Wednesday 22 February 2012

tazkirah hari ini..^^

assalam wbt...

huhu....macam2 aktiviti hari nie...
agak letih tetapi sangat enjoy  ^^

sebenarnya izzah tak bercadang nak uodate blog hari nie...
tapi kebetulan hari nie ada ceramah dekat sekolah izzah,,
jadi izzah ingat nak kongsi dengan semua...^^
boleh kan? kan? kan?  :)

okeh..
ustaz tu ada cakap,,,
bila sebut je malam jumaat,,, automatik kita akan terfikir mengenai hantu..
betul tak??
bagi izzah,,, memang sangat2 betul.. hehhe

sebenarnya,,,
banyak perkara yang lebih afdal untuk dilakukan ketika malam jumaat..
bila ustaz tu tanya apa yang bagus buat mlam jumaat,,
kebanyakkannya cakap,, baca yassin..

then ustaz tu kata,,
sebenarnya,,, lebih afdal kalau kita baca,,
surah al-kahfie..

serius cakap,,,izzah tak pernah taw pun hal nie..
ustaz tu kata,, ada orang baca kejap ja surah nie..
then sampai ayat ke-berapa,, give up balik..
sebab,, surah nie panjang..
kalau baca,, mungkin dari azan maghrib sampai azan isyak..

tapi,,,kalau kita dah biasa amalkan,,,
insyaAllah rasa sekejapp je..  ^^

dan ustaz tu ada sebut tentang persepsi..
persepsi nie macam,,,,emmm
contoh laa,,,,kita jumpa seseeorang yang baru,,,
mula2 tu mesti kita akan perhati,,analisis dia,,
dan akhirnya membuat satu kesimpulan sendiri..haaaa,,,
itu lah persepsi..
ustaz tu kata,,, selalunya,, persepsi kita akan dimulakan dengan negatif..
diikuti dengan perkara positif..

dan ustaz tu ada sebut tentang 7 sumpah Allah SWT melalui surah as-syam...
bila ustaz tu sebut tentang surah tu,,, minda izzah terbayang2 lirik lagu nasyid nie..
tajuk dia demi matahari..nak tau lirik dia??

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah..


lirik nie sebenarnya berkaitan dengan surah as-syam ayat 1-10..

dalam surah nie kita boleh nampak tentang sumpah Allah SWT..

Dalam pembukaan surat ini Allah menyuruh kita memperhatikan suasana kejadian alam,,, peredaran matahari,, bulan,, siang dan malam silih berganti...
Allah juga menyuruh kita perhatikan kejadian bumi sebagai tempat tinggal kita dan langit serta binaannya yang kukuh, yang semua itu untuk memenuhi keperluan kita.

bila baca terjemahan surah nie,, izzah teringat lagu nasyid dari kumpulan saujana..
tajuk dia bulan bintang...buleh search kat utube..^^
sumpah Allah jangan main2...

Allah SWT cipta semua kejadian di muka bumi nie sesuai untuk manusia...
bayangkan kalau matahari jauh dari kita,,
mesti kita akan mati kesejukkan...
dan bayangkan kalau matahari ada dekat sangat dengan kita,,,
mesti kita akan mati kepanasan...
masa ustaz tu cakap,, kepala izzah terangguk2..haha

dan ustaz tu tanya,, antara jari dekat kaki,, mana lebih penting??
kaki perlu untuk sepak bola...kalau sepak ngan jari,,,
patah la jari kita...kan,,kan??

tapi cuba kita tenyeh(taktau perkataan apa lebih sesuai) jari kat tanah,,
tanah tu akan berlubang kan??kalau kaki??

bayangkan kalau kita jalan tanah semua berlubang,,,haaa,,,, macam mana pulakk tu??
jadi,,jari boleh buat tanah berlubang..tangan pula??
so,,kesimpulannya di sini,,,
semua perkara itu dicipta sesuai dengan fungsinya...^^

kita kena bersyukur taw..^^

Alhamdulillah..

izzah suka dengar ustaz tu bagi ceramah..
nanti nak kahwin dengan seorang ustaz jugak laa...  :)
tiap2 hari boleh dengar tazkirah....
tapi tak semestinya pekerjaan dia seorang ustaz...
ingat tau,,,tak semestinya hanya seorang yang dipanggil ustaz je boleh ceramah...
sesiapa pun boleh...hehe
izzah nak orang yang ada keimanan yang teguh dalam diri dia...
upssss,,,,terlebih sudah...haha...
abaikan ok...

izzah nak dengar lagi ceramah tu,,
tapi ada aral yang melintang...hhehehee.....
memang terasa amattt rugiiiii....  :(

nak buat macam mana...
takda rezeki..heheh....
okeh....takat nie je kot...buku sudah panggil maaa..^^


notes__

* tahniah haris a.k.a abg dud sebab dapat tempat ketiga dalam,,,errr,,,haris masuk pertandingan apa ye??
dah lupa...hheehe...apa2 pun,,,tahniah..

