Sunday 14 October 2012

ujian hidup

Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya

Ku serah takdir di tangannya

Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran

Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran

Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku teteap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serahkan takdir di tangannya

Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk

Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

Walaupun tak dikurnia kemasyuran

Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran

Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini 


ujian hidup by imam muda 1..

tiba-tiba, tangan saya ringan mencapai handphone dan terus memasang lagu ni. walaupun sebenarnya esok ada peperiksaan dan buku sedang berada di hadapan saya. kebelakangan ni, banyak ujian yang Allah SWT beri pada saya. seboleh mungkin saya cuba hadapinya dengan sebaik mungkin. Allah tak akan uji melebihi kemampuan kita. saya bersyukur kerana saya terpilih menerima ujian tersebut. ujian tanda Allah sayang! ^^

dalam hidup ni, banyak hati yang perlu dijaga, kadang-kadang, bila kita ikut kehendak orang, orang lain marah dan terasa hati, bila kita berdiam diri, banyak pihak menunding jari. ketika tertekan, ingatlah Allah. InsyaAllah setiap masalah ada penyelesaiannya. setiap dilema, ada pilihannya. jangan pernah merungut akan ujian yang diberikan.

ya! kadang-kadang kita tak sedar yang sebenarnya kita sedang merungut, tak apa. perlahan-perlahan, cuba ubah tabiat tersebut. saya pun kadang-kadang sering merungut. fitrah manusia. tapi kita boleh ubah semua tu. anggap sahaja ujian yang diberi adalah untuk menguatkan diri kita. jangan anggap ujian itu semua sebagai musuh dan membencinya, sebaliknya, ambil sudut positif dan fikirkan hikmahnya.

kadang-kadang, kepala saya pusing. memikirkan jalan terbaik untuk menghadapi semua ujian tersebut. janganlah bimbang, semua kesakitan akan dibalas dengan pahala, insyaAllah..sekiranya kita ikhlas..




assalamualaikum wbt

Wednesday 10 October 2012

Keinsafan yang dititipkan pada diri.. ^^

assalamualaikum wbt..

kebelakangan ini, tangan saya kerap ingin menulis. tapi, sedaya upaya saya cuba tepis memandangkan saya sedang menjalani ujian sekarang.. hehe. doakan saya dan rakan-rakan ya.

malam ini, saya langsung tak dapat fokus untuk ulangkaji subjek sejarah. esok exam sejarah. Alhamdulillah, saya ada la bersedia jugak untuk paper ni beberapa hari lepas. minda saya asyik terbayang perkara yang berlaku petang tadi. sungguh menyedihkan. sehingga saya merasakan diri ini sungguh angkuh dan sombong sehingga sepanjang hidup saya selama 16 tahun ini, saya leka dengan dunia saya dan hanya memandang perkara yang saya rasakan penting.

alkisahnya, sekolah habis pukul 1.50 hari ni. balik je rumah, terus pergi mandi, solat dan bersiap-siap. hendak ke USM. saya kena teman mak saudara saya hari ni. dia nak jumpa pensyarah dia kejap. oleh sebab dia belum kahwin, bapa saya memang dah tugaskan saya untuk ikut dia ke mana saja. haha. tanggungjawab sebagai anak lelaki yang harus bapa saya pikul. okay, berbalik kepada kisah tadi, lepas dah selesai urusan di USM, kami pergi beli barang dapur kejap kat Tesco.

kemudian kami pergi ke medan selera untuk makan. sepanjang hari, saya hanya makan sekeping roti pada waktu rehat sekolah. jadi perut memang dah lapar sangat waktu tu. haha. sementara menunggu makanan, saya memerhatikan keadaan sekeliling.. hmm.. daripada pemerhatian saya, kebanyakkan orang lebih selesa menumpukan pada pemakanan dan handphone masing-masing. saya teruskan pemerhatian saya hingga,,,,,

pandangan saya jatuh pada seorang wanita tua yang kelihatan penat sedang duduk di sebuah meja. entah mengapa, mata saya tidak mahu lepas daripada wanita itu. wajahnya jelas menunjukkan keletihan yang amat sangat. simpati saya tumpah di situ. ingin sekali saya pergi membelai belakang wanita tua itu dan menyatakan betapa diri ini kagum akan kesungguhannya mencari rezeki demi menyara hidupnya.

saya tersedar sesuatu. selama ini, saya adalah seorang manusia yang amat mementingkan diri sendiri. langsung tidak mahu memerhatikan perkara- perkara yang menginsafkan di sekeliling. Allah. apabila pandangan saya bertaut dengan wanita tersebut, Subhanallah!! beliau masih mampu melemparkan senyuman yang kelihatan begitu ikhlas di mata saya. sungguh saya rasakan diri ini kerdil berbanding wanita tersebut.

