Sunday 23 September 2012

shopping online??

assalamulaikum wbt...

entah sejak bila,, dan tanpa saya sedari,, saya telah menjadi seorang shopaholic(xtau ejaan)
haha.. sedar-sedar sahaja, bila balik sekolah, mak saya cakap,,

" ada bungkusan sampai. ada dalam bilik."

" beli apa lagi? ada bungkusan pos laju tadi."

" hari ni pun ada posmen datang hantar barang."

haha.. itu antara dialog yang sering saya dengar bila balik dari sekolah. pernah sekali, mak ajak berbincang. mak tanya, apa yang saya beli dari internet sampai selalu sangat posmen datang?

kemudian saya masuk ke bilik dan keluar bersama-sama semua barang tersebut..
nak tahu barang apa?









tadaaa!!! gambar daripada internet. ini lah barang yang saya selalu beli sekarang.. tudung labuh bidang 60!!
entah kenapa, sejak saya asyik pakai tudung labuh ni, lama-kelamaan, saya jadi selesa. lepas tu, saya tunjuk pada mak buku catatan pengeluaran duit saya. ehem! saya shopping guna duit yang dikumpul ya. bukan meminta ya. harap maklum. ^^

saya hanya beli barang yang saya rasa harganya berpatutan. subhanallah,, rupanya, tudung bidang 60 ini lebih murah daripada tudung biasa. jeng3.. sudah ada kelebihannya di situ. percayalah, sekiranya niat kita ikhlas, pasti Allah bantu. saya bukan jenis orang yang suka pergi membeli belah. jika diberi pilihan untuk ke mana-mana, saya lebih suka pergi ke tempat yang tidak memerlukan saya untuk mengeluarkan belanja yang banyak.

lagipun, saya banyak menghabiskan masa di depan laptop kebelakangan ini. untuk menulis novel dan cerpen. jadi, sekali sekala bila idea tak ada, saya pergilah laman web ini, laman web itu.. dan saya tidak pernah melebihi perbelanjaan saya. itu yang penting. tidaklah berhabis duit hanya untuk bershopping.

saya lebih suka membeli-belah di internet..
mudah. hanya order dan lakukan pembayaran di mana-mana bank yang dikehendaki.tetapi,, pastikan anda boleh mempercayai si penjual. ada juga yang berkata,

" macam mana nak tau kualiti barang tu kalau tak pergi rasa dan tengok?"

hmm...macam mana nak terangkan eh? ada beberapa laman web yang saya pergi, dia boleh return back kalau tak puas hati. tapi, sentiasalah bertawakal. Allah akan membantu orang mempunyai niat yang baik.. insyAllah... walaupun banyak bershopping sejak akhir-akhir ini, saya tidak merasakan bahawa ianya membazir. tudung adalah kegunaan.keperluan. lagipun,, saya dah tak beli apa-apa dah dua tiga hari ni.hihi.^^

ingat,, jangan hanya shopping dalam talian hingga tak keluar dari rumah. ukhwah fillah.. kita kena keluar rumah dan bergaul dengan masyarakat.. ^^

sekian dahulu buat masa ini. entry yang pendek..hehe..


assalamualaikum wbt

Sunday 16 September 2012

hobby baruuuu !!!!

assalamualaikum wbt..

saya sekarang boleh digelar sebagai seorang yang sibuk. *perasan*
hingga kadang-kadang tiada masa untuk menulis di blog saya sendiri.hehe. saya sekarang sudah bergelar seorang penulis sambilan(yang tidak diiktiraf) hoho

rupanya amat susah untuk bergelar seorang penulis ni. harus pandai bahagikan masa. tambah-tambah saya adalah seorang pelajar sekolah menengah..fuhh!!
dan, sekali kita ketagih untuk menulis,, pasti susah untuk berhenti.

