Thursday 31 May 2012

kenangan kem akademik..^^

assalam wbt

weeeheeeee..... cuti dah nak seminggu...emmmm..
izzah harap ramai yang dapat faedah dari cuti nie.. insyaAllah..

dannnn,,, izzah nak cerita pengalaman cuti izzah untuk minggu pertama nie..
ok,,, semua tahu kan izzah ada kem 27,28,29,30 hb lepas..
kali nie tak buat kat sk sungai sungai bakap... tapi kami buat dekat sekolah menengah agama ad-diniah sungai duri...hohoh
izzah agak blur bila cikgu sebut tempat tu.. sebab tak tau kat mana..
cikgu cakap,, senang.. kat sana ada asrama.. takyah la budak2 tidur atas lantai dah..
ok..macam biasa,, sebelum gerak keluar dari rumah,, izzah tanamkan azam dalam hati,,
pergi kem kali nie,, sebab nak bantu generasi kita.. nak enjoy ngan budak2 dan dapat pengalaman baru.
walaupun kem kali ni bukanlah kem yang terbaik pernah izzah pergi,, but,, ia masih menarik dan meninggalkan kesan yang mendalam di hati..

ahad...
jeng3...izzah bangun awal jugak laaa...
then baru nak kemas barang..hhaahaa..^^
beg baru nak cari,, tudung baru nak iron,, baju baru nak cari.. agak kalut..
mak izzah dah geleng kepala tengok izzah duk ulang-alik ja..haha
pukul 9,, bertolak gi sana.. dalam kereta,, izzah dah teringat macam2..
charger handphone tertinggal,, headphone tertinggal,, macam2 tertinggal...
dan yang paling penting,, ubat izzah pun tertinggal!!!
dalam hati,, Ya Allah,, macam mana izzah nak hidup tanpa ubat2 izzah..

then call kawan.. dia pun jadi fasi jugak.. kebetulan dia akan lalu rumah izzah,, jadi izzah mintak tolong dia.. izzah call adik izzah suruh letak semua barang tu dalam 1 beg plastik..
petang tu takda aktiviti sangat.. masa masuk bilik yang disediakan untuk fasilitator perempuan,, izzah tergaman... lawaaaaaa gilaaaaaaaa!!!! lengkap dengan dapur.. alhamdulillah..

malam tu,, hmmm.. malam tu hujan..
ya Allah.. izzah tak sangka akan hujan.. bila hujan,, izzah akan sakit..
kami tengah ada kat surau waktu tu.. kuar2 surau,, hujan lebat.. angin pun kuat..
izzah tak boleh kena angin hujan.. lagiiiii laaa izzah sakit..
ubat pulak tak bawak,, emmm...sebenarnya sengaja taknak bawak..
izzah jemu makan ubat.. bila duduk rumah,, setiap waktu mak akan pastikan izzah makan ubat ikut masa yang ditetapkan.. izzah dah muak dengan ubat..

kawan2 fasi perempuan yang lain hairan tengok izzah berpeluh walaupun waktu tu sejuk..
afiqah,, dia tau yang izzah ada sakit... ehhh,,, izzah tak ingat la.. izzah pernah tulis tak kat sini izzah sakit apa?? emm.... izzah mintak maaf sangat2 sebab tak boleh cerita. tapi,, 13/6 ni izzah ada pembedahan..ok..sambung cerita balik..malam tu izzah hanya pakai baju tangan panjang yang tak beberapa tebal.. selalunya kat rumah,, kalau hujan,, izzah akan pakai dua lapis baju dan sehelai jaket.
tapi kem nie izzah tak bawak semua tu..
afiqah dah kalut tengok izzah.. beb,,saayang gilaaa kat hg..thanks sbb jga aku..
afiqah gi amek air suam..memang sakit sangatt waktu tu. izzah masuk bilik.. walaupun sejuk,, tapi izzah berpeluh tahan sakit.. sampai ada satu tahap,, air mata pun mengalir sebab terlalu sakit..then hujan berhenti.. alhamdulillah... hujan tak lama..

aktiviti malam tu,, izzah tak berapa sertai sangat.. izzah just duduk dalam dewan and letak kepala atas meja..haha... letih sangat.. lepas izzah sakit,, memang badan akan rasa letih..thanks a lot kepasa fasi lelaki sebab handle aktiviti malam tu.. walaupun terpaksa layan kerenah adik2 yang macam2,, dorang tetap sabar.. thumbs up!! ^^
setiap kali waktu makan ubat,, mak akan telefon dan tanya,, dah makan ubat ke belum..
serba salah sangat,..

malam tu,,ada adik perempuan datang kat kami... katanya,, dia ada nampak "benda"..
Ya Allah.. dah la badan letih,, minda pun letih.. terpaksa pulak pikir macam mana nak atasi masalah adik nie.. kami just cakap kat dia,, kalau nampak lagi,, bagitau kat kami,, jangan cerita kat kawan2.
kami amek keputusan untuk 50% percaya dan 50% tak percaya.. then kena make sure adik2 tu tidur pulak.. sebelum tidur,, kami akan pastikan adik2 tu baca Al-Fatihah, 3 Qul dan surah2 pilihan yang lain..then kami pun masuk tidur.. izzah tak amek masa yang lama untuk tidur.. biasa laa...badan letih..

