Tuesday 19 November 2013

Sekarang tengah SPM.

Assalamualaikum wbt..

^_^

Sekarang tengah dalam SPM 2013. Doakan saya dan kawan-kawan. Moga dipermudahkan urusan kami, dan diberkati Allah sentiasa. Terima Kasih.! ^_^

Assalamualaikum wbt..

Monday 23 September 2013

SPM



Mendengar namamu, hati terus menjadi gundah
Puas aku menepis, namun bagaikan ikatan yang tak pernah terpisah
Hati jadi bimbang, jiwa berlagu sedih
Apatah lagi kalbu yang hanya meminjam kekuatan dari Sang Pencipta.
Semakin hari, makin aku gentar dalam medan perjuangan yang berkabus masa hadapannya
Jenuh mencari jalan, asap pula yang tiba
Lalu aku tertanya, apakah pengakhirannya?

Mendengar namamu, hati jadi resah
Bagaimanakah nanti hasilnya pertempuran ini?
Adakah tertawa, atau diri makin sengsara?
Aku ibarat berdiri di celahan batu,
Ditoleh kiri cedera badan, ditoleh kanan sakit diri.
Setiap keputusan umpama membahayakan diri sendiri
Lalu aku tertanya lagi, bagaimanakah hendak memikirkan jalan yang sepatutnya aku lalui?

Mendengar namamu, semerta diri menjadi lemah
Gentar, takut, bergabung menjadi satu perasaan yang sukar ditafsirkan
Aku berusaha segigih lilin yang sentiasa menyalakan api sebelum terpadam selamanya
Namun, tidak ubah seperti kawanan burung yang tidak tetap arah tujunya
Mengapa aku masih gentar? Namun tidak pernah berusaha menepisnya?
Lalu aku tertanya, adakah diri ini masih belum berusaha sepenuhnya?

Mendengar namamu, hidup tidak pernah tenteram
Acapkali aku diganggu masa hadapan yang masih malap sinarnya

Aku punya impian, aku punya cita-cita.
Aku berusaha namun mungkin rezeki belum ada.
Aku sanggup menghunus pedang dan menyiapkan senapang

Bersabarlah menanti pertempuran kita nanti.
Kerana diri ini susah bersedia dengan segala kemungkinan.
Hati semakin kuat menerima tentangan
Dan akan aku siapkan bala tentera yang akan menggegar pihak lawan.

Sungguh, tiada langsung gentar untukmu.
Tiada juga gerun yang akan mengiringku.

Yang ada asalah semangat ingin menang,
Yang membara di hati, membakar dijiwa.

Dulu mungkin aku seorang pengecut
Namun sekarang pantang dihunus, keris menerpa.
Nantikanlah perlawanan bersejarah dalam diri ini.

AKU MENENTANG AKU DALAM PERTEMPURAN SPM


Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Ya Allah.....!

Saturday 7 September 2013

Dah Berhabuk. :-)

Assalamualaikum wbt..

Ahlan wa sahlan... :-)

Lama saya menyepi. Nak ucapkan Salam Aidilfitri, hmm... rasa macam sangat terlambat memandangkan Syawal yang diberkati telah pun pergi.. Nak ucapkan apa lagi? :-)

Sejak stop sekejap menulis, saya makin tak pandai nak meluahkan perasaan melalui keyboard ni, hehe, Tapi, azam saya... Nak ada sekurang-kurangnya satu entry setiap bulan, inshaaAllah.. Jadi, saya ambil inisiatif baru. Tukar fon. :-) Nak cari fon yang memudahkan saya menulis sepanjang masa. Lagipun, vivaz saya tu dah uzur dan nazak.

Alhamdulillah, berkesempatan juga. :-) Jadi sekarang, di mana-mana pun saya boleh menulis. Kebanyakkan masa, saya menulis dalam kereta. Waktu nak ke mana-mana. Sebab, agak mustahil untuk duduk depan laptop dan hanya fokus menulis. Saya tak ada masa sangat pun sebenarnya. *calon spm la konon* Kalau masa pun, saya MALAS nak bertekap depan laptop.

Sekarang, trial spm. Tapi,oleh sebab hanya tinggal paper physic 3 dan addmath, dan saya pun tengah tak boleh tidur, jadi, curi masa update blog terCINTA ni. :-) Saya buka entry lama dan baca balik. Tak ada niat pun nak update, hanya ingin melampiaskan rindu seketika. Bila dah baca entry-entry lama tu,  perasaan rindu nak menulis tu datang dengan sendirinya. Cakap pada diri, " tak boleh jadi ni, kena juga update. "

Walaupun sebenarnya tak berapa selesa menulis , menggunakan fon ni.

Dan saya rancang tak nak tulis panjang-panjang. Cukuplah sekadar menghilangkan habuk yang dah bersawang di blog ni.

Saya ada draftkan beberapa entry. :-) entry Ramadhan dan sebelumnya. Hajat di hati, nak juga publishkan walau dah lewat. Sebab, rasa sayang pula. Dah nak habis entry tu.

Maka, pinta saya, doakan saya dan sahabat-sahabat dalam usaha berjuang di medan spm. Dan kalau boleh, jangan lupakan blog ni walau dah lama tak update. :-)

Rabbi Yassir Wala Tu'assir.. :-)

Sayang anda semua.! Uhibukumfillah! :-)

Assalamualaikum wbt..

Thursday 6 June 2013

Sanah helwah, Ukhti Nadzimah.. :)

Assalamualaikum wbt...