pada mulanya, amat payah untuk saya bahagikan masa. kadang-kadang, ketika belajar, saya teringat pada novel-novel yang saya karang, kadang- kadang, ketika menulis, idea pula tiada. haha. sangat kucar kacir hidup saya. selepas beberapa lama, saya mula menyesuaikan diri. saya cuba untuk tidak memikirkan soal penulisan saya ketika sedang mengulagkaji atau sewaktu di sekolah. tetapi, apabila tiba-tiba idea muncul, saya akan mencatatkannya di dalam buku penulisan saya dan kemudian akan saya letakkan buku itu jauh-jauh.haha. bimbang bila dah start menulis, payah pulak nak berhenti.

masalah yang saya hadapi,, ada beberapa ketika, saya menghadapi konflik dengan diri sendiri.
adakah idea ini lebih baik? atau idea itu? saya seperti berperang tetapi dengan diri saya sendiri. selalunya, jika saya menghadapi situasi seperti ini, saya akan meninggalkan terus penulisan saya. buat apa kita hendak berfikir teruk-teruk tentang perkara yang remeh-temeh? remeh-temeh?? wow!! biasalah,, seorang penulis baru seperti saya, banyak kelemahannya..

tentang novel saya?? oleh sebab anda semua adalah orang istimewa dalam diari hidup saya, saya teringgin untuk berkongsi bersama anda BAB PERTAMA, dalam NOVEL PERTAMA saya.. ^^

****BAB 1****




Kringggg!!!  kringgg!!!

         Deringan jam loceng membingitkan telinga seorang gadis yang sedang lena dengan asyiknya..

         “ Hampeh punya jam! Kacau aja orang nak tidur.” Qisya memgumam. Segera jam ditekan untuk mematikan alarm yang dipasang lewat malam tadi. Dia berjalan malas ke tandas. Hanya 15 minit yang diperlukan untuk mandi. Kemudian solat dan merapikan katilnya.

           You say good morning, when its midnight, going out of my head. ” Qisya sempat menyanyi perlahan ketika sedang menyikat rambut. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia keluar dari bilik.

          “ Mama!! Mama!!” suaranya nyaring memanggil ibunya ketika menuruni tangga.

          “ Kat dapur Qis!” Puan Izzati turut menjawab dengan laungan. Qisya tersenyum. Segera langkah diatur ke dapur.

          “ Mama!!” Qisya menyergah ibunya yang sedang membetulkan pinggan di meja makan.

          “ Oh mak engkau pinggan pecah!” Puan Izzati terlatah. Qisya ketawa berdekah-dekah. Puan Izzati mencapai senduk yang ingin digunakan untuk menyenduk nasi goreng dan segera memukul badan anaknya perlahan.

          “ Nakal la anak mama ni,” rungut Puan Izzati. Qisya masih ketawa. Dia mencium pipi ibunya perlahan sebagai tanda meminta maaf.

          “ Kak Qis, kakak usik mama lagi eh?? Jahat la kakak ni,” ujar Izz Zahra. Adik kepada Qisya yang baru turun dari biliknya.

          “ Dari tangga Aman boleh dengar mama melatah. Caya la kak Qis,” Izz Zamani muncul dengan tawa sambil menunjukkan tapak tanggannya lantas di ‘hi five’ oleh Qisya.

          “ Dah-dah. Korang ni asyik kenakan mama aje. Cepat duduk. Mana papa dan Firuz?” Puan Izzati menyoal anak-anaknya.  Qisya dan adik-adiknya hanya mengangkat bahu. Mereka sibuk menyenduk makanan ke dalam pinggan masing- masing. Sambil menunggu ayah dan adik bongsu mereka, Qisya dan adik-adiknya berbual. Sudah menjadi tradisi keluarga, mereka hanya akan makan sekiranya semua ahli telah memenuhi meja makan.

         “ Assalamualaikum semua,” Izz Firuz menyapa ceria.

          “ Waalaikumussalam.” Mereka menjawab serentak.

          “ Fifi, mana papa?” Puan Izzati bertanya kepada anak bongsunya.

          “ Tadi Fifi tengok papa tengah jawab call kat family hall,” ujar Izz Firuz sambil mencapai pinggan.
            Puan Izzati mengangguk. 

          “ Assalamualaikum dan good morning Izz papa sekalian.” Encik Izzaf muncul tidak berapa lama kemudian.
 
