Friday 25 November 2011

rindu semuanya..^^

assalam wbt


 Firman Allah, Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat pada waktu orang-orang yang zalim ( berada) dalam tekanan-tekanan sakrat (mabuk) mati, sedang para malaikat memukul dengan tangan mereka (sambil berkata) “keluarkan nyawamu. Pada hari itu kamu dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar. (Al-An’am:93). Di sini azab bermula dari saat kemati-an lagi, belum pun dikapankan dan dikebumikan. Ini adalah sebahagian daripada seksa yang berlaku sebelum kiamat. Ditambah dengan azab kubur kerana kebanyakan insan akan mengalaminya. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 600-601).


mati itu pasti...
jadi,, entry kali nie,,
disamping cerita pasal hidup izzah,,
sama2 la kita beringat yang dunia ini adalah persinggahan sementara..
kita semua yang hidup pasti akan bertemu dengan yang ESA di alam yang kekal.
jadi,, mengingati mati sekurang2nya dapat membuatkan kita fikir baik buruk sesuatu perkara sebelum melakukannya...imsyaAlah..^^

fuhh...
amacam cuti??
oraitt tak?? 
seeloknya time cuti nie,,
wat benda2 yang berfaedah,ok?
hehe....

izzah tak buat apa sangat cuti nie..
tapi baru balik dari melaka, bukit beruntung,hospital selayang..
hehehe....bukan gi melancong taw..
semuanya bersebab..

Firman Allah, Nanti akan Kami seksa mereka dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar. (At-Taubah: 101). Maksud seksa dua kali ialah pertama tembelang orang munafik dan kedua seksa kubur. Atau seksa dunia dan seksa kubur. Semestinya salah satu daripada dua seksa itu ialah seksa kubur. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 601). Nanti akan Kami seksa mereka dua kali iaitu azab seksa di dunia dan azab seksa kubur. (Tafsir Ibn-Kathir bagi ayat ini).

cuba bayangkan,,,
kita ada dalam kubur.
.and kita sangka kita akan masuk syurga sedangkan kita sebenarnya diseksa dalam kubur...
paham2 jela orang yang kena seksa kat mana tempat dia akhirat nanti..
nauzubillah.
walaupun oran tu nampak alim kat dunia,,
tak semestinya dia selamat di akhirat..

ingat taw,,, niat tu penting..
kalau kita niat kerana Allah,, insyaAllah,, syurga ganjarannya..

tapi ada yang solat, memang alim lah,,,
tapi tak dapat ganjaran syurga...
nie mungkin sebab,,
dia beribadah....tapi bukan kerana Allah..
tapi sebab nak nama... ada taw orang macam nie..

Firman Allah, Dan Firaun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat sangat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang (sebelum hari bangkit dari kubur), dan pada hari terjadinya Kiamat, dikatakan kepada malaikat: “Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras. (Al-Mu’min: 45-46).
Roh Firaun dan orang-orangnya dalam (tembolok) burung hitam berulang alik ke neraka, begitulah ardhuha (ditunjukkan). Ditunjukkan ini bermula dari dunia ini lagi sebelum Kiamat. Ditunjukkan ini di alam barzakh. Inilah hujah bagi orang yang mengatakan bahawa azab seksa kubur itu memang benar. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 601). Dan pada hari terjadinya Kiamat, dikata kepada malaikat: “Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.” Ayat ini merupakan dalil yang amat jelas bagi Ahli Sunah mengenai adanya seksa di alam barzakh dan dalam kubur. (Tafsir Ibn-Kathir bagi ayat ini).
izzah baca nie pun dah takut...
nauzubillah...
semoga kita menjadi muslim dan muslimah yang diredhai Allah..
ayat nie pun dah membuktikan kewujudan neraka..

tapi kenapa masih ramai yang buat dosa sedangkan mereka mengetahui balasannya?


Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang mukmin diletakkan dalam kuburnya, datanglah (malaikat-malaikat) kepadanya lalu dia mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Ini menepati firman Allah berbunyi Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut). Nabi s.a.w. menyebut mengenai azab kubur dengan sabdanya, Apabila seseorang Muslim mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Firman Allah, Allah mengukuhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut).
Diturunkan ayat ini mengenai azab kubur. Mengenai seksa kubur ini ada ulama mengatakan seksa badan dan roh kedua-duanya sekali. Allah Maha Kuasa mengembalikan sebahagian daripada jasad yang berkecai itu dicantumkan semula dan mengembalikan nyawanya ke dalam jasadnya itu. Tidak kurang pula, termasuk Ibn Hazm dan Ibn Hubairah yang mengatakan seksa kubur adalah seksa roh sahaja tanpa ia kembali semula kepada badan. Bandingkan dengan orang bermimpi merasa selesa atau seksa, sedangkan orang-orang yang ada bersamanya tidak tahu satu apa pun apa yang berlaku pada diri si tidur yang bermimpi itu. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599, 602 dan 603). Daripada keterangan ini masalah orang mati hancur badannya atau dimakan binatang buas tidak timbul.


teringat masa belajar dengan ustaz nik dulu...
bayangkan tekanan yang dirasai roh kita lepas dapat taw yang dia (kita) dah mati?
masa tu baru la nak insaf..
tapi dah tak guna..
mesti roh kita stress kan.
Hadis Nabi s.a.w.: Rasulullah melihat mayat mereka yang dijatuhkan ke dalam perigi (sebuah perigi yang berisi dengan mayat-mayat orang musyrikin yang terbunuh dalam Perang Badar) seraya bersabda, Adakah kamu benar memperoleh apa yang Tuhan janjikan kepada kamu?” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, anda bercakap dengan orang-orang yang sudah mati.” Jawab Rasulullah, “Mereka lebih dengar daripada yang kalian dengar tetapi mereka tidak berdaya menjawabnya. Sesungguhnya si mati itu diseksa dalam kuburnya. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan jilid 8 halaman 31).

semua yang hidup pasti merasai mati..

Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang hamba Allah dikebumikan dan kawan-kawan meninggalkannya, si mati itu mendengar hentak kasut mereka, dua malaikat pun datang kepadanya lalu disuruh duduk dan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?” Orang mukmin itu menjawab, “Saya mengaku bahawa dia adalah hamba Allah lagi Rasul-Nya.” Selepas itu malaikat itu berkata lagi, “Lihatlah tempat kamu di dalam Neraka, sesungguhnya Allah telah menukarkan tempatmu di dalam Syurga.”
Lalu orang yang dikebumikan itu melihat kedua-dua tempatnya itu. (Qatadah menambah, kami diberitahu bahawa kuburnya itu diperluaskan. Kemudian Qatadah menyebut riwayat Anas yang berkata:) Manakala orang munafik atau kafir akan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?” Dia akan menjawab, “Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.” Lalu ditanya lagi, “Kamu tidak tahu dan kamu tidak mengikut petunjuknya (dengan membaca al-Quran).” Selepas itu dia dipukul dengan tukul besi dengan satu pukulan yang menyebabkan dia menjerit-jerit. Semua mendengar jeritannya itu kecuali jin dan manusia. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 600).
Hadis ini menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. dengan umatnya. Mereka diuji dalam kubur masing-masing. Ternyata bahawa setiap nabi itu bersama umat masing-masing. Hadis ini menunjukkan tidak boleh bertaklid dalam perkara iktikad. Perhatikan bunyi hadis tersebut di atas, “Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.” (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 610).

grr!!!
beratnya entry kali nie...hehehe
terima kasih pada yang sudi membaca....
sayang semuanya..
izzah ada dengar orang kutuk blog izzah...
thanks sebab sudi tambah pahala izzah...hehehehe

ramai lagi yang masih cakap pasal bola...
hehhe..alhamdulillah..
tapi ramai jugak yang masih kutuk pihak lawan kita..sebolehnya,,,elakkan..
kita dah menang tu pun dah besar rahmat..
jangan tambah dosa...hehehe
tahniah Malaysia!!
lama izzah tak update blog..
sampai taktaw nak tulis apa padahal macam2 ada dalam otak nie...
notes__
* banyak makan buah mata kucing hari nie...jangan jadi mata kucing da..hehee

* oh ya,, saudara danial fahmi,, thanks sebab bagi semangat untuk izzah wat entry2 macam nie...hehe...thanks bro..