kadang-kadang, manusia ralit mengejar dunia sehingga tidak melihat situasi sekeliling.
wajah seorang tua yang kepenatan setelah seharian bertungkus-lumus mencari rezeki..
wajah seorang pengemis yang tidak minta dijadikan sedemikian rupa, namun masih redha atas ketentuan ilahi.
kadang-kadang, kita lalai sehingga perkara yang menginsafkan seperti ini hanya menjadi habuk di pandangan mata.

saya sedang cuba,,
untuk menjadi seorang insan yang peka terhadap situasi sekeliling.....
untuk menjadi seorang insan yang lebih memahami erti hidup......
untuk menjadi seorang yang sentiasa mengharapkan redha Allah...

sungguh!! peristiwa hari ini menyedarkan saya, saya adalah seorang manusia yang penuh dengan kelemahan.
dan kelemahan itu seharusnya kita bendung dan ditukarkan kepada kelebihan.

* sedang cuba mendapatkan kembali mood untuk study sejarah.

ohh ya,, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon PMR tahun 2012. jangan lupa baca doa sebelum menjawab.

* exam kali ini, saya duduk di tepi tingkap dewan. jadi, segala tindak tanduk adik2 PMR tahun ini mampu saya lihat di sebalik tingkap. lucu apabila mengenang kembali saat-saat saya menduduki PMR.

assalamualaikum wbt..

Saturday 6 October 2012

setahun yang bermakna..

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...

syukur ke hadrat ilahi kerana blog ini sudah mencapai usia setahunnya...  ^^
sungguh saya bahagia mempunyai blog ini.
saya ingat lagi detik saya berniat untuk memulakan sebuah blog.. niat saya ketika itu hanya untuk memenuhi permintaan rakan-rakan yang marah kerana saya telah memadam blog yang lama.. haha. niat yang salah.

tetapi,, lama kelamaan,, saya mula jatuh cinta pada blog ini. perasaan yang sama saya alami ketika saya menulis di blog yang lama iaitu sekitar tahun 2006-2009. blog itu saya padam atas beberapa sebab.

  1. hampir 3 bulan saya tak update blog sebab sibuk dengan peperiksaan.
  2. merasakan bahawa blog saya tidak matang dan kebudak-budakkan.
  3. tuntuan sebagai pelajar sekolah menengah yang mengehadkan masa saya untuk menulis.

haha.. saya cuba sedaya upaya untuk menjadikan blog ini sebagai sebuah blog yang bermanfaat dan saya berusaha untuk memastikan sesiapa sahaja yang singgah di blog ini berasa selesa untuk membaca. ada juga yang mungkin kurang senang dengan mana-mana entry-entry saya. di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala kesilapan yang mungkin pernah saya lakukan sama ada di luar atau ketika dalam kesedaran saya.

ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa blog ini seperti menjaja kisah peribadi saya. itu pendapat orang. sungguh saya tak kisah. mulut orang kita tak boleh tutup. saya akui, banyak kisah-kisah kehidupan saya yang saya coretkan di sini. tapi, bukanlah tujuan saya untuk menjaja kisah-kisah tersebut. hanya ingin berkongsi.

follower saya juga tak seramai blog yang lama biarpun sudah setahun kewujudan blog ini.. ^^.. tapi saya tahu, semua follower saya adalah orang yang ikhlas mengikuti blog saya. hanya keikhlasan itu yang penting. selebihnya saya tak kisah. ^^ terima kasih dan sayang semuanya.

banyak perkara yang saya pelajari dengan adanya blog ini..

pernah juga terfikir nak tukar nama blog ini. sebab ramai yang bagitau saya, kalau search nama blog saya, benda lain pulak yang keluar. antaranya,, orang2 politik. paham2 je la.. ^^ saya sedang berfikir tentang nama-nama yang sesuai untuk blog ini. hmm.. ada cadangan?hehe

sungguh saya katakan, saya sayang anda semua. sesiapa sahaja yang terusan menyokong saya selama ini, ribuan terima kasih saya ucapkan. anda menaikkan semangat saya untuk terus menulis.

dan, blog ini tidak akan terhasil tanpa bantuan Dia Yang Maha Berkuasa. saya amat2 bersyukur kerana Allah SWT meniupkan idea2 supaya blog ini tidak pernah putus tanpa tulisan2 dari saya. Syukur yang amat, YA ALLAH..

saya sayang anda semua. selamat setahun blog kesayanganku.. ^^

assalamualaikum wbt