Just a short and simple update.. :)

Hari ini, 6 Jun. Berlakunya satu peristiwa penting buat umat Islam. Keberangkatan Nabi Muhammad SAW ke langit-langit Allah. Israk Mikraj, yang akan saya kongsikan bersama anda semua dalam entry seterusnya, InshaaAllah.. :)

Hari ini juga, merupakan ulangtahun kelahiran seorang insan yang langsung tidak asing buat diri saya. :) Ulangtahun kelahiran seorang kakak, ukhti, mentor dan insan yang amat saya hormati. :D

Beliau adalah kakak angkat saya yang sungguh dekat di hati dan banyak membimbing. Beliau banyak membimbing dan mendorong saya ke arah kebaikan. :) Jangan tak tahu, blog ini pun, beliau yang banyak bantu saya. Kalau saya hias seorang diri, rasanya putih sahaja keseluruhan blog ini. Almaklumlah, saya bukannya seorang yang mahir dalam teknologi. Setakat yang asas tu, tahulah. :D

Beliau adalah seorang mujahidah yang diberi nama Nur Nadzimah. :)

Hendak tahu kisah pengenalan saya dan beliau? :) Ketika itu, saya seorang yang 'rajin' mencari blog-blog untuk dijadikan bacaan.. Kemudian saya jumpa blog beliau..

KLIK SINI  dan KLIK SINI

Kemudian saya add beliau di facebook.. Alhamdulillah.. Allah beri kesempatan. Salam ukhuwah fillah  saya disambut mesra oleh beliau. Dan pada suatu ketika, saya mengambil keputusan untuk mewujudkan sebuah blog, 'blog ini la', tanpa segan silu, beliau membantu saya menyiapkan blog ini. Kalian rasa, saya ni reti ke letak button 'like' tu? Sudah semestinya tidak. Beliau lah yang telah banyak membantu.. Syukran jazilan, Ya Ukhti.. :) Kemudian hubungan kami makin erat. Beliau banyak memberikan semangat kala saya dalam kegelisahan. Pantang saya update status berbentuk keluhan, pantas beliau bertanyakan mengenai masalah saya.. :D

Saya juga suka dengan cara penulisan beliau. Bagai menyuntik inspirasi buat diri ini agar terus berkarya. :) Beliau juga masih ingat pelbagai perkara tentang saya.. Antaranya, keputusan PMR! :) Terharu..!

Kebelakangan ini, kami agak jarang berhubung. Kerana beliau sedang berjihad di semester akhir pengajiannya di Unimap. :) Namun, ia tidak pernah melupuskan ingatan kami terhadap satu sama lain. Syukur kerana Allah SWT kurniakan seorang ukhti yang benar-benar membantu saya. :) Kami tidak pernah bersua. Hanya bertemu di muka buku. :) Namun, perasaan kasih yang Allah kurniakan, tidak ubah seperti saya sayangkan saudara sendiri..

Buat kak Nadzimah,Sanah helwah.!  Semoga akak panjang umur, murah rezeki, sentiasa dalam barakah ilahi, sihat sentiasa, bahagia selalu, dipermudahkan segala urusan, berjaya dunia akhirat dan kekal menjadi seorang khalifah yang kuat berjihad di jalan Allah.. :) Oh ya, dan semoga akak bertemu jodoh yang juga seorang mujahid di jalan Allah dan cepat-cepat adakan walimah.. :) Allahumma amin..!!

Uhibbuki fillah, ya ukhti.. :)

Tertanya-tanya rupa beliau?



yang ni saya cilok dari Facebook beliau.. :) Akak, maaf buat entry yang tak seberapa ini.. Hadiah saya buat akak.. :D


Assalamualaikum wbt

Thursday 23 May 2013

Tabarruj..

Assalamualaikum wbt..

MashaaAllah.. Sedar tak sedar, hampir dua bulan blog ini tidak diupdate. Sedari awal tahun lagi, saya tidak meletakkan keutamaan pada blog ini. Pada saya, biarlah, ada waktu, menaip. Tiada waktu, usah teringatkan apa-apa. Sungguh! Sibuk bagai seorang wakil rakyat yang sedang berkempen gamaknya ( tempias politik ).

Apa khabar iman? :) Apa khabar hati? :)

Sekali membuka ruangan 'post' di blog ini setelah lama tidak dibuka, membuatkan jari saya terkedu. Kaku. Rasa janggal. Normalkah? Tiba-tiba, hilang semua idea yang berlegar-legar di minda sebentar tadi. :)
Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan sebenarnya. Tapi, tiba-tiba, segalanya hilang. Aish, tak boleh jadi ni. Hati rasa semacam. Kerah otak semula, dan fikir nak tulis apa.

Alahai. Kenapa saya rasa pelik ni? Rasa aneh sungguh bila berada di hadapan laptop, tetapi tiada idea untuk menulis. Sebelum ini, tak pernah terjadi perkara seperti ini kepada saya. Selalunya, tangan baru hendak menulis, otak dah bina karangan dah. Tetapi sekarang, nak tulis satu ayat, fikir punya lama. :(  Otak saya dan nyanyuk kah? huhu. Mungkin dan lama tak restart, ia diserang virus. Virus yang menyebabkan saraf saya tidak dapat membuahkan idea-idea penulisan. Eh, apa yang saya melalut ni?

Baiklah, Bismilahh.

Entry pada kali ini, saya terpanggil untuk berkongsi mengenai sesuatu isu, yang sebenarnya tidak asing dengan diri kita. Lebih-lebih lagi, kaum Hawa. Apakah ia?

Ia adalah Tabarruj

Apa itu Tabarruj? 

Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seorag wanita sehingga menarik perhatian orang ramai tanpa membuka aurat. Faham? hmm, sebagai contoh...

Seorang wanita itu, memakai make-up, perhiasan di jari, perhiasan di kaki ataupun fesyen yang terlalu menarik perhatian walaupun menutup aurat. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan di mana seseorang wanita itu tinggal dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil tabarruj dan ini adalah dilarang..

Contoh situasi yang menunjukkan tabarruj :

Apabila berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya sehingga ia menarik perhatian orang lain walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap tabarruj dan ini adalah dilarang.