*kena belajar buat logo....aiseh..

* next week izzah exam..doakan izzah ye  ^^

assalam wbt

Tuesday 21 February 2012

waiz

assalam wbt

ai ai... ^^
lamanya izzah tak update blog kan??
bukan apa,,,busy la dengan homework,,study and so on..
adusss..... upsss...ingat...jangan sesekali mengeluh..

sekarang izzah takda waktu untuk diri sendiri..
sebab,,kalau izzah ada masa untuk diri izzah,,confirm izzah takleh ikut dengan subjek sekolah..

okeh,,, sebenarnya izzah ada bad news...
adik izzah kena tahan wad...huhu..
sebenarnya bukan adik kandung..kitorang macam sepupu..
tapi dulu ibu diorang pernah stay dengan family izzah sebab ibu diorang further study dekat USM..
jadi memang rapat ah dengan diorang..

nak tengok gambar adik beradik nie??











ini semua gambar waiz..hehehe...abang dia pulak,,,










abang dia muaz...sebenarnya masa pergi negeri sembilan hari tu izzah pergi rumah dorang la..
sayang sangat2 kat dua orang nie...
tapi baru2 nie waiz kena tahan wad...
dia demm...suhu 39.5...darah merah kurang...darah putih dengan platlet dia terlebih..
ditambah dengan batuk dan selesema...memang keesian sangat2..

tapi alhamdulillah...waiz  sangat tabah...
masih mampu senyum..




 nie semua gambar waiz time dekat hospital...

sebenarnya ini kali kedua dia masuk hospital...
semoga cepat sembuh!!!


assalam wbt

Friday 3 February 2012

sakit..^^

assalam wbt..

kenangan paling tak dapat dilupakan minggu nie,,
jari izzah cedera!!!huhuhu...

sedih sedih sedih...

ceritanya bermula begini,,,
di satu pagi yang hening,,,,
aiseh,,, agak2 kalau buat ayat camnie cikgu bm izzah pening tak??ngee~~

izzah dengan member2 sekelas tengah hias kelas..
almaklumlah,, ada pelawat dari thailand nak datang next week,,
semua pakat kalut..hhuhuhuu...awl tahun,,
kelas mana siap lagi..
jadi kami pun gotong royong lah siapkan kelas..

izzah kena buang info2 lama dekat papan kenyataan dan lekatkan yang baru..
jadi,, nak buang ubat stapler tu,,
kena la pakai pisau..

tengah2 khusyuk wat kerja tu,,
ada satu kertas nie,,aiyaaa.....
payahnya nak buang ubat stapler dia..
jadi,, paham2 je la kena buat teruk camna...

tetiba izzah terhiris jari..

emmm...mesti orang akan kata,,
apa la izzah nie,, jari luka pun nak tulis kat blog..
izzah sebenarnya nak cerita pasal sakit dan islam..
tapi kena la cerita dulu kejadian nie...heheh

lepas kena tu,,
memang darah menitik banyak...ntah kenapa darah tu keluar banyak sangattt...
mula2 tak rasa sakit..
izzah gi la tanya kawan2,,
sapa ada tisu...

bila dorang tengok jari izzah berdarah teruk,,
suma pakat terkejut and kalut2 datang kat izzah..
izzah mula2 tak rasa apa....
tapi bila dah semua orang buat izzah gabra,,
baru izzah rasa sakit..
saaakitt sangat..
psikologi la katakan..

then ada sorang tegur,,
izzah,,, napa muka pucat,, gi jumpa cikgu cepat..
ya Allah... baru izzah tersedar lepas tu dan cuba kawal emosi..
tapi bila tengok darah tu mengalir banyak sangat,,izzah jadi gabra..
habis kasut izzah lencun sebab darah menitik..

then pergi kat cikgu kesihatan..
dia takda..
tapi pembantu dia ada,, jadi dia yang tolong rawat luka izzah..
ramai yang cakap,, pelik la,,, selalunya darah takkan mengalir banyak sangat..
pembantu cikgu tu siap usik lagi,,
darah banyak nie mcam nak derma darah..
dia tanya,,nak gi hospital tak,,sebab luka nie dalam..
nanti kena jahit nie..

aiyaa,, izzah dengar2 je nak kena jahit,, terus geleng..
thanks naziha sebab tolong izzah... ^^

masa nak naik kelas tu...
izzah amik tisu dan lap darah2 yang menitik sepanjang tangga..
dekat kelas pulak,, masuk2,, lantai lencun..
izzah tanya dorang,,
kenapa lantai basah...
dorang cakap,, lap darah izzah laa..menitik merata..hihi...sorry..

ada yang cakap,, darah izzah tak bergumpal dan pekat..
itu pasal mengalir banyak..
nasib baik cita2 izzah bukan doktor..ngee~~

okeh..

meh cita pasal sakit dalam islam..


Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim)

tau tak tentang kisah Nabi Ayub??
Nabi Ayub ialah seorang Nabi yang mengidap penyakit kulit..


"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

Nabi Ayub nie sangat kaya...ada ternakan dan mempunyai keturunan yang baik..
tapi,.walaupun beliau kaya,, beliau sentiasa bersedekah, dan mengingati Allah SWT..
iblis  tak puas hati bila tengok Nabi Ayub nie senang..

iblis cuba sedaya upaya nak goyangkan iman Nabi Ayub..
first sekali,, melalui kekayaan..
sedikit demi sedikit,, kekayaan Nabi Ayub makin hilang..
tapi beliau masih sabar dan terus beribadat kepadaNya..

then anak beliau meninggal dunia..
tapi,, Nabi Ayub masih sabar..iman beliau tak tak goyah pun..

lepas tu,, Nabi Ayub diserang penyakit kulit yang luar biasa teruknya..
lama oo...lebih kurang tujuh tahun tak silap izzah..
tapi,, beliau tetap mengingati Allah..
badan Nabi Ayub menjadi kurus sampai orang yang tengok pun rasa takut..

ramai orang tak sanggup tengok keadaan Nabi Ayub..
tapi,, isteri beliau tetap setia di sisi suaminya..
iblis tak puas hati tengok isteri beliau baik sangat..
satu hari,, iblis telah menyamar sebagai seorang lelaki dan pergi menemui isteri Nabi Ayub..
iblis cuba rasuk fikiran isteri Nabi Ayub dengan mengingatkannya dengan kenangan ketika Nabi Ayub masih sihat..
isteri Nabi Ayub mula mengeluh pada suaminya..
Nabi Ayub berjanji akan memukul isterinya sebanyak 100 kali bila Nabi Ayub dah sembuh nanti..
sebenarnya Nabi Ayub taw pasal tipu daya iblis tu..
awal2 lagi dia dah bagi taw kat isteri dia..
Nabi Ayub suruh isteri beliau pergi meninggalkannya seorang diri.

Nabi Ayub berdoa kepada Allah SWT supaya menyembuhkan penyakit beliau..
doa Nabi Ayub dimakbulkan..

lepas sembuh,, Nabi  Ayub teringat mengenai janjinya yang akan memukul isterinya sebanyak 100 kali jika beliau sembuh..
tapi Nabi Ayub rasa kesian dekat Isteri beliau..
sapa tak sayang bini oii(ayat p.ramlee) hehe...
tapi Nabi Ayub rasa wajib untuk memukul isterinya..

Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Ayub untuk melakukan perkara itu..

  Firman Allah, bermaksud: “Dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput (100 batang), lalu pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah.
Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar, dialah sebaik hamba kerana dia sesungguhnya amat taat kepada Tuhannya.”

Nabi Ayub pun ambillah rumput tu dan pukul isterinya sekali libasan..
walaupun sekali,, ia dikira 100 sebab ada 100 rumput..

itulah kisah Nabi Ayub..

beliau sabar menghadapi dugaan hidup..
 
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. (H.R. Muslim)


semua penyakit yang kita dapat,, insyaAllah akan menghapuskan dosa2 yang ada..
dengan izinNya..

Rasulullah s.a.w bersabda: Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya. (H.R. Tirmidzi, Ahmad, Al-Hakim dan Ibnu Hibban)




Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya. (H.R. Al-Hakim)


maaf andai ada kesalahan pada entry ini...
izzah cuma berkongsi apa yang izzah tau..^^

notes__

* haris nak wat blok tandas...minta perhatian...hehehe

* kelas izzah paling suka cikgu ooi...hahaha

* hari tu muaz nyanyi lagu islamik yang dia belajar kat tadika...kiutnyaaa ^^


assalam wbt