* waiz dah boleh meniarap...hehe...alhamdulillah...

assalam wbt

Friday 18 November 2011

mengutuk?? ^^

assalam wbt


alahai......
napa la boleh tulis 2 entry dalam masa hanya selang beberapa minit...
hmmmmm,,, tak,,,
gini ceritanya,,,

tadi izzah terjumpa satu laman web,,
cerita  pasal balasan mengutuk..

wah3,,,,

ada antara kita,,,
kutuk sampai tak ingat dunia..
ada jugak yang tak sengaja..
sebolehnya,, elakkan...

mengutuk tak semestinya melalui percakapan dan pertuturan(sama ja 2,2 nie)
ada jugak kutuk melalui tangan..
sebagai contoh,,
tulis benda bukan2 kat facebook n blog..
alahai,,,, kalau boleh mintak maaf kat orang tu tapa..

tapi kalau dah tak jumpa orang tu??
jawab kat akhirat la gamaknya...

mengutuk memang best untuk duniawi..
tapi ingat ukrawi sama..

jadi,,, hati2 time buat something..

kalau tengok cerita apa2 kat tv,,
kita suka komen macam2..
dia berlakon x best la,, yang tu la, yang nie la...

then,, cuba fikir,,
bila kita nak pi jumpa orang tu n mintak maaf??
haa.... tak ke nyusahkan tu...
nauzubillah...

izzah pun kadang2 jadi macam tu...
hehehe....

tapi kena pandai ingat diri..
jangan jadi macam izzah yang suka lupa diri...
muahahahaha...   *gelak jahat..


ok2,,, meh kita tengok kandungan laman web tu,,



Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”


Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)

Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
(Hadis Riwayat  Abu Daud)

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya  ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)”
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”

Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak  ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW  melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.

(Sumber: Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya)

banyak sebenarnya ingatan Rasulullah SAW kat kita..

cuma kadang2,,
kita selalu terlupa..
boasa la,,, fitrah manusia..
tapi,,, kita boleh saling mengingatkan..

kalau nampak ada orang duk kutuk,,
cepat2 la tegur dia..

semoga kita menjadi umat islam yang sempurna di sisi Allah SWT..


notes___

* kurang 24 jam,, izzah akan jumpa muaz n waiz.. doakan keselamatan izzah..^^
sayang semuanya...

* cuti nie nak watpa eh???

my big bro ^^

assalam wbt...

selama izzah menulis nie,,
hari nie baru izzah perasan,,,
selalunya,, izzah tulis entry dulu baru cari tajuk..
muahahaha..  *gelak jahat

ok...

hari nie,,
izzah nak cerita pasal my big brother..

nama dia muhammad amsyar bin azhar.
tarikh lahir, 13/11/93
suka mengarut, melukis n seorang otaku..  *adoi,, mngta abg sndri
ganas tapi baik,
kejam tapi penyayang..
ok!! cukup la mukadimah pasal dia..
sekarang dia kat matrik changlun@changloon

alkisah,,,,
ahad lepas birthday dia.. n sempena birthday dia,, kami suma sedara2,, pakat2 wat makan2..
huhuhu... sehari sebelum birthday dia,, birthday izzah,
tapi,,,,,, tada apa pun..huhuhu...
hehee...tapa, xkisah.


nak tengok gambar abang izzah?

alaaa,,,, lappy wat hal...
tanak upload...huk2..

tapa2...
yang penting,,
abg izzah memang KEJAM!!
tapi izzah saaayang dia...hehehe

dan izzah taw, dia pun sayang izzah..

alahai....
pendeknya entry kali nie,,,
huhuhu....

nanti bila lappy da ok,,,
kita continue ok?

peace.....
sayang semuanya...

selamat bercuti   ^^


notes___

* note tada hari nie... malaih... tataw nak tulis apa

assalam wbt

Wednesday 9 November 2011

mcam2 nya..^^

assalam wbt

ai ai....apa khabar???
izzah sihat alhamdulillah..sihat sangat2..hehe

sekarang tengah plan aktiviti time cuti..hehe..sebenarnya,,
entry kali nie tak terlalu menjurus kepada sesuatu hal...its open!!hehe

hari tu,,
ada kawan hantar meseg..dia kata,,
"weh,jangan ubah apa2 kat blog hang..biar ja macam tu..jangan letak macam2.nanti sakit mata tengok.macam nie dah ok"

erm....ada pendapat lain??
izzah tataw nak terima ke tak cadangan nie..
tapi memang izzah masih tada mood rajin nak kemas blog nie..
kalau menulis,, ada la moodnya..hihihi  ^^

ok,, berbalik kepada hal cuti...
emmm..nak gi mna eh??