Apabila seseorang wanita itu memakai sehelai tudung ( fesyen terkini seperti shawl berwarna warni ) dan pemakaiannya telah menarik perhatian orang lain, maka ini dianggap tabarruj dan ini adalah juga dilarang walaupun rambutnya terlindung. Misalnya, pakai selendang, kemudian awak belit sana, belit sini, hingga menampakkan susuk tubuh awak yang tidak sepatutnya seperti leher dan dada. Tak salah pakai selendang. Saya juga salah seorang yang gemar memakai selendang. Tetapi, belitan tu tak payah lah sampai nak terbelit orang menanggung dosa tengok awak pakai. Tambah-tambah ajnabi. Dan, kita ada pelbagai pilihan selendang. Mengapa harus memilih yang tipis dan kecil?

Apabila seseorang wanita itu memakai jubah atau baju kurung yang mempunyai motif di bahagian dada yang boleh menarik perhatian , maka ini adalaj tabarruj dan ini adalah dilarang sama sekali walaupun jubah atau seumpama dengannya adalah dituntut dalam Islam walaupun menutup aurat sesempurnanya.. Kerana itu, tudung WAJIB melepasi dada.
 Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan;
“Wa al-tabarruj: idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal 
(tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian laki-laki non mahram.”)
Ia sebenarnya lebih kurang sama dengan pengertian bahasa pasar kita, 'tidak menutup aurat'. Tabarruj ni wujud dah lama. Sejak zaman jahiliyyah lagi. Yang menjadi persoalan dan tanda tanya, zaman sekarang telah mula menampakkan tanda-tanda tabarruj ini, berada dalam diri sebahagian masyarakat. Apakah maksudnya? Maksudnya, dalam tidak sedar, banyak perbuatan kita, yang semakin menjurus ke arah zaman jahiliyyah. Nak patah balik ke zaman tersebut?? Tepuk dada, tanya iman awak.
Teringgin hendak saya kongsikan info-info dalam sebuah laman web yang ditemui ketika saya membuat kajian tentang tabarruj ini. Saya sebelum menulis tentang apa-apa, saya kaji dulu, ya. Bimbang sekiranya info yang diberi adalah salah.
Jadi, ini kandungannya,
Perbuatan yang termasuk Kategori Tabarruj
Banyak hadits yang melarang setiap perbuatan yang dikategorikan sebagai tabarruj; diantaranya adalah sebagai berikut;
1. Mengenakan Pakaian Tipis dan Ketat

Wanita yang mengenakan pakaian tipis, atau memakai busana ketat dan merangsang termasuk dalam kategori tabarruj.

Nabi saw bersabda:
Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti seekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak.  Mereka tidak akan dapat masuk surga dan mencium baunya.  Padahal, bau surga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]

Ketika mentafsirkan maksud “mutabarrijaat” yang terdapat di dalam surat al-Nuur ayat 60, Imam Ibnu al-’Arabiy menyatakan;
Termasuk tabarruj, seorang wanita yang mengenakan pakaian tipis yang menampakkan warna kulitnya.  Inilah yang dimaksud dengan sabda Rasulullah saw yang terdapat di dalam hadits shahih, “Betapa banyak wanita-wanita yang telanjang, berpakaian tipis merangsang,  dan berlenggak-lenggok.  Mereka tidak akan masuk ke dalam surga dan mencium baunya.” [HR. Imam Bukhari].

Ini disebabkan, jika pakaiannya nipis, yang boleh menampakkan dirinya, dan ini adalah haram.”
2. Mengenakan Wangian Di Hadapan Lelaki yang bukan Mahram

Nabi saw bersabda,
Siapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, berarti ia telah berzina.”[HR. Imam al-Nasaaiy]

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Hurairah ra, bahwasanya Nabi saw bersabda;
Setiap wanita yang memakai wangian,  janganlah ia mengerjakan solat ‘Isya’ bersama kami.”[HR. Muslim]
“Siapa saja wanita yang mengenakan bakhur, janganlah dia menghadiri solat ‘Isya’ yang terakhir bersama kami.”[HR. Muslim]

Menurut Ibnu Abi Najih, wanita yang keluar rumah dengan memakai wangi-wangian termasuk dalam kategori tabarruj jahiliyyah. Oleh kerana itu, seorang wanita Mukminat dilarang keluar rumah atau berada di antara laki-laki dengan mengenakan wangian yang dominan baunya.
Adapun sifat wangian bagi wanita Mukminat adalah tidak ketara baunya.  

Ketentuan seperti ini didasarkan pada sabda Rasulullah saw;
Ketahuilah, perfume lelaki adalah yang tercium baunya, dan tidak terlihat warnanya.  Sedangkan perfume wanita adalah yang tampak warnanya dan tidak tercium baunya.”[HR. Imam Ahmad dan Abu Dawud]

3. Behias terhadap lelaki-lelaki asing (bukan mahram atau suaminya)

Seorang wanita diharamkan berhias untuk selain suaminya.  Ini kerana, tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj.   Dalam sebuah hadits diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda;
Seorang wanita dilarang berhias untuk selain suaminya.” [HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, dan al-Nasaaiy]

4. Berdandan Berlebihan

Termasuk tabarruj adalah berdandan atau bersolek dengan tidak seperti biasanya.  Misalnya, memakai bedak denggan tebal, eye shadow, lipstik dengan warna menjolok dan sebagainya.   Sebab, tindakan-tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj secara definitif.  Imam Bukhari menyatakan, bahwa tabarruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.”

Larangan tersebut juga telah disebutkan dalam al-Quran. Allah swt berfirman;
Janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”[Al-Nuur:31]

Ayat ini juga menunjukkan keharaman melakukan tabarruj.  Sedangkan definisi tabarruj adalah idzhaar al-ziinah wa al-mahaasin li al-ajaanib (menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada laki-laki yang bukan mahram).  Jika dinyatakan; seorang wanita telah bertabarruj, ertinya, wanita itu telah menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada orang yang bukan mahramnya.  Atas dasar itu, setiap perbuatan mengenakan perhiasan atau menampakkan kecantikan yang akan mengundang pandangan kaum laki-laki termasuk dalam tindakan tabarruj yang dilarang.
Berdandan minor(dengan kadar sedikit), baik dengan lipstik, bedak, eye shadow, dan lain sebagainya dipandang merupakan tindakan tabarruj.  Pasalnya, semua tindakan ini ditujukan untuk menampakkan kecantikan dirinya, kepada orang yang bukan mahram.
5. Membuka Sebahagian Aurat

Wanita yang mengenakan topi kepala tanpa bertudung; mengenakan celana tanpa mengenakan jilbab, memakai tudung tetapi rantai dan anting-antingnya kelihatan, dan sebagainya, termasuk dalam tabarruj.