           Sememangnya, keluarga Qisya memang agak unik dari segi nama mereka. Qisya atau nama penuhnya, Nur Izz Qisya Qistina merupakan anak sulung dalam keluarga ini dan berusia 23 tahun. Manakala anak kedua ialah Muhammad Izz Zamani yang berusia 20 tahun atau lebih dikenali sebagai Aman. Diikuti oleh Nur Izz Zahra dan Nur Izz Firuz yang masing-masing berusia 18 dan 16 tahun. 

            Kata Puan Izzati, nama mereka semua mempunyai Izz kerana Izz bermaksud kekuatan dan dia berharap agar kesemua anaknya akan mempunyai kekuatan untuk menempuh semua dugaan yang melanda hidup mereka. Selain itu, sebab yang kedua adalah kerana Puan Izzati juga mempunyai perkataan Izz di namanya. ‘Izz’ati. Begitu juga Encik Izzaf. ‘Izz’af.

             “ Walaikumussalam pa. Cepat la papa… Perut Qis dah macam gempa bumi dah ni,” Qisya merungut manja.

             “ Alah pa, kak Qis tipu je tu. Dia dah kenyang ngusik mama. Mereka semua ketawa kecuali Izz Firuz dan Encik Izzaf yang terpinga-pinga.

             “ Budak- budak ni kacau sayang eh?” Encik Izzaf mencuit pinggang isterinya.

             “ Oi budak-budak kacau eh, kacau!”Encik Izzaf ketawa. Puan Izzati memuncungkan bibirnya.

             “ Ala, sayang abang merajuk. Nanti abang kasi hadiah,ok?” Encik Izzaf cuba memujuk. Dia tahu, isterinya bukan seorang yang suka merajuk untuk jangka masa yang panjang.

             “ Eh papa, sudah-sudah la tu. Kami dah lapar ni. Lapar nasi. Bukan lapar babak-babak romantis mama dan papa,” ujar Izz Zamani sambil mengusap perutnya. Mereka semua ketawa mendengar kata-kata Izz Zamani.
 
             “ Betul cakap abang tu pa. lapar ni…..” Izz Firuz mengadu manja.

             “ Korang memang cemburu tengok papa bermanja dengan mama kan?” Encik Izzaf mengambil tempat di meja makan. 

              “ Aman, baca doa,” arah Encik Izzaf.

Setelah mengaminkan doa, mereka semua bersarapan. 

              “Sampai bila Mak Leha cuti ma?” Izz Zahra bertanya mengenai pembantu rumah mereka.

              “ Entah la. Mama tak pasti. Biar lah urusan keluarganya selesai dahulu,” ujar Puan Izzati.

              “ Hari ni hari Ahad. Apa plan anak-anak papa hari ni? Encik Izzaf bertanya kepada anak- anaknya. 

              “ Tidur!” Ujar Izz Zamani sepatah.

              “ Shopping!” Izz Zahra pula berkata.

              “ Assigment!” Qisya memberitahu

              “ Homework!” Izz Firuz pula menjawab.

Encik Izzaf terkedu. Puan Izzati mengelengkan kepalanya.

             Nur Qisya Qistina sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang perniagaan manakala Izz Zamani adalah seorang penuntut di Universiti Malaya dalam jurusan perguruan. Dia memang berminat untuk menjadi seorang guru sejak dari kecil. Berlainan dengan Qisya yang meminati bidang kedoktoran tetapi terpaksa menceburi bidang perniagaan kerana dia diharapkan dapat mengambil alih tempat bapanya selaku CEO sebuah syarikat yang agak besar di ibu kota. Pada mulanya, Qisya memprotes arahan bapannya yang inginkannya menjadi seorang ahli perniagaan. Lama kelamaan, minat itu mula timbul dan dia sekarang amat meminati bidang tersebut.

            Nur Izz Zahra sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Gopeng,Perak. Dia akan menaiki bas untuk pulang ke kolej pada petang itu. Nur Izz Firuz pula masih bersekolah di tingkatan empat. Dia mengambil aliran sains tulen di sekolahnya.

            “ Kalau semua ada aktiviti sendiri, siapa yang akan temankan mama dan papa?” Encik Izzaf bertanya lirih. Dia pura-pura merajuk. 