teringgin la nak naik kereta api...
tak penah naik lagi..huhuhu...sedih betul la..
setakat nie,,izzah cuma plan ngan cousin2..
sebab parents masing2 kerja..
jadi pi bercuti tanpa ditemani orang dewasa..
paling tua antara kami,, umur 16..

gulpp...
boleh ke dapat kebenaran kalau camnie??
agagagaga~~
emm....lepas bincang ngan cousin2,,
suma nak gi negeri sembilan..
huhuhu...tataw la camna..baru cadang2..
kebenaran pun tak dapat lagi..hehe

ikut perancangan,, 18 hb nie naik kereta api malam,, sampai sana at least sebelum subuh..
huhu...takut pulak bila pikir gi cuti tanpa orang dewasa..
apa nak buat nie??@_@

hemm...kita tolak soal tu ke tepi..
sekarang izzah nak cerita something,,
oleh sebab ahad nie birthday abang,,
kami nak wat surprise..
shhh...rahsia kita..hehehe

tapi masalah nya sekarang,,
izzah tada idea nak bagi apa kat dia...huhu...
bagi ucapan cukup la noo..hehehe
kejam punya adik..

ehhh,,, tak paham betul la dengan lelaki...
confius..
kejap ok, kejap ko..
adusss..

izzah nak try wat cerpen la...
hehehe...
amcam oraitt tak??
bila izzah cakap kat cousin izzah,, dorang gelak..huhuhu
sedih~~

macam2 nya entry kali nie..
hehe....macam nie la yang jadi kalau dah mula rasa nak merepek..



notes__

* peningnya bila baca balik entry nie..heheehe

* result upsr insyaAllah keluar 17 hb.. pmr??adusss....tawakal je la..doakan izzah ye..^^

* kenapa orang tu macam sibuk ja? sampai mintak nyanyi lagu untuk dodoi pun tanak..huhu.. TT_TT

* ada orang cakap,, izzah masih di zaman kuno sebab pakai stoking setiap kali keluar rumah..
nasib baik dia agama lain..kalau tak,,
free2 je kena smackdown...
then izzah cerita elok2 tentang aurat yang harus ditutup oleh seorang muslimah...
akhirnya dia mintak maaf..^^ alhamdulillah..
ingatkan dah berhenti takat tu,, tetiba dia tanya,, tapi kenapa ada yang tak pakai stoking? gulpp... terkedu izzah time tu..
tataw nak jawab apa..
tapi izzah jawab jugak..apa yang izzah jawab??biarlah rahsia..
tapi izzah harap jawapan izzah memuaskan hati dia...lagipun,, lepas izzah jawab tu,, dia senyum n cakap,, " paham"

* dah banyak hari tak cukup tido..huhu


assalam wbt

Tuesday 8 November 2011

salam Aidiladha.. ^^

assalam wbt


rasanya masih belum terlambat untuk izzah ucapkan
selamat hari raya aidiladha..^^

emmm....
cakap tentang aidiladha,,
meh kita kongsi2 pasal maksud sebenar aidiladha..
izzah pun bukan arif sangat pasal nie..
tapi insyaAllah,, kita kongsi2 ye..
izzah cerita berdasarkan pengetahuan izzah.

aidiladha nie sebenarnya untuk memperingati kisah sejarah Nabi Ibrahim A.S..
Allah nak uji Nabi Ibrahim..
jadi,, pada satu hari,, Nabi Ibrahim bermimpi..
dalam mimpi baginda,, baginda disuruh menyembelih anak kandungnya sendiri yang bernama Ismail..

kalau izzah dapat mimpi camtu,,
nauzubillah..tataw la apa nak buat...huhuhu..
lepas terjaga dari tido, Nabi Ibrahim cerita kat isterinya, Siti Hajar yang juga ibu kandung Ismail..
dalam perbincangan tu, Ismail pun ada sekali..
Siti Hajar cakap,, mimpi cuma mainan tido.. tapi,, kalau mimpi tu wahyu,,
Nabi Ibrahim kena sembelih Ismail..