Dalil yang menunjukkan hal ini adalah sabda Rasulullah saw;
Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti bonggol unta.  Mereka tidak akan dapat masuk ke syurga dan mencium baunya.  Sedangkan, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]

Di dalam Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawiy berkata,
Hadis ini termasuk salah satu mukjizat kenabian.  Sungguh, akan muncul kedua golongan itu.  Hadits ini membincangkan mengenai celaan kepada dua golongan tersebut…. Sedangkan ulama lain berpendapat, bahawa mereka adalah wanita-wanita yang menutup sebagian tubuhnya, dan menyingkap sebagian tubuhnya yang lain, untuk menampakkan kecantikannya atau kerana tujuan yang lain.”

Menggelung rambut hingga besar seperti bonggol unta, juga termasuk tindakan tabarruj yang diharamkan di dalam Islam.  Sayangnya, perbuatan menggelung rambut seperti telah membudaya di tengah-tengah masyarakat, dan mereka tidak menyadari bahawa hal itu termasuk perbuatan yang diharamkan oleh Allah swt.
6. Menghilangkan Tahi Lalat dan Meratakan Gigi

Wanita dan laki-laki juga dilarang menghilangkan tahi lalat dan meratakan giginya agar kelihatan lebih cantik.   Dari Ibnu Umar ra diriwayatkan, bahwasanya Rasulullah saw mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang disambung rambutnya, serta orang yang membuat tahi lalat dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Dalam riwayat lain dituturkan, bahwa Ibnu Mas’ud ra berkata;
Allah melaknat orang yang membuat tahi lalat, dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat, orang yang menukur keningnya, dan orang yang memangur giginya (meratakan gigi dengan alat) dengan maksud untuk memperindah dengan mengubah ciptaan Allah”.  Kemudian Ummu Ya’qub menegurnya,”Apa ini?”  Ibnu Mas’ud ra berkata, “Mengapa saya tidak mengutuk orang yang dikutuk oleh Rasulullah saw; sedangkan di dalam kitab Allah, Allah swt berfirman, “Apapun yang disampaikan oleh Rasul kepadamu, laksanakanlah dan apa pun yang dilarangnya maka jauhilah”.[HR. Bukhari dan Muslim]
Sebenarnya, ia hanya berkisar mengenai hadis-hadis mengenai tabarruj.

Kesimpulannya, 

Melalui pemahaman terhadap dalil-dalil yang telah disebutkan, maka tindakan tabarruj seorang wanita dalam hukum syara’ adalah setiap upaya mengenakan perhiasaan ataupun menampakkan perhiasaan dan kecantikannya yang mampu mengundang pandangan lelaki non mahram untuk memperhatikan dirinya (idzhaar al-ziinah wa al-mahaasin li al-ajaanib)
 
Sedangkan berhiasnya seorang isteri di hadapan suaminya; atau berdandannya seorang isteri ketika ada di rumah, adalah tindakan yang diperbolehkan tanpa ada khilaf (perbezaan pendapat).
Tabarruj adalah perbuatan haram dan berbahaya bagi kehidupan kaum muslim. Sudah seharusnya setiap muslimah memahami makna tabarruj ini, sehingga mereka dapat memperhatikan pakaian, perhiasan, "perfume", gaya berjalan (sikap tubuh), perhiasan yang mereka gunakan pada pakaian mereka agar tidak menarik dan mengundang pandangan lelaki non mahram kepada dirinya. Kerana jika hal tersebut berlaku, maka perbuatan tersebut termasuk tabarruj.  
Atau dalam bahasa yang lebih mudah bagi saya, 
Be Wasatiyyah and stay away from Tabarruj.. :)
Hingga kita bertemu lagi di lain entry dengan idea dan semangat yang baru..:)
Assalamualaikum wbt..

Tuesday 26 March 2013

Dunia Bahas kami... ^_^

Assalamualaikum wbt..

kebelakangan ini, terasa diri ibarat paku. yang harus diketuk barulah akan berjalan.. haha..  :)
saya akan terlupa mengenai blog ini, bila dah lama tak buka. dan mulalah ada yang hantar meseg., kenapa tak update blog lama dah...
wah,, sungguh saya terharu.. sungguh..! ^_^

saya terfikir, nak tulis tentang apa, ya? kemudian seorang sahabat mengusulkan, cerita tentang bahas lah..!
so,, here i goooo....... layan gambar dulu, k..:)

 seteru setiap tahun... waktu bertanding, kami lawan. luar bertanding, kami kawan..

 khusyuk memikirkan idea

 ukhuwah fillah.. ^_^

 berlatih,, atau berkelah?


 "idea, datanglah padaku.."

 testing mic kejap.. ehem... senyum.. ^^

rockyyyy....!

terima kasih banyak2 kepada pasukan bahas smk seri nibong tahun ini.... ^_^

1) Puteri Edrina binti Razali- yang selalu jadi orang kedua dan pertama.. :)
2) Nor Liyana binti Nor Azhar - Perdana Menteri dan keempat yang setia.. :D
3) Muhammad  Haris bin Mohd Hanif - yang sentiasa menjadi pertama dan kedua.. ^_^
4) Muhammad Noor Rafeeq - pembahas kelima yang banyak membantu dalam celahan.. (^_^)
5) Noorizzah Afifah binti Azhar ( saya.. ! ) - yang sentiasa jadi nombor tiga... huwaa...! paling memenatkan..


khusyuk cikgu Ahmad terang...