            “ Abang!”

            “Kak Qis!”

            “Zahra!”

            “ Fifi!”

           Masing-masing menunjuk kearah orang lain. Qisya menunjuk kepada Izz Firuz, Izz Firuz menunjuk kepada Izz Zamani, Izz Zamani menunjuk kepada Izz Zahra dan Izz Zahra menunjuk kepada Qisya.

            Mereka berpandangan sesama sendiri.

            “ Kenapa tunjuk Kak Qis?”

            “ Apahal pulak Zahra yang kena?”

            “ Abang tak nak terlibat!”

            “Fifi banyak homework!”

             Suasana di meja makan itu gamat dengan suara mereka bertiga yang bercakap serentak. Encik Izzaf mengelengkan kepalanya.

           “ Tak apa lah kalau semua tak nak teman mama dan papa. Biar kami pergi dating berdua je.” Encik Izzaf mengenyitkan mata pada isterinya. 

           Good idea!” Qisya mengangkat ibu jarinya. Adik-adiknya pantas mengangguk kerana bimbang sekiranya ayah mereka mengubah cadangan.

            Encik Izzaf tergelak melihat telatah anak-anaknya. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi bising di luar rumah.

            “ Apa tu bang? Macam ada orang tengah kecoh- kecoh je,” ujar Puan Izzati.

            “ Jom tengok!” Izz Zamani mengajak. Mereka segera ke luar rumah untuk melihat punca bunyi bising itu.

            “ Eh papa! Ada orang pindah masuk villa sebelah la.” Izz Firuz bersuara.

            “ Iya sayang.. papa nampak,” Encik Izzaf menjawab.

            “ Bang, mungkin itu tuan rumahnya,” Puan Izzati menunjuk kearah sebuah keluarga yang sedang sibuk memunggah barangan dari pacuan MPV Aphard mereka.

            “ Abang pun rasa begitu. Mari kita tegur.” Encik Izzaf mengajak anak-anaknya yang sedang berselindung di sebalik sliding door rumah mereka.

           “ Kejap pa. Nak gi pakai tudung.” Qisya dan adik-adik perempuannya bingkas menaiki tangga untuk ke bilik mereka.

            Qisya segera menukar bajunya kepada t-shirt berlengan panjang. Tudung dipakai dan stoking disarung. Setelah meneliti wajahnya di cermin, Qisya segera keluar dari biliknya.

            Setibanya di bawah, Qisya melihat adik-adiknya sedang menunggu di muka pintu.

            “ Jom!” ajak Qisya. Mereka berjalan seiringan mendapatkan Encik Izzaf dan Puan Izzati yang sedang berbual dengan sepasang suami isteri di depan pagar rumahnya.

            “ Come papa kenalkan korang. Ini Datuk Makmur dan isterinya, Datin Ameera.” Encik Izzaf memperkenalkan mereka. Qisya mengambil giliran pertama untuk bersalam dengan Datin Ameera dan menunduk sedikit pada Datuk Makmur.

           “ Cantik sungguh anak-anak awak,” Datin Ameera sempat memuji Qisya dan adik beradiknya.

           “ Eh, Mana pulak anak-anak kita ni? Sayang tolong panggilkan mereka, boleh?” Datuk Makmur berkata kepada isterinya. Datin Ameera mengangguk. Dia segera mencari anak-anaknya. Sementara itu, keluarga Encik Izzaf berbual mesra dengan Datuk Makmur.


           Datuk Makmur merupakan seorang pemilik sebuah syarikat di Selangor. Dia berpindah ke ibu kota kerana ingin menubuhkan sebuah cawangan syarikatnya. Syarikatnya di Selangor diserahkan kepada adiknya buat sementara waktu.

          Datin Ameera muncul tidak lama kemudian diikuti oleh seorang pemuda dan seorang gadis yang tersenyum manis di belakangnya.

          “ Kenalkan, ini anak kedua saya, Muhammad Aliff Haikal. Dan anak bongsu saya, Hasya Safiyyah .” Puan Izzati memperkenalkan anak-anaknya. 

         “ Hasya umur berapa?” Qisya bertanya ketika sedang bersalam dengan Hasya Safiyyah.

         “ 20, kak.” Hasya menjawab lembut.

         “ Amboi, lembutnya budak ni. Padan la dengan tudung labuhnya. Comel!” desis hati Qisya. Sememangnya, dia suka melihat gadis-gadis yang berperwatakan lembut begitu. Ehem!! Bukan suka lesbian ya. Harap maklum. Tetapi suka yang sejuk mata memandang. 
 
       “ Oh, yang sulungnya mana?” Encik Izzaf bertanya.

       “ Yang sulung ada di Australia. Tengah sambung master. Umur dah 26. Yang Haikal ni 22 tahun,” Datuk Makmur menepuk perlahan belakang anak lelakinya.

      “ Eh bang, baru saya sedar. Kenapalah kita sembang di bawah panas terik ni. Jemput masuk ke rumah kami, Datuk, Datin.” Puan Izzati mempelawa.

        “ Allah! Abang baru perasan la sayang. Jemput masuk, Datuk, Datin.” Encik Izzaf menepuk dahinya.

          “ Mungkin lain kali. Kami pun ada banyak lagi barang yang perlu dikemas. Kemudian hendak menyusun semula barang-barang yang dibawa lori ini.” Datuk Makmur menolak lembut perlawaan itu.

           “ Kalau begitu baiklah. Aman pergi tolong Haikal, papa tolong Datuk Makmur. Mama dan Izz girls papa sekalian tolong Datin Ameera dan Hasya ye,” ujar Encik Izzaf memberi arahan kepada keluarganya. Mereka mengangguk.

          “ Eh, panggil saya Makmur sahaja. Tak perlulah ber-datuk-datuk. Tak menyusahkan keluarga Encik Izzaf ke datang tolong saya ni?” Datuk Makmur bertanya.

           “ Tak ada susahnya. Panggil saja saya Izzaf. Tak perlu berencik-encik.” Encik Izzaf tergelak. Bagai dejavu! Seorang tidak perlu berdatuk-datuk. Seorang lagi tidak perlu berencik-encik.

           Okay Izz papa sekalian, move! Move!” Encik Izzaf bersuara. Kesemua anak-anaknya mengangkat tabik. Diiringi tawa oleh keluarga Datuk Makmur.

            Qisya, Izz Zahra dan Izz Firuz membantu Hasya Safiyyah mengemas ruang tamu dan ruang keluarga villa itu. 

            Manakala Izz Zamani dan Haikal membantu pekerja-pekerja yang sedang mengangkat barangan dari lori.

            Puan Izzati dan Datin Ameera mengemas dapur dan menyusun barangan dapur.

            Encik Izzaf dan Datuk Makmur? Mereka hanya membantu mengarah dan berbual-bual mengenai syarikat masing-masing.

          “ Luas juga villa ni ya, Kak Hasya.” Izz Zahra yang sedang mengemas kusyen di sofa bertanya.

          “ Alhamdulillah. Dapat tinggal di rumah yang selesa seperti ini. Kalau korang nak ronda-ronda pun tak apa,” ujar Hasya mempelawa.

          “ Eh, tak nak la. Tak elok berkeliaran di rumah orang.” Qisya menolak perlawaan Hasya.

          “ Tak apa kak, mari Hasya temankan.”

         “ Jom la kak Qis, Fifi pun teringgin nak tengok sekeliling rumah ni.”
          Okay lah. Jom.”

          Di tingkat bawah, terdapat ruang tamu, ruang keluarga, dapur dan dua buah bilik yang sederhana besar.

          “ Hmm.. Mungkin untuk tetamu dan orang gaji.” Desis hati Qisya.

           Di tingkat kedua, terdapat lima bilik tidur dan satu ruang keluarga. 

         “ Kak, masuklah dan tengok bilik-bilik yang ada. Saya izinkan,” Hasya berkata dengan senyuman yang masih di bibir.

         “ Adik-adik akak sekalian, jangan masuk bilik Datin dan Datuk tau. Tak elok.” Qisya menasihatkan.

        “ Baik, Kak Qis!” Izz Zahra dan Izz Firuz menjawab serentak.

        Qisya membuka sebuah bilik yang tertera nama Hafidz di luarnya. Biarpun hati mengatakan tidak, entah mengapa, ringan sahaja tangannya memusing tombol pintu itu.

         Qisya tergaman melihat dekorasi dalamannya. Persis berada di sebuah tempat yang amat menenangkan. Dindingnya yang diletakkan dengan wallpaper yang berwarna biru laut amat mendamaikan jiwa. Terdapat sebuah meja belajar dan rak buku di hujung bilik besar tersebut. Qisya menghampiri. Tangannya perlahan berjalan di atas buku-buku tersebut.

         “ Hmm.. banyak buku ilmiah.” Qisya bermonolog sendirian. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman. Dia melihat kembali keadaan sekeliling. Terdapat sebuah katil yang mempunyai cadar yang juga berwarna biru laut. Sofa juga berwarna biru laut. Hanya almari pakaian sahaja yang berwarna seperti kuning pasir.

        “ Ini bilik abang Hafidz, kak.” Hasya bersuara di muka pintu. Qisya mengalih pandangannya.

        “ Akak suka dekorasi bilik ni. Mendamaikan.” Qisya meluahkan rasa kagumnya.

        “ Abang Hafidz yang hias sendiri. Bulan lepas dia ada datang sini. Dia siapkan biliknya dulu. Sebab dia tahu yang waktu kami berpindah, dia tiada di sini. Qisya mengganguk tanda memahami.

        “ Kak Qis, mama panggil,” Izz Firuz memanggil di muka pintu.

         Okay. Jom Fifi, Hasya.” Qisya mengajak. Matanya sempat menjeling sebuah pasu yang terletak di sudut hujung bilik itu. 

          “ Terima kasih Hasya sebab tunjukkan kawasan rumah ni pada kami. Fifi, mana Zahra?

           “ Kak Zahra dah turun awal tadi,” ujar Izz Firuz. Mereka bertiga beriringan turun ke bawah.

           “ Ada apa mama?” Qisya bertanya ketika tiba di dapur. 

          “ Qis tolong pergi beli lauk untuk makan tengah hari ni. Mama tak sempat masak la sayang.” Puan Izzati menyuruh Qisya.

          “ Eh, tak pa. Saya boleh suruh Haikal tolong belikan. Penat keluarga awak datang tolong saya. Apa salahnya kalau saya belanja hari ini,” ujar Datin Ameera.

          “ Tak apa Datin. Hari ni giliran saya. Esok lusa giliran datin pula”

          “ Kalau begitu, baiklah.”

          “ Qis, pergi dengan Hasya. Boleh la Hasya pilih lauk kegemaran keluarga datin. “

          “ Baik, ma..” Qisya melirik jam di dinding.

          Ish ish ish. Cepatnya waktu berlalu. Dah dekat pukul 1 rupanya. Rasa macam baru aja sarapan tadi.” Qisya berkata.

          “ Ala Kak Qis, dari pagi kita kemas family hall dan ruang tamu. Lepas tu baru kita pergi tinjau-tinjau rumah ni. Tak kanlah Kak Qis tak sedar kut. Teringatkan siapa la tu agaknya ye..” Izz Firuz mengusik kakaknya.

            Akak betul-betul tak perasan, Fifi. Hmm,, jom lah Hasya.” Mama! Qis pinjam kereta eh!” Qisya melaung pada ibunya yang sudah bergerak ke ruang depan.

          “ Hasya tunggu kejap, akak gi amek kunci kereta,” ujar Qisya. Hasya Safiyyah hanya mengangguk.

          Qisya segera berlalu ke rumahnya. Dompet dan kunci kereta dicapai. Dia sempat meminta izin dari bapanya untuk pergi membeli makan tengah hari. Punat kereta ditekan. Dia kemudiannya menghidupkan enjin Toyota Camry kepunyaan Puan Izzati. Sementara menanti enjin panas, dia pergi mendapatkan Hasya Safiyyah yang sedang menanti di bawah pokok.

           “ Ingatkan akak dah lupa Hasya. Siap dah hidupkan enjin lagi,” Hasya Safiyyah mengusik.

            “ Mana boleh tinggal. Buntu la akak nak pilih lauk apa nanti.” Qisya tergelak. Dia mengajak Hasya ke kereta.

           Dalam kenderaan pacuan empat roda itu, mereka sempat berbual-bual mengenai beberapa perkara.

           “ Jom!” Qisya mengajak Hasya setelah mereka tiba di destinasi. 

           Ketika memasuki kedai makan itu, Qisya menyuruh Hasya memilih lauk untuk keluarganya sementara Qisya memilih untuk keluarganya.

           “ Eh, akak suka ikan keli?” Hasya bertanya ketika melihat Qisya sedang memilih ikan keli berlada.

           “ Yup! Suka sangat.” Qisya tersenyum.

           “ Sama macam abang Hafidz” 

           “ Iya? Sama taste la tuuu…” Qisya menjawab sambil tergelak.

**** THE END BAB 1**** 

So,,, how? how? how?
mengapa saya rasakan seperti entry kali ini kucar-kacir??hmmm

assalamualaikum wbt

Saturday 8 September 2012

pengenalan yang menjalin ukhwah sesama Islam.. ^^


Assalamualaikum wbt...


ada dua pengumuman yang akan izzah umumkan untuk pembahruan blog ini...iaitu,,,,
  •  kata ganti nama Izzah akan ditukar kepada saya.. mengapa?? alkisahnya,, raya lepas ramai saudara yang datang.. jadi ketika sedang sibuk berborak, salah seorang dari kami telah membuka blog saya dan beberapa penambahbaikan telah disepakat untuk blog ini dan untuk kebaikan kita bersama.. ada yang kata,, kalau guna Izzah,, nampak macam manja dan tidak matang.. haha.. never mind.. sungguh saya tak kisah.. langsung tak kisah kalau ada apa2 cadangan untuk blog ini.. agar pembaca yang singgah di blog saya akan menikmati keselesaan ketika membaca.. ^^
  • saya juga akan mengurangkan penggunaan "haha" "hihi" "huhu" dan sebagainya.. kurangkan sahaja... tak bermakna saya langsung tidak akan gunakan istilah itu.. hehe.. ^^
  • selain itu,, penulisan saya juga akan sedikit berubah.. HANYA SEHINGGA SAYA TAMAT SPM..kerana apa? kerana saya sedang berusaha untuk menulis secara formal dan menggunakan ayat yang skema agar tahap penulisan saya dapat dipertingkatkan..^^

mohon segala perubahan disokong..haha.. ^^ sesetengahnya hanya untuk sementara..

untuk entry kali ini, saya lebih tertarik untuk bercerita mengenai seorang individu yang baru saya kenali,, tetapi telah memberikan makna yang cukup besar dalam hidup saya. beliau adalah,, Siti Najihah Binti Ghazali.. seorang penuntut di Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang Quran Sunnah.. berusia 22 tahun dan telah bertunang.

pengenalan kami bermula ketika saya sedang mencari tudung bidang 60 di laman sosial facebook.. ^^
sekarang kan makin payah untuk cari untuk besar sebegini di pasaran biasa.. saya adalah seorang insan yang baru berjinak- jinak untuk memakai tudung saiz besar begini. bagaimana minat itu terbit? ingat tak dulu saya pernah menjalani pembedahan?? sekitar bulan 6 dahulu.. beberapa hari sebelum pembedahan,, hati saya terusik..

bagaimana jika ajal saya datang ketika pembedahan dijalankan?
adakah bekalan pahala saya telah cukup untuk menampung saya di akhirat kelak?
adakah saya sudah bersedia untuk bertemu Allah SWT di padang masyar?
adakah saya akan hadir di padang masyar sebagai seorang hanba yang taat atau tidak?
adakah saya sudah bersedia untuk semua ini?

pelbagai persoalan timbul ketika itu.. sehingga pada malam terakhir sebelum pembedahan dijalankan,, saya menangis teresak-esak mengenangkan diri saya yang amat jahil dan tidak langsung sempurna. saya berasa bimbang seandainya solat yang saya laksanakan sejak kecil akan diterima Allah ataupun tidak. ketakutan melanda saya ketika itu. saya langsung tidak boleh tidur dan terusan berdoa agar diri kerdil ini diampunkan segala dosanya. sejak itu, saya nekad untuk berubah. untuk menjadi lebih baik dan lebih dekat dengan sang pencipta. saya cuba betulkan diri saya. perkara pertama yang saya lakukan ialah cuba membentuk akidah yang lebih kuat dalam diri. saya cuba untuk lebih khusyuk di dalam solat.

Alhamdulillah.. pembedahan saya berjalan lancar dan betapa saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. saya cuba untuk mengubah cara penampilan saya. saya mula mencari-cari tudung yang labuh dan mampu menutup aurat saya dengan lebih sempurna. jika sebelum ini saya hanya memakai tudung bidang 45 yang walaupun labuh,, tetapi kita masih punya pilihan untuk memilih yang lebih sempurna dan lebih labuh. saya telah mula memakai stoking ketika keluar dari rumah sudah lama. tetapi niat saya ketika itu hanya untuk menutup aurat. kini,, niat saya  adalah untuk menutup aurat dan seterusnya,, mencari keredaan Allah SWT.. sejak akhir tahun lepas,, saya juga sudah membiasakan diri untuk memakai handgut ke sekolah. ini disebabkan oleh rasa tidak selesa ketika saya ingin mengangkat tangan di dalam kelas sama ada untuk bertanya soalan ataupun menjawab soalan. lengan baju kurung saya sering melorot ketika mengangkat tangan. sejak itu saya mula memakai handgut. dan kini,, saya sedang membiasakan diri memakai ia walau ke mana saya tujui.

kini,, saya sudah mempunyai lebih kurang 3 helai tudung labuh. kedengaran sedikit.. tetapi memadai lah bagi insan seperti saya yang jarang keluar rumah. kata emak,, berdikit2 dahulu.. nanti menggununglah ia. namun begitu,, saya masih menggunakan tudung ready make sekiranya ingin keluar rumah dalam keadaan tergesa2 ataupun untuk jangka waktu yang amat singkat. walaupun ready make,, saya akan pastikan bahawa tudung itu mampu menutup aurat saya dengan sempurna meskipun tidak begitu labuh.

sebagai seorang pelajar dan penulis sambilan, saya masih belum mampu untuk membeli tudung2 berharga mahal. suatu hari, ketika sedang melayari internet untuk menambahkan koleksi tudung labuh saya,, saya terjumpa sebuah page,


tudung bawal bidang 60 & 55

di sini lah pengenalan saya dan kak Siti Najihah bermula. saya tertarik dengan beberapa rekaan tudungnya yang tidak begitu menonjol dan tampak simple tetapi eksklusif. saya mula menghubunginya untuk bertanya mengenai beberapa tudung yang menarik minat saya. malangnya kesemua yang saya minati telah habis dijual. mungkin tiada rezeki saya. hehe. ini juga membuktikan betapa ramai yang dapat membeli belah di page ini dan  membuktikan bahawa tudung yang dijual beliau amat berkualiti sehingga habis dijual. saya amat frust pada mulanya kerana design yang saya sukai telah habis dijual. tetapi kak Siti Najihah seorang yang sangat baik. beliau telah menghubungi saya sebaik sahaja stok baharu telah tiba. malah beliau juga memberikan diskaun setelah mengetahui bahawa saya adalah seorang insan yang masih digelar pelajar sekolah menengah.

sejak dari itu, kami kian rapat. beliau sering memberi semangat kepada saya untuk kekal istiqomah dengan perubahan yang dilakukan. terima kasih kak Siti Najihah. ^^

rasa sungguh janggal untuk menulis menggunakan bahasa formal seperti ini. rasa seperti diri saya dan pembaca sekalian semakin jauh. saya amat berharap agar perkara sebegitu tidak akan terjadi. saya amat menyayangi anda semua yang sedi singgah dan membaca di blog saya. semoga Allah sentiasa meredhai kalian. terima kasih saya ucapkan..

Assalamualaikum wbt..