agak2,, apa reaksi Ismail??
hehehe....kalau izzah,, dah lama izzah cabut lari..
tapi Ismail tak macam tu..sebaliknya,,dia sokong kata2 ibunya..
dia kata,, kalau itu wahyu Allah,, dia sanggup disembelih..
bincang punya bincang,,
end up,, mereka setuju untuk menyembelih Ismail..

zaman Nabi Ibrahim dulu mana ada taman..
ada kampung je..hehehe
lama2,, kisah Nabi Ibrahim nak sembelih Ismail pun tersebar..
mulut orang la katakan...mana boleh tolong tutup..
mula la orang cakap sini sana..tapi Nabi Ibrahim sabar..
dia tetap buat apa yang Allah SWT suruh..

bila sampai hari yang dinanti,, Nabi Ibrahim dengan Ismail pun pergilah ke tempat persembelihan.
time nak sembelih tu,, Ismailsuruh Nabi Ibrahim tutup mata..
then baginda ucap kalimah atas nama Allah dan pancung leher anaknya sendiri..
Nabi Ibrahim juga manusia biasa..lepas pancung tu,, dia mengeletar..
tapi time dia bukak mata,,
Subhanallah...rupa2nya Allah SWT dah gantikan Ismail dengan kibas..
Nabi Ibrahim gembira lalu memeluk anaknya sambil menangis..

kalau nak taw cerita pasal nie,, ley rujuk surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga 111..

emm...besar sungguh ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah SWT..
mampukah kita berbuat demikian??
TEPUK DADA, TANYA SELERA..

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keinsafan kepada semua..
kisah tu,, yang salah adalah kesilapan Izzah dan yang benar dari Allah SWT..
thanks suma..^^



notes___

*dah lama tak menulis...busy dengan persiapan raya..hehe....ramai saudara datang..

*ada masalah ngan seorang sahabat..tataw camna nak cerita..biarlah..dia dah balik asrama..

*hari raya hari tu, terpaksa keluar beli barang..hehe...tengok sekeliling,,suma Muslim pakai baju melayu dan kurung..bila tengok diri sendiri,, mak aaiii...t-shirt lengan panjang, slack, tudung , kasut lengkap berstoking..alamak aiii....rasa aneh pulak...macam tak sambut raya..hehe


assalam wbt 

Friday 4 November 2011

reaksi kawan2..^^

assalam wbt

alhamdulillah...dah masuk bulan baru..^^
bulan baru,, azam pun mesti la baru..kan??
amacam azam bulan nie?
hehe...bulan nie banyak makna untuk izzah..
sebab,, 12/11 hari lahir izzah.13/11 hari lahir abang. 16/11 hari lahir bapa izzah. dan 23/11 hari lahir adik izzah..hehehe...suma bulan november..


sebenarnya,, izzah mengantuk sangat malam nie..huhu..
dua hari tak cukup tidur..
tapi ramai yang suruh update blog..hehe
izzah tengah pening2 lalat nie..
jadi tataw nak tulis apa..
tapi tapa,, meh izzah kongsi cerita tentang reaksi kawan2 izzah bila depa taw izzah buat blog baru..

ramai yang hantar meseg..
alhamdulillah..
kebanyakkannya positif..
tapi ada jugak yang kata,,
kalau buat blog baru, tapi jarang tulis,, tak guna jugak..
hehehe....insyaAllah..izzah akan sentiasa update blog nie.
terima ksih kerana memberi sokongan..

ramai jugak yang marah..
hehe...kebanyakkannya marah sebab tutup blog lama..
depa cakap,, blog tu dah elok dah..
sorry la..hehehe...tapa2..lama2 blog nie jadi best la kot..insyaAllah..

terima kasih semua...
sayang semuanya...~

kebanyakkan kawan2 izzah cakap,,
depa tada blog..
tapi akan sentiasa ikuti blog izzah..
wahh...terharunya..TT_TT
thanks suma..

itu antara reaksi kawan2 izzah..

untuk athin,,thanks banyak2 sebab banyak tolong izzah untuk blog nie..
sayang athin..

ramai juga yang tanya,,
kisah aku dan dia,,
sapa dia tu??
hehehe....nanti izzah mintak kebenaran orang tu dulu untuk tulis nama dia ok??
sayang semuanya..