Alhamdulillah... setelah melalui beberapa perlawanan, SMK Seri Nibong berjaya menjadi Naib Johan.. hmm... dah beberapa kali berturut-turut hanya di tangga kedua.. tak apa.. aturan Allah.. akan ada manisnya suatu hari nanti.. :)

Terima kasih pada senior-senior yang banyak membantu.. Kak Maryam Nabihah yang hadir pada setiap perlawanan kami, pemberi semangat, peminjam bahu kala kami kesedihan kerana hanya di tempat kedua, haha.. menolong menguatkan hujah, dan sentiasa mendoakan kami.. 

kak Aminah  Fatanah yang banyak membantu.. peminjam kekuatan, penonton setia setiap perlawanan, sanggup tak tidur malam sebab nak tolong kami. banyak bantu kami cari isi, peneman kami kala kesedihan, Kak Aminah banyak tolong kami.. terima kasih akak.  ^_^

Abang Sharul Rashid yang nun jauh di Sabah... Abang Caon banyak tolong kami.. walaupun sibuk dengan aktiviti, masih mampu tolong kami, memberi semangat, sering mendoakan dan setiap kali habis perlawanan, mesti akan call tanya result.. Terima Kasih Abang Caon.. jasamu, kamu kenang.. ^_^

Cikgu Ahmad, yang sangat2 banyak tolong kami walaupun sibuk, sanggup teman kami cari isi, sanggup luangkan masa dengan kami walaupun sibuk melayan tetamu yang bertandang ke rumah, sanggup berjaga malam untuk kami, sanggup mendoakan kami ketika kami bertanding,, terima kasih cikgu!

Cikgu Khairul, Cikgu Ch'ng, Cikgu Nazuardi, Cikgu Manisah, Cikgu Wan Faizah dan semua guru-guru Seri Nibong yang amat memahami dan sentiasa memberikan semngat dan membantu kami sepanjang minggu... Terima Kasih, Cikgu!!

Kawan-kawan, yang begitu mengambil berat dan banyak membantu kami,, rakan 
-rakan 5 Dedikasi, 5 Cekal dan semua kelas yang sentiasa mendoakan kami.. Wan Nusaibah yang sanggup datang berlatih sekali, dan lain-lain..

Pada keluarga kami semua yang amat memahami.. Terima Kasih banyak-banyak.. tanpa doa dan restu kalian, tidak mungkin kami akan sampai ke tahap ini..

Kak Liana, Kak Fatin, Kak Wani yang sanggup datang tengok kami di semifinal dan final... terima kasih..
Terima Kasih semuanya...!!

Terima Kasih juga buat saudara Luqman Sufyan yang sungguh membuatkan saya bersemangat ketika bahas. beliau adalah idola yang kukuh di medan perbahasan. saya mendapat semangat ketika menonton video beliau sedang berbahas, dengan izin Allah.. sampai sekarang saya masih menonton video beliau berbahas, setiap hari..!!

bila dah habis pertandingan, kami kembali fokus pada pelajaran.. terpaksa ambil exam yang kami tak hadiri kerana pergi bertanding..





kenangan belajar kita tak mungkin akan dapat dilupakan... gambar saya tiada? memanglah tiada.. kebanyakkan masa, sayalah jurugambar.. dan saya memang tidak suka bergambar.. ^_^

oh ya,, mengenai penutupan minggu bahasa,, saya dapat hadiah..! Alhamdulillah..! dan kebnyakkannya mengenai penulisan.. saya sangat suka menulis.. ! :)






Cikgu Ahmad cakap, memanglah menang.. dan namapun blogger.. :)

Alhamdulillah,, Allah izin menang.. :)
dan niat saya menulis tercapai..

1) Menulis sambil berdakwah..
2) Menulis untuk meningkatkan bakat  diri.
3) Menulis untuk berkongsi rasa.. ^_^

Alhamdulillah... Syukur.. ^_^

****
Oh ya,, tahniah batch 95 SMK Seri Nibong yang berjaya mengharumkan nama sekolah.. 20 straight A dan 35 semua A dan 1B.. moga Allah permudahkan untuk batch 96 pula.. 
Rabbi Yassir Wala Tu'assir...

* sekarang sibuk main dengan Waaiz dan Muaz... ^_^

Assalamualaikum wbt

Monday 11 March 2013

Hati ini

Assalamualaikum wbt..

kadang-kadang, kita tak dapat nak melawan kehendak hati yang penuh dengan keinginan.

saya, terasa nak menjerit aja sekarang.. MasyaAllah.. Hati, bertenanglah! Astaghfirullah... hmm... saya cuba tenangkan hati. saya kata pada diri,

"tak apa, Allah ada. mesti Allah bantu. bertenanglah."

tapi, hati ini seakan degil dan berusaha untuk memberontak meskipun jenuh saya menghalang. kemudian, akal saya mulalah buat spekulasi. Hati tak tenang ni, apa maknanya? rasa sedih yang bermukim ni, apa maknanya?rasa kecewa yang semakin melebar ini, apa maknanya?

kita, bila hati rasa lemah, rasa ragu-ragu, rasa semacam, dekatkanlah diri pada Allah SWT. sebab, bila hati lemah, syaitan akan mula mencucuk. dan kita akan mula terbuai-buai dengan pemikiran yang tidak elok, nauzubillah..

sudah beberapa hari, saya cuba menjejaki seseorang. bila ada waktu, saya akan cuba siasat mengenainya. stalker? boleh lah dikatakan demikian.

pemikiran manusia, bila seseorang perempuan itu berkata bahawa dia sedang menyiasat seseorang, pasti pembaca akan terfikirkan bahawa orang itu adalah lelaki.
dan pabila seseorang lelaki itu mengatakan bahawa dia sedang menyiasat seseorang, pasti pembaca akan terfikirkan bahawa orang itu adalah perempuan. fitrah manusia. saya pasti, pembaca saya pun akan terfikir bahawa saya sedang bercakap mengenai seeorang lelaki.. hmm... fikiran orang, kita kena hormat.. ^_^

makin saya mencari mengenainya, makin hati saya bergetar. dan makin hati saya tersayat. bila sudah bertemu, ditakdirkan, rupanya blognya hanya untuk orang yang di-invite. maka, hati ini cuba ditenangkan.
Allah tak izin, maka kita tak boleh komen apa-apa..

sejujur hati saya, saya ingin Allah temukan kami berdua.. kerana hati ini, meronta-ronta ingin bersemuka dengannya.