selasa...
pagi tu lepas subuh,, kami handle aktiviti.. kami main bom... waalaaahhhh,,, sangatlaa enjoy..
terutamanya bila kena buat kata2 sambutan.. kreatif betul adik2 tu...hehe... memang asyik
gelak jaa pagi tu..selesai aktiviti,, budak2 ada slot akademik bahasa melayu.. sebelum start,, kami bagi coklat sorang dua kat dorang.. taknak bagi mengantuk.. then kami fasi perempuan balik rumah nak mandi.. lepas tu datang balik.. letih memang letih.. tapi bila tengok adik2 tu enjoy,, happy jaa rasa..^^

then izzah amek buku... kononnyaa laaa... nak sambung cerpen..haha... sambil tengok adik2 tu belajar... dan kisah izzah jadi geram ngan dorang bermula di sini..
adik2 tu tak biasa jadi lasak.. tidur lewat sikit,, dah mengantuk sangat2.. padahal,,, takda la lambat sangat dorang tidur..
masa slot bahasa melayu,,memang nampak sangat yang dorang tengah ngantuk..
dorang cakap kat  cikgu tu,, ngantuk. then cikgu2 yang ada tu kata,, ok la.. rest 5 minit..
cikgu tu cakap rest ja.. tapi adik2 nie,, semua pakat keluar dari dewan. yang lelaki pergi main sepak takraw, pergi balik dorm tidur,,
yang perempuan naik bilik tidur.. ada yang makan..

kesian cikgu2 tu terpinga2 tengok adik2 tu suka hati ja keluar.. dah la tak mintak kebenaran.. kami fasi perempuan yang ada waktu tu geram gilaaaa!!! mana tak nya,, langsung tak hormat cikgu kat depan... kami gi cari adik2 tu then suruh dorang masuk dewan balik.. lepas semua dah masuk,,kami kira jumlah semua.. kira punya kira,, lagi dua orang tak cukup..kalut gak rr cari..
cari punya cari,, end up,, rupanya tengah sedap tidur dalam dorm.. haiyaaa.... lagi la geram.. habis slot bahasa melayu,, memang kena rr dorang.. fasi lelaki waktu tu abang romzi ja yang ada..
abang romzi nie memang pantang kalau orang biadap sangat..
budak yang main sepak takraw and gi idur tu kena denda pumping 20 kali,, ketuk ketampi lebih kurang 70 kali dan lari gelanggang badminton 5 kali.. kami memang la sedihh tengok budak2 tu kena denda.. tapi nak buat macam mana,, nak bagi keinsafan.. untuk budak perempuan,,
mula2 kami taknak denda,, tapi bincang punya bincang,, kami sepakat denda jalan itik 3 round gelanggang badminton.. tapi sebelum buat semua denda nie,, kami dah bagitau kat pegawai urusetia.. dia pun memang bagi kami denda.. sebab niat kami untuk kebaikan adik2 tu.. takda niat lain..

alhamdulillah,, slot petang tu,, semua bagi perhatian..
then,, lepas asar,, kami ajar nyanyi.. macam biasa.. ada lagu tema..
danlagu tema kali nie,, demi matahari,, hambamu dan gemuruh..
semua lagu ada gaya.. adik2 nie suka lagu gemuruh.. sebab rancak.. dan lagunya agak catchy sikit..
sampai parents yang datang nak tolong masak pun request nak dengar adik2 tu nyanyi lagu tu lagi sekali..sweettttt!! ^^

malam,, sesi cikgu rosli yang handle.. main pijak2 belon..hihii...
setiap peserta kena tiup belon dan ikat kat kaki..lepas tu akan lawan pijak belon ngan group yang lain..
tujuan aktiviti tu,, kami nak dorang belajar cara jaga diri sendiri.. jangan ingat budak2 ja yang enjoy main tu.. kami pun enjoy jugak..haha... kalau dorang tiup satu belon,,kami fasi tiup dua belon..haha...
jadi budak2 sat..haha..

selasa...
selasa tak ingat laaa buat apa...haha....emm... yang pasti kami buat aktiviti.. then adik2 tu ada slot belajar..
petang kami main nikah kahwin rujuk cerai..haha
baca nama aktiviti dia mcam kami ajar benda tak elok ja kan..
sebenarnya,, game dia macam nie,, untuk setiap tu,, ada gaya.. nikah ada gaya, kahwin gaya lain pulak.. begitu juga dengan cerai dan rujuk.. bila kami sebut perkataan tu,, adik2 tu kena buat gaya yang kami suruh.. then agak macam dorang dah lancar sikit,, kami tukar gaya..jeng3..^^

gaya nikah jadi gaya kahwin,, gaya kahwin jadi gaya nikah,, begitulah sebaliknya..
masa nie mula laa dorang gelabah..hehe... tujuan aktiviti nie,,
kami nak dorang belajar untuk fokus..dan nak bagi minda dorang kerja keras sikit..