Allah,, ngantuknya..
nanti izzah kongsi pengalaman izzah jadi fasi and pengalaman pi kedah baru2 nie ok?
sekarang dah ngantuk sangat..

sebelum Aidiladha nie,,
insyaAllah izzah tulis lagi..
thanks suma..

jangan lupa solat sebelum tido..^^



notes__

*tada orang nak dodoi malam nie.. tak sempat nak bermesra,, dia da kata ngantuk..izzah pun ngantuk jugak...tapi ingat ley la sembang2 dulu..huhuh....tapi tak sempat kata apa2,, dia dah bagi salam and pesan,, jangan lupa solat sebelum tido..hehehe...soo sweet..^^ sian dia penat baru balik asrama.

*macam2 jadi time gi kedah hari tu..hehehe...nanti izzah cerita k..insyaAllah..

*tak tengok anugerah screen ka??hehe...izzah tak larat..ngantuk..


assalam wbt

Monday 31 October 2011

sahabatku (seorang baru...ada lagi yang bakal menyusul..^^)

assalam wbt

entry kali nie,, khas untuk sahabat tersayang...
Naziha Suhaila binti Mohd Suhaimi..
jangan tataw,, senarnya dia yang suh wat nie...
hehehe.... dun wory dear..
kalau naz tak suruh pun,, 1 hari,, kami akan wat jugak..hehehe

time mula2 nampak naz nie,,
dalam hati terdetik,,
alamak! budak pandai laa...cute pulak tu...agak2 ley kamceng tak ngn aku yang otak gelong2 nie..
hahaha....
tapi,, oleh sebab kakak dia ngan abang izzah sama tingkatan dan kelas,,
jadi, izzah pun beranikan diri tegur dia..
sapaan pertama izzah kat dia,,
"hai..lawanya. pakai bedak apa?'

hahaha...lawak kan??hihihi
senarnya tataw nak tegur camna..
tetiba terkeluar soalan tu..hehe
maybe gugup punya pasal kot..
dia cuma senyum dan jawab,, "bedak biasa ja"
izzah jadi malu pulak..hehehe....iyela..
time tu da la form 1, dia pulak budak paling pandai form kami..
mestila tak berani kan??hehe...

then kami mula sembang2..
izzah ingat lagi,,
kejadian nie berlaku kat kantin..
hehehe...
ingatkan kami cuma kawan2 biasa ja..

tak sangka pulak dapat sekelas ngan dia waktu f2..
dalam hati,, alhamdulillah... ley dapat kawan baru..
hehe...tapi masih teragak2 nak tegur dia..
hehehe...steady dulu..
bila da sedia sikit,, tegurla...hihihi

1 hari,, dengan lafaz bismillahirohmanirahim,,
izzah jalan gi tempat dia.
and tegur dia...
hehehe...entah camna,, ley berkawan rapat sampai sekarang..
siap jadi geng lagi..hahaha...kami 4 orang time tu
mula2 ingatkan dia tanak kawan ngan budak cam izzah..hehehe..
kami rapat sampai hujung tahun..
bohonglah kalau kata tada prob langsung..

penah sekali tu,,
entah apa masalah entah...
dia lagsung tak tegur kami..
izzah try pi slow talk ngan dia...
oooo....paham2...paham kenapa dia camtu..
kenapa dia camtu?? biarlah rahsia..hahaha
tapi tak lama...pastu suma ok balik...

akhir tahun form2,,
kami satu geng ditawarkan masuk bahas ala parlimen..
kenangan betul la...hehehe....1st time masuk,, macam2 benda lawak jadi..hahaha






kimi, kak wani and naz....yang cute tu naz la...hehehe
antara geng2 bahas..

serius cakap..
memang best..
dah la tada pengalaman..
hahaha....thanks to our senior.. kimi, kak maryam, nazirul n abg caon..
nasib baik depa(penangnyaaa) ada..

dan persahabatan kami semakin hari makin erat..
mungkin sebab dah banyak kongsi suka duka bersama..hahaha

time cikgu nak umumkan kelas untuk tahun nie,, (f3)
memang geng kami berdebar sangat..
hehehe... ye la..
takut berpisah..
dan alhamdulillah..
kami suma sama kelas..
syukur...

