izzati dan Datin Ameera mengemas dapur dan menyusun barangan dapur.

            Encik Izzaf dan Datuk Makmur? Mereka hanya membantu mengarah dan berbual-bual mengenai syarikat masing-masing.

          “ Luas juga villa ni ya, Kak Hasya.” Izz Zahra yang sedang mengemas kusyen di sofa bertanya.

          “ Alhamdulillah. Dapat tinggal di rumah yang selesa seperti ini. Kalau korang nak ronda-ronda pun tak apa,” ujar Hasya mempelawa.

          “ Eh, tak nak la. Tak elok berkeliaran di rumah orang.” Qisya menolak perlawaan Hasya.

          “ Tak apa kak, mari Hasya temankan.”

         “ Jom la kak Qis, Fifi pun teringgin nak tengok sekeliling rumah ni.”
          Okay lah. Jom.”

          Di tingkat bawah, terdapat ruang tamu, ruang keluarga, dapur dan dua buah bilik yang sederhana besar.

          “ Hmm.. Mungkin untuk tetamu dan orang gaji.” Desis hati Qisya.

           Di tingkat kedua, terdapat lima bilik tidur dan satu ruang keluarga. 

         “ Kak, masuklah dan tengok bilik-bilik yang ada. Saya izinkan,” Hasya berkata dengan senyuman yang masih di bibir.

         “ Adik-adik akak sekalian, jangan masuk bilik Datin dan Datuk tau. Tak elok.” Qisya menasihatkan.

        “ Baik, Kak Qis!” Izz Zahra dan Izz Firuz menjawab serentak.

        Qisya membuka sebuah bilik yang tertera nama Hafidz di luarnya. Biarpun hati mengatakan tidak, entah mengapa, ringan sahaja tangannya memusing tombol pintu itu.

         Qisya tergaman melihat dekorasi dalamannya. Persis berada di sebuah tempat yang amat menenangkan. Dindingnya yang diletakkan dengan wallpaper yang berwarna biru laut amat mendamaikan jiwa. Terdapat sebuah meja belajar dan rak buku di hujung bilik besar tersebut. Qisya menghampiri. Tangannya perlahan berjalan di atas buku-buku tersebut.

         “ Hmm.. banyak buku ilmiah.” Qisya bermonolog sendirian. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman. Dia melihat kembali keadaan sekeliling. Terdapat sebuah katil yang mempunyai cadar yang juga berwarna biru laut. Sofa juga berwarna biru laut. Hanya almari pakaian sahaja yang berwarna seperti kuning pasir.

        “ Ini bilik abang Hafidz, kak.” Hasya bersuara di muka pintu. Qisya mengalih pandangannya.

        “ Akak suka dekorasi bilik ni. Mendamaikan.” Qisya meluahkan rasa kagumnya.

        “ Abang Hafidz yang hias sendiri. Bulan lepas dia ada datang sini. Dia siapkan biliknya dulu. Sebab dia tahu yang waktu kami berpindah, dia tiada di sini. Qisya mengganguk tanda memahami.

        “ Kak Qis, mama panggil,” Izz Firuz memanggil di muka pintu.

         Okay. Jom Fifi, Hasya.” Qisya mengajak. Matanya sempat menjeling sebuah pasu yang terletak di sudut hujung bilik itu. 

          “ Terima kasih Hasya sebab tunjukkan kawasan rumah ni pada kami. Fifi, mana Zahra?

           “ Kak Zahra dah turun awal tadi,” ujar Izz Firuz. Mereka bertiga beriringan turun ke bawah.

           “ Ada apa mama?” Qisya bertanya ketika tiba di dapur. 

          “ Qis tolong pergi beli lauk untuk makan tengah hari ni. Mama tak sempat masak la sayang.” Puan Izzati menyuruh Qisya.

          “ Eh, tak pa. Saya boleh suruh Haikal tolong belikan. Penat keluarga awak datang tolong saya. Apa salahnya kalau saya belanja hari ini,” ujar Datin Ameera.

          “ Tak apa Datin. Hari ni giliran saya. Esok lusa giliran datin pula”

          “ Kalau begitu, baiklah.”

          “ Qis, pergi dengan Hasya. Boleh la Hasya pilih lauk kegemaran keluarga datin. “

          “ Baik, ma..” Qisya melirik jam di dinding.

          Ish ish ish. Cepatnya waktu berlalu. Dah dekat pukul 1 rupanya. Rasa macam baru aja sarapan tadi.” Qisya berkata.

          “ Ala Kak Qis, dari pagi kita kemas family hall dan ruang tamu. Lepas tu baru kita pergi tinjau-tinjau rumah ni. Tak kanlah Kak Qis tak sedar kut. Teringatkan siapa la tu agaknya ye..” Izz Firuz mengusik kakaknya.

            Akak betul-betul tak perasan, Fifi. Hmm,, jom lah Hasya.” Mama! Qis pinjam kereta eh!” Qisya melaung pada ibunya yang sudah bergerak ke ruang depan.

          “ Hasya tunggu kejap, akak gi amek kunci kereta,” ujar Qisya. Hasya Safiyyah hanya mengangguk.

          Qisya segera berlalu ke rumahnya. Dompet dan kunci kereta dicapai. Dia sempat meminta izin dari bapanya untuk pergi membeli makan tengah hari. Punat kereta ditekan. Dia kemudiannya menghidupkan enjin Toyota Camry kepunyaan Puan Izzati. Sementara menanti enjin panas, dia pergi mendapatkan Hasya Safiyyah yang sedang menanti di bawah pokok.

           “ Ingatkan akak dah lupa Hasya. Siap dah hidupkan enjin lagi,” Hasya Safiyyah mengusik.

            “ Mana boleh tinggal. Buntu la akak nak pilih lauk apa nanti.” Qisya tergelak. Dia mengajak Hasya ke kereta.

           Dalam kenderaan pacuan empat roda itu, mereka sempat berbual-bual mengenai beberapa perkara.

           “ Jom!” Qisya mengajak Hasya setelah mereka tiba di destinasi. 

           Ketika memasuki kedai makan itu, Qisya menyuruh Hasya memilih lauk untuk keluarganya sementara Qisya memilih untuk keluarganya.

           “ Eh, akak suka ikan keli?” Hasya bertanya ketika melihat Qisya sedang memilih ikan keli berlada.

           “ Yup! Suka sangat.” Qisya tersenyum.

           “ Sama macam abang Hafidz” 

           “ Iya? Sama taste la tuuu…” Qisya menjawab sambil tergelak.

**** THE END BAB 1**** 

So,,, how? how? how?
mengapa saya rasakan seperti entry kali ini kucar-kacir??hmmm

assalamualaikum wbt