Allahurabbi,, tenangkanlah hati ini. jauhkanlah anasir-anasir jahat yang cuba mencerobohinya, Ya Allah..

Hati, andai benar engkau sedang gundah, maka tenanglah. agar pemilikmu bisa menjadi setenang air di lautan.





Hati ini sering mengusik, dan saya sering terusik. 


Assalamualaikum wbt

Saturday 9 March 2013

Tahun ini...

Assalamualaikum wbt..

Minggu ni, ada seorang cikgu tegur saya. hehe. nak tahu apa kata beliau? waktu tu saya tengah berjalan dan kebetulan lalu di hadapan bilik guru. tiba-tiba beliau memanggil nama saya. segera saya menghampiri. :)

" Izzah, entry kamu yang terbaru ni pendek sangat. kenapa dah lama tak update blog? "

hehe.. malunyaaa! saya tak sangka rupanya beliau mengikuti perjalanan blog saya selama ini. Terima kasih, cikgu..! ^_^

kemudian saya balas,

" saya takut nak menulis. nanti lupa diri depan laptop. "

yup, saya kalau depan laptop untuk menulis, memang akan lupa diri. seakan-akan saya berada di dunia lain.
kemudian beliau menjawab,

" Cuba bahagikan masa, ya. tak salah menulis. tapi jangan berlama-lama. "

saya tanya beliau, sejak bila beliau baca blog saya yang tak seberapa ni? kata beliau,

" sejak awal tahun lepas. "

saya sangat-sangatlah terharu..! ^_^

sebab tu bersemangat je duduk depan laptop malam ni dan bersiap untuk tulis entry baru. :)

Allahurabbi, cabaran sungguh tahun ini. menguji kesabaran diri sungguh..! sibuk yang amat. masa pula seakan-akan terlalu pantas berjalan. inilah dunia akhir zaman. Masa semakin pantas, tetapi manusia semakin perlahan mengejar pahala akhirat.

sejak dari bulan Februari, saya tak berhenti-henti sibuk. untuk minggu depan sahaja, dah macam-macam acara menanti. Exam, Bahas, Penutup minggu bahasa.

Exam, saya masih belum pasti sama ada saya sudah betul-betul bersedia atau tidak. Alhamdulillah, sempat ulangkaji pada waktu-waktu terluang. tetapi, entahlah. rasa macam masih belum cukup. mungkin waktu terluang tu dibahagi pula kepada tiga. untuk ulangkaji, bahas dan persiapan minggu bahasa.  
 D.O.T, Doa Usaha Tawakal. :) InshaaAllah, Allah bantu..^_^ bapa saya dah nasihat, tahun ni, jangan main-main sangat. keputusan masa hadapan tu. :)

Bahas, hari tu, sewaktu minta izin dari bapa saya untuk menyertai pertandingan ini, bapa saya kata,

" Tahun ni nak masuk lagi ka? tak cukup ka dari form 2 dah masuk? " beliau bernada risau.

saya pun risau sebenarnya. sebab tarikh bahas tahun ini bertindih dengan tarikh exam. bimbang tak boleh control dan bahagikan masa. tapi, memikirkan ini tahun terakhir saya di sekolah, dengan yakin saya menjawab,

" InshaaAllah, adik yakin adik boleh buat. "

bapa saya seperti belum yakin sepenuhnya. saya tahu bapa tak sepenuhnya mengizinkan. beliau bimbang dengan tahap kesihatan saya yang masih perlu dijaga setelah pembedahan dahulu. dan saya tahu beliau risau kerana melihat saya sangat sibuk sedari awal tahun lagi. perasaan bersalah terbit di hati saya. setelah menimbang-nimbang, saya mengusulkan,

" Tak apa lah. adik tarik diri lah. mungkin tahun ini tak ada rezeki nak masuk bahas. lagipun, sepanjang adik masuk, setiap tahun dapat trofi. banyak-banyak nanti semak pula almari depan tu, kan?  "

saya cuba menceriakan suara dan wajah saya sedaya yang mungkin.bukan saya ingin mendabik dada dan membangga diri kerana setiap tahun memperoleh trofi, tetapi, saya tidak mahu menyertai mana-mana pertandingan, tanpa izin ibu bapa saya sepenuhnya. oleh itu, saya gunakan alasan tersebut untuk menyatakan bahawa saya benar-benar tidak kisah jika tidak dapat menyertai pertandingan tersebut. hati saya yang meronta-ronta, saya cuba tenangkan. namun, naluri seorang bapa yang begitu kasihkan anaknya, bapa saya berkata.

" Nak masuk, masuklah. tapi, result exam kena bagi stabil. "

mula-mula saya ingatkan beliau mengatakan demikian hanya sekadar ingin menyedapkan hati saya. jadi saya hanya diam. malam itu, mak saya datang ke bilik dan menyakinkan saya bahawa saya telah mendapat keizinan sepenuhnya dari mereka berdua. gembiranya rasa hati.. :)

dear readers,

kita sebagai anak, kalau nak buat apa-apa, biarlah ibu bapa kita redha, barulah pahala ganjarannya. nak dapat redha ilahi, pastikan redha ibu bapa itu ada. barulah boleh mencapai syurga yang hakiki, InshaaAllah. :)

Minggu Bahasa,
selaku naib pengerusi persatuan Bahasa Melayu, memang kami AJK tertinggi turut terkena tempias aktiviti ini. sungguh saya katakan, kami ke hulu ke hilir untuk menguruskan karnival ini. namun, cikgu-cikgu banyak membantu..! ^_^ saaayang cikgu- cikgu Seri Nibong. :) dan minggu depan sudah majlis penutup. kelam kabut kami.

penat. hidup memang kadangkala amat memenatkan. tetapi, jika kita ikhlas, InshaaAllah, pahala ganjaranya.. :) jangan sedih jika diberi kehidupan yang kadang kala memenatkan. kerana pada penat itulah, Allah dekat dengan kita.. La Tahzan, Innallaha Ma'ana...^_^

Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Ya Allah..