malam tu,,adik2 ada sesi menangis...hehe... macam kem sebelum nie..^^
comell jepp muka adik2 tu waktu menangis..^^
oh ya,, waktu kami tolong cikgu rosli handle aktiviti nie,, fasi lelaki tengah bermain ngan asap..hehe
dorang tolong bakar untuk barbeque.. siaannn... semua mandi peluh.. muka dari putih jadi hitam..hehe
thanks sudi masak kat kami..^^ thanks bagi kami goyang kaki..haha..^^

then kami bagi adik2 tidur awal2...tak sure pukul berapa..tapi sangatlaa awal..hehe..
sebabb,,, kami ada plan lain malam tu..
pukul dua pagi kami akan kejut dorang untuk sesi burung hantu... hoho..
sebelum pukul dua tu,, kami fasi2 perempuan sembang2 jepp... tak tidur pun..
dah agak nak dekat pukul dua,, kami gi ketuk bilik dorang..
ketuk macam nak pecah tu.. then buat2 marah... suruh dorang bangun and turun cepat2..
adik2 tu dah hairan tengok muka kami garang sangat.. kalut dorang turun..haha..jahat tak kami?? jahat kan, kan?? ngee~^^

lepas turun,, abg romzi macam marah2 sikit.. konon la dorang ada buat salah..
then kami buli dorang naik atas dan amek kain untuk tutup mata..
lepas tu,, kami tutup mata dorang dan bawak dorang pusing2..kononnya jauh la... kebetulan depan tu hutan.. kami gitau kat dorang yang kami nak bawak masuk hutan tu.. adik2 nie dah takut..haha.. ye laa,, mana tak takut,, dengan mata tertutup,, kena masuk hutan pulak..haha
padahal,, bukan masuk hutan pun.. kami just bawak dorang pusing2 kawasan sekolah tu supaya dorang rasa macam dah jalan jauh..hihi...

ok,, then kami kena kacau budak2 tu..dan tak dibenarkan kacau lebih2..
nie yang best nie...izzah kan suka kacau orang..hehe... berpeluh gilaa... panas..
adik2 nie,, ada yang memang takut,,ada yang buat2 berani dan ada yang terlebih berani..
izzah tak kacau banyak pun..just tarik2 baju dorang dan siram air kat sekeliling dorang..
ada sorang tu,, izzah saja cuit2 bahu dia..
mana la sangka yang dia akan cakar izzah.. pedih jugakk la tangan izzah..gi cuci kat tandas..haishh adik2 nie.. hmm...nasib baik izzah bawak ubat gamat..lama jugak rr main nie..

then lepas dah sudah,, kami suruh dorang tidur..kejap ja dorang tidur.. sebab lepas tu dah nak subuh..hehe..

rabu....
pagi tu,, fasi lelaki bawak adik2 tu gi jogging... kami fasi perempuan semua tak ikut..
kenapa tak ikut???hehe.... tidurrrlaaaaa....... tapi kami tetap tunggu dorang..
lagipun,,izzah memang takleh lari.. nanti sakit..
kesian fasi2 lelaki tak cukup tidur..haha...  *tangan di bahu mata ke atas..
then majlis penutup..haha...masa lepas dorang jogging,, baru izzah sedar,, izzah tak menulis langsung!! aishh... konon nak siapkan cerpen.. dapat laa 3 muka surat.haha... penat la... idea takdaa..
lepas majlis penutup,,, balikkk....yay!! balik tu,, apa lagi,,lepas mandi,, terkam katil la..hehe.. jadi anak dara pemalaih sat..lama jugak izzah tidur.. dua jam lebih.. izzah tanya mak,, kenapa tak kejut?
mak cakap,, mak tau izzah penat.... dan mak cakap,, izzah dah la tak bawak ubat.. mesti badan letih..
opsss....rupanya mak tau... ngeee~~ izzah cakap kat mak,, tak larat nak makan ubat dah.. mak just angguk2.. mak cakap mak paham.. thats why mak tak datang hantar ubat walaupun tau izzah tak bawak,,, dan mak saja telefon tanya dah makan ubat ke belum untuk make sure izzah masih ok..
saaayang mak!! muuah!! ^^

thanks kepaa pihak sksb sebab jemput izzah jadi fasilitator 4 tahun berturut2..
thanks pada fasi2 perempuan,, kak ira,, kak ain,, afiqah,, fadhlin...
fasi2 lelaki,, abg ali,, abg romzi,, wafiy, azhar, abg razif dan beberapa orang yang tak dikenali..^^
thanks.. nanti buat lagi kem..hihi..

assalam wbt


No comments:

Post a Comment