apa lagi,, makin erat la kami..
seperti biasa,, awal tahun nie masuk bahas lagi..hehehe
dan alhamdulillah... sekolah izzah jadi naib johan..
naziha pulak dianugerahkan sebagai "pembahas terbaik"
memang tak dapat dinafikan,, dia layak dapat gelaran tu..

dengan aksi dia yang seakan2 gadis melayu terakhir,, hahahaha..
memang best sangat3..
sampai sekarang masih teringat kenangan bahas..


berbalik tentang cerita pasal naziha,,
izzah pernah tanya,,
dulu,, before kita kawan baik,, apa tanggapan naz pada izzah?
dia kata,, ingatkan izzah nie gedik..sebab duk berkepit ngan laki ja..
hahaha...maaf ya..laki tu sebenarnya abang izzah..
biasa la,, adik manja,, da tu,, baru masuk sekolah menengah..
mestilah rajin menempek kat abang..hahaha
izzah tak salahkan dia..
sebab izzah ngan abang memang rapat..
dan izzah taw naziha tak sengaja..
dia kan cute+comel..
hhahaa..

bila dah lama kawan,,
kami mula sembang pasal kawan2 lama..
and satu hari,, naziha kenalkan izzah ngan sorang kawan dia nama syahira(tataw betul ke tak ejaannya)hehehe..
dalam otak izzah time tu,, "ya Rabbi,, sorang lagi budak pandai..moga aku dapat sekamceng dengan dia.."
tapi,, rupa2nya,, syira nie leh tahan jugak orangnya..
macam naziha..hahahha...sekepala betul kami tiga orang..
thanks naz sebab kenalkan izzah ngan syira..

apa lagi eh nak cerita sal naziha nie??
kalau cerita semua,,
confirm sampai bila pun tak habis..hehehe...
tapi,, secara ringkasnya,, naziha ngan syira nie memang best! thumbs up!
otak gila2...hhehee...tapi tak gila..
best sangat kawan ngan dua orang nie..
hehehe..

nanti izzah cerita lagi pengalaman yang kami pernah lalui bersama..
entry kali  nie cuma nak cerita pasal mukadimah je..
hehehe..

semoga bertemu lagi^^
BERKAWAN BIAR SERIBU.. ^^

notes___

*rindukan sahabatku yang telah pulang ke asrama..huhuhu...tapa2..nanti cuti kita contact k? jaga diri elok2 kat sana.. JANGAN NAKAL2!! ^^

*mana follower izzah yang dulu nie??huhuhu....rindu semuanya..

*mesti naz tergelak baca entry merepek kerepek izzah nie kan??
hehehe

*oh ya,, semalam ada orang nyanyikan lagu twinkle2 little star untuk dodoikan izzah..hahaha...bahagia sungguh rasanya..

assalam wbt

Sunday 30 October 2011

sayang semuanya....

assalam wbt

tadi time post pasal blog izzah kat facebook,,
ramai antar chat...
mcm2 soalan ada..

antaranya,,

kenapa blog izzah macam pelik?

kenapa blog izzah nampak kuno?

kenapa blog izzah guna template lama?

kenapa izzah tak guna blog yang lama?

kisah aku dan dia tu kisah izzah dengan sapa?



amboi...banyaknya soalan... izzah petik sikit ja naa antara2 soalan tu..

ok...time menjawab..

bismillahirohmanirohim.....

maaf ya semua..
blog ini masih dama pembikinan...
blog izzah dulu,izzah wat tahun 2007..
lma da kn??
hehehe......jd izzh msih sdg belajar selok belok blog yang baru nie..
izzah tak da masa lagi nak hias semua nie..
nanti izzah cari masa k??
sayang semuanya..

maaf la..
blog yang lama,,
izzah tak pakai dah..
sebab sebelum pmr,,
satu entry pun tada untuk tahun nie..
maaf ya semua..
jadi izzah ambil keputusan,, nak wat blog baru..


sekarang tengah cari follower izzah yang lama...
rinduu semuanya..

ada yang tanya,,
blog nie nanti izzah akan post entry yang macam dulu ke?

jawapan,,
ye syg...
orang yang sama..
blog yang berlainan..

follower izzah sikit la sekarang...
jadi,, sudi2 la follow blog izzah ye..
terima kasih semua..


assalam wbt

sedihnya...:'(

assalam wbt..