Ya Allah.. tabahkanlah hati kami untuk menjalani kehidupan di dunia ini.. agar kami mampu untuk menjadi seorang khalifah yang berjaya serta mampu menggapai syurgamu yang sentiasa menjadi idaman hati.. Allahumma amin..!


*****

sedikt tambahan. sekarang negara kita sedang diancam keselamatannya. banyak-banyakkanlah berdoa. Moga Allah bantu.

minggu lepas, ketika saya dan emak sibuk di dapur untuk menyiapkan bekal makanan abang untuk beliau bawa pulang ke universiti, tiba-tiba adik saya memanggil. rupanya berita sedang menyiarkan mengenai Lahad Datu. tersentap hati saya ketika seorang wartawan menemubual seorang kanak-kanak kecil yang kehilangan bapanya akibat pertempuran di Lahad Datu. begitu polos dan suci wajahnya. tanpa mengetahui apa-apa, beliau menjawab soalan-soalan wartawan tersebut menggunakan naluri seorang kanak-kanak yang langsung tidak mengenal erti kehilangan bapanya. bergenang air mata saya. comel sungguh wajahnya yang polos. kemudian ditunjukkan beliau mencium adik lelakinya yang berusia setahun lebih. Allahurabbi!!

duhai anak kecil,
ketika kamu sudah mengenal erti dunia, hiduplah dalam ketabahan. bersabarlah dengan ujian hidup yang melanda. Innallaha ma'as sobirin...

terbayang saya keadaan anak-anak kecil di bumi palestin dan negara Islam lain yang sedang bergolak. MasyaAllah..! tabah sungguh mereka di sana. biarpun seringkali kematian berlaku di hadapan mereka, mereka cukup tabah untuk meneruskan perjuangan selaku khalifah di muka bumi Allah ini sedangkan kematian itu adalah kaum keluarga mereka sendiri.. Allahuakhbar..!

selaku teman seagama, kita mempunyai peranan untuk membantu mereka. tiada kudrat, doa juga boleh diberi. ingatlah..! doa itu juga adalah senjata seorang mukmin..


Assalamualaikum wbt

Monday 4 March 2013

Melodinya indah.. ^_^

Assalamualaikum wbt..









Suddenly,, fell in love with this song's melody.. ^_^ waktu tengah buat teks bahas tadi, sambil belek2 youtube. then ini salah satu video recommened. saya pun klik la. melodinya sangat indah.. ^_^ saya tak tumpu pada lirik. saya fokus pada melodinya...


* Entry pertama bulan ini, Entry ketiga tahun ni.. emm... nak tulis entry ini pun fikir berkali-kali. dan saya ambil masa not even five minutes.! ^_^

Assalamualaikum wbt



Sunday 3 February 2013

Saya Redha...

Assalamualaikum wbt..

sungguh lama saya menyepi dari penulisan di blog ini. Allah... hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa saya teringgin hendak menulis di sini. tetapi, masa membataskan segalanya. saya sangat sibuk tahun ini. sibuk dengan pelbagai perkara. pernah 1 hari ni sekolah, ketika guru saya ada hal dan tidak dapat menghadirkan diri ke kelas, saya sempat mengelamun. tidak dapat saya bayangkan bagaimana hidup saya jika tidak mempunyai blog yang kini menjadi salah satu sumber kekuatan buat diri saya.

sepanjang saya tidak menulis di sini, pelbagai perkara berlaku pada diri saya. ingin saya kongsikan segalanya. tetapi, ingatan mengehadkan. ada pahit, dan ada juga manisnya dalam kehidupan ini. saya rasa diri saya bertuah. kerana kebelakangan ini, saya dipilih oleh Allah SWT untuk menerima ujian yang tidak putus-putus. ingat lagi kata-kata saya? Ujian Tanda Allah Sayang! percayalah! jika kita redha dengan ujian yang menimpa, pasti, kita akan dapat merasakan betapa dekatnya Allah dengan diri kita. Subhanallah!! indah sungguh perasaan itu biarpun harus diiringi dengan dugaan lantaran kesemua ujian yang hadir amat melelahkan diri.

saya dikecewakan sahabat karib saya sendiri. identitinya, biarlah dirahsiakan. saya amat kecewa. hati saya yang dahulunya besar, kini semakin mengecil dek kerana sikap dan perbuatannya itu. sungguh saya tidak sangka, sahabat yang asalnya amat rapat dengan diri saya, begitu tega melakukan hal yang sedemikian rupa. jiwa saya merintih, mata saya menangis, hati saya berderai. namun, hal yang berlaku, tetap telah berlaku. menyesal pun sudah tiada gunanya. Allah,,berat betul dugaanmu ini.. tabahkanlah hatiku, Ya Allah...

selepas satu, satu lagi ujian datang melanda. bagaikan air sungai yang biarpun dicincang berkali-kali, tidak akan putus.

salah satu daripada ujian-ujian itu, saya telah kehilangan telefon bimbit saya. telefon itulah yang menghubungkan saya dengan rakan-rakan. kusut kepala saya memikirkannya. sungguh saya penat. hati saya meronta keletihan. otak dan akal saya bagaikan lumpuh dalam mencari ilham. Allah..!! Apakah hikmah semua ujian yang datang menimpa diriku yang tidak putus-putus ini. 

saya redha. saya redha atas segala yang berlaku. saya tahu, Allah sayang saya. kerana itu, saya diuji dengan ujian-ujianNya. Allahurabbi... 

pernah diri ini terfikir, adakah ini kifarah dosa-dosa yang pernah saya lakukan? atau mungkin, Allah ingin saya ubah sesuatu tentang diri saya. MasyaAllah.. jika benar ini adalah kifarah dosa, aku redha Ya Allah..!
saya berazam untuk mengubah diri saya. Fa iza 'azamta fatawakkal 'alallah

Barakallahu fiikum..

Assalamualaikum wbt

Thursday 3 January 2013

Entry Pertama 2013..! ^_^

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah!!! masih dikurniakan nafas untuk terus berjuang di bumi Allah ini, insyaAllah..^_^ tahun ini, secara rasminya, saya telah bergelar seorang pelajar Tingkatan Lima dan seorang calon SPM.. Diri ini berhasrat untuk lebih berusaha tahun ini.. haha... Man Jadda Wajada..!! :)

sehari sekolah, penat tak terkata. masih cuba menyesuaikan diri. awal-awal pagi dah kena marah sebab tak jalankan tugas pengawas.. otak masih blur. tambah pula dengan keterujaan bertemu rakan-rakan setelah lama bercuti, memang asyik nak bersembang aja lah. haha. tanya buat apa waktu cuti lah, pergi mana lah, dan sebagainya. balik dari sekolah petang tu, lepas solat, terus terlentang di atas katil, tertidur keletihan. tak cukup dengan itu, dengan plaster kat kepala.. haha. Mak saya cakap macam orang tua-tua pulak. siap pakai plaster lagi..


sungguh!! saya penat. entah apa yang penat sangat, saya pun tak pasti.. Overall,, seronok sebenarnya dapat kembali ke sekolah, cuma agak janggal bila dah lama tak pergi.haha..

baru-baru ni ramai rakan-rakan yang tegur tentang kewujudan blog ni. hehe. saya malu..! sungguh saya malu bila orang tanya saya pasal blog ni. ada sekali tu, rakan-rakan saya sibuk memberikan komen dan membincangkan mengenai entry-entry saya. waktu itu, terasa seperti nak menyorokkan muka di celahan dinding. haha. entah mengapa, saya sungguh segan bila orang memperkatakan tentang blog ini. tambah pulak rakan satu sekolah. makin bertambah-tambah rasa malu itu.. :)

mengenai azam saya tahun ini, hmm.. entahlah. terlalu banyak azam hinggakan tak terpilih.cuma saya harap diri ini boleh berubah ke arah yang lebih baik. terlalu banyak kelemahan yang saya lihat pada diri sendiri.semoga saya dapat mengubah diri..! amin! 

sebelum cuti berakhir, saya sempat buat marathon.. ohh,, marathon apakah? saya sempat habiskan hampir semua buku-buku yang saya beli. sehingga kadang-kadang, saya berjaga malam untuk menghabiskan satu buku lantaran hari siang yang sibuk dengan pelbagai perkara. 

La Tahzan Innallaha Ma'ana..! jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. saya banyak baca buku-buku La Tahzan. saya jamin, siapa yang membaca buku-buku ini, pasti semangatnya meningkat, In Shaa Allah..! bagi saya, amat bertepatan untuk membaca buku ini sebelum menghadapi tahun mendebarkan ini. seolah-olah mengajar kita untuk menjadi lebih tabah. saya seperti mendapat seorang guru yang mengajar saya untuk menenangkan diri dek kerana membaca buku-buku ini. indah sungguh rasa hati..! ^_^

kemudian saya beli buku ini..! :)


pada mulanya, saya sedang membelek novel-novel.. tiba-tiba jemari saya yang sedang membelai buku-buku di rak Popular itu terhenti di buku ini. segera tangan mencapai. saya tertarik dengan tujuan penulisnya menulis buku ini. kata beliau, ini sebagai salah satu langkah Dakwah Untuk Orang Muda.

tiba saja di rumah, pantas tangan saya mencapai buku ini. hari tu beli, hari tu juga saya habis baca. karya beliau amat hebat bagi saya. Dia Yang Kunikahi ini bukanlah sekadar coretan mengenai cinta, tetapi lebih, saaangat lebih dari itu. Ia banyak mengajar saya mengenai hidup dan kehidupan.

Fastabiqul khairat..! sehingga kini saya amat menyukai ayat ini. ia bermaksud "bersegeralah melakukan kebaikan". novel ini mengajar saya untuk lebih mengetahui cara-cara berbuat baik. dan mestilah, salah satu caranya adalah mendirikan "masjid". tapi saya lebih fokus kepada kebaikan yang boleh dilakukan yang sejajar dengan usia saya. untuk bersedekah berlebihan, diri ini masih belum mampu. setakat yang di dalam kemampuan itu, bolehlah. namun, kita boleh menyedekahkan doa-doa kita kepada sesiapa yang kita hajati. 

macam-macam perkara saya pelajari dari buku-buku yang saya baca sebelum ini. niat di hati, nak habiskan sebelum tahun 2013.. tapi, tak mampu..hehe. Allah lebih mengetahui..

sekarang, kerja sekolah dah mula menimbun. kadang-kadang, saya nak tergelak sendiri bila tengok bilik saya selepas study. saya jenis yang bukan hanya setempat saya study. kadang-kadang bila dah lama di meja, saya berubah ke atas katil. letak bantal tinggi2 bagi jadi meja dan bersila. kemudian, agak dah lama kat katil, atas karpet pulak.sambil sandar kat almari. haha.

 sebenarnya, diri saya agak stress. walaupun baru awal tahun. even kawan-kawan saya pun cakap macam tu. tapi, seboleh mungkin kami cuba mengawal stress tersebut dan jadi lebih gembira pada tahun ini. Rabbi Yassir Wala Tu'assir..!

sebenarnya ada macam-macam saya nak luahkan di sini. tapi, saya sedang cuba mengajar diri untuk mengurangkan penulisan saya di blog dan novel saya. supaya minda saya lebih tertumpu pada SPM, In Shaa Allah..

saayang semuanya, sekian, Barakallahu fiikum..

Assalamualaikum Wbt