Monday 23 September 2013

SPM



Mendengar namamu, hati terus menjadi gundah
Puas aku menepis, namun bagaikan ikatan yang tak pernah terpisah
Hati jadi bimbang, jiwa berlagu sedih
Apatah lagi kalbu yang hanya meminjam kekuatan dari Sang Pencipta.
Semakin hari, makin aku gentar dalam medan perjuangan yang berkabus masa hadapannya
Jenuh mencari jalan, asap pula yang tiba
Lalu aku tertanya, apakah pengakhirannya?

Mendengar namamu, hati jadi resah
Bagaimanakah nanti hasilnya pertempuran ini?
Adakah tertawa, atau diri makin sengsara?
Aku ibarat berdiri di celahan batu,
Ditoleh kiri cedera badan, ditoleh kanan sakit diri.
Setiap keputusan umpama membahayakan diri sendiri
Lalu aku tertanya lagi, bagaimanakah hendak memikirkan jalan yang sepatutnya aku lalui?

Mendengar namamu, semerta diri menjadi lemah
Gentar, takut, bergabung menjadi satu perasaan yang sukar ditafsirkan
Aku berusaha segigih lilin yang sentiasa menyalakan api sebelum terpadam selamanya
Namun, tidak ubah seperti kawanan burung yang tidak tetap arah tujunya
Mengapa aku masih gentar? Namun tidak pernah berusaha menepisnya?
Lalu aku tertanya, adakah diri ini masih belum berusaha sepenuhnya?

Mendengar namamu, hidup tidak pernah tenteram
Acapkali aku diganggu masa hadapan yang masih malap sinarnya

Aku punya impian, aku punya cita-cita.
Aku berusaha namun mungkin rezeki belum ada.
Aku sanggup menghunus pedang dan menyiapkan senapang

Bersabarlah menanti pertempuran kita nanti.
Kerana diri ini susah bersedia dengan segala kemungkinan.
Hati semakin kuat menerima tentangan
Dan akan aku siapkan bala tentera yang akan menggegar pihak lawan.

Sungguh, tiada langsung gentar untukmu.
Tiada juga gerun yang akan mengiringku.

Yang ada asalah semangat ingin menang,
Yang membara di hati, membakar dijiwa.

Dulu mungkin aku seorang pengecut
Namun sekarang pantang dihunus, keris menerpa.
Nantikanlah perlawanan bersejarah dalam diri ini.

AKU MENENTANG AKU DALAM PERTEMPURAN SPM


Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Ya Allah.....!

Saturday 7 September 2013

Dah Berhabuk. :-)

Assalamualaikum wbt..

Ahlan wa sahlan... :-)

Lama saya menyepi. Nak ucapkan Salam Aidilfitri, hmm... rasa macam sangat terlambat memandangkan Syawal yang diberkati telah pun pergi.. Nak ucapkan apa lagi? :-)

Sejak stop sekejap menulis, saya makin tak pandai nak meluahkan perasaan melalui keyboard ni, hehe, Tapi, azam saya... Nak ada sekurang-kurangnya satu entry setiap bulan, inshaaAllah.. Jadi, saya ambil inisiatif baru. Tukar fon. :-) Nak cari fon yang memudahkan saya menulis sepanjang masa. Lagipun, vivaz saya tu dah uzur dan nazak.

Alhamdulillah, berkesempatan juga. :-) Jadi sekarang, di mana-mana pun saya boleh menulis. Kebanyakkan masa, saya menulis dalam kereta. Waktu nak ke mana-mana. Sebab, agak mustahil untuk duduk depan laptop dan hanya fokus menulis. Saya tak ada masa sangat pun sebenarnya. *calon spm la konon* Kalau masa pun, saya MALAS nak bertekap depan laptop.

Sekarang, trial spm. Tapi,oleh sebab hanya tinggal paper physic 3 dan addmath, dan saya pun tengah tak boleh tidur, jadi, curi masa update blog terCINTA ni. :-) Saya buka entry lama dan baca balik. Tak ada niat pun nak update, hanya ingin melampiaskan rindu seketika. Bila dah baca entry-entry lama tu,  perasaan rindu nak menulis tu datang dengan sendirinya. Cakap pada diri, " tak boleh jadi ni, kena juga update. "

Walaupun sebenarnya tak berapa selesa menulis , menggunakan fon ni.

Dan saya rancang tak nak tulis panjang-panjang. Cukuplah sekadar menghilangkan habuk yang dah bersawang di blog ni.

Saya ada draftkan beberapa entry. :-) entry Ramadhan dan sebelumnya. Hajat di hati, nak juga publishkan walau dah lewat. Sebab, rasa sayang pula. Dah nak habis entry tu.

Maka, pinta saya, doakan saya dan sahabat-sahabat dalam usaha berjuang di medan spm. Dan kalau boleh, jangan lupakan blog ni walau dah lama tak update. :-)

Rabbi Yassir Wala Tu'assir.. :-)

Sayang anda semua.! Uhibukumfillah! :-)

Assalamualaikum wbt..