Allah,,,,, bulan nie saja izzah dah tengok dua jenis ragam manusia..
astagfirullah... rupanya manusia nie pelik. pelik yang amat..



kisah pertama....

masa tu izzah tengah jalan2 kat supermarket yang nama dia tuttt...hehehe
biarlah rahsia..
then izzah ternampak satu scene yang amat menyakitkan mata, hati dan,, rasa macam nak kasi je penumbuk..
hish...
ya Allah...
memang geram... nak taw scene apa?/
hmm,,, izzah nampak,,, ada sorang perempuan, maybe dalam linkungan 27-30+ tengah best2 marah ibu dia..

nauzubillah...
kerana hal yang sangat kecil,,, boleh dia marah ibu dia sampai merah muka ibu dia tahan malu..
time tu,, tangan nie panas je nak g penampar dia..
sebenarnya,, ibu dia cuma salah sikit ja.
dia terjatuhkan barang yang diorang beli..
bayangkan,,
mampukah seorang wanita tua memikul beberapa beg plastik yang amat berat..
anak dia bukan nak tolong...
nauzubillah..
hargailah ibu bapa anda..

kesian ibu dia..
terkulat2 kena marah depan orang..
izzah rasa,, suma orang yang tengok tu mesti rasa geram,
sebab lepas anak dia sedar yang dia ada kat tempat awam(rasanya dia ingat dia kat rumah kot)..
cepat2 dia angkat beg dan pergi dari situ..
kesiannya ibu dia..
izzah nampak ibu dia kesat air mata..
ya Allah!!

kisah kedua,,

time izzah kat kedai buku..
hehehe...rajin berjalan betul izzah nie kan..

kisah dia camnie,,
ada sorang nie,,
kaya kot...entah..tataw nak komen. tapi nampak cam kaya..

alkisah,, ada sorang mamat(warga asing) keja kat kedai tu..
tak reti cakap bahasa inggeris..
then perempuan yang izzah kata nampak kaya tadi,,
g la tanya mamat nie,,
where can i find this book??
acecece....speaking la pulak lady nie..
tapi mamat tadi nie,, wat selamba ja..
izzah rasa dia tak paham b.i.

then perempuan tu tetiba naik angin,,
and terus g report pasal mamat tadi..
izzah ngan customer lain hanya mampu memandang..

tak nak sebelahkan mana2 pihak...

hehe...betul lah kata orang,,
jauh perjalanan,, luas pemandangan..

izzah rasa mesti banyak lagi ragam manusia kat dunia nie,,

yang baik jadikan ikutan,,
yang kurang minta dijauhkan..

hahaha..   sampai sini je kot entry kali nie..

notes__

*masih mencari follower di blog lama..huhu


assalam wbt

Friday 21 October 2011

maafkan saya,awak





























maafkan saya, awak..

Saturday 8 October 2011

alhamdulillah

assalam wbt.

leganya setelah dapat wat blog yang baru.. blog sebelum nie da lama tak dibuka. jadi bila dah buka setelah lama tak buka(berbelitnya), habuk je la yang tinggal. ^^.. jadi, permulaan blog ini, saya nak kongsi apa yang saya dapat dari sebuah website.



Keagungan Ilahi
(Al Muktashim)

Ratu malam sang rembulan
Raja siang sang matahari
Keduanya selalu bertentangan,

Tarik menarik
Dorong mendorong
Saling menguasai,
Seolah selalu bertanding tiada henti

Tiada yang kalah
Tak ada yang menag,
Karena dengan kedua sifat yang bertentangan ini
Seluruh alam semesta bergerak!

Dunia berputar,
Saling mengisi,
Yang satu melengkapi yang lain
Tanpa yang satu
Takkan ada yang lain,

Siang dan malam
Terang dan gelap
BAik dan jahat
Tanpa yang satu,
Apakah yang lain itu akan ada?
Tanpa adanya gelap,
Dapatkah kita mengenal terang?

Inilah sebuah kenyataan
Yang telah dikenhendaki Allah
Tanpa kehendaknya, takkan terjadi apa-apa







subhanallah.. betapa kerdilnya kita dimata Allah SWT. sebenarnya,kita semua saling memerlukan. keluarga dan keluaga, jiran dan jiran, sahabat juga sahabat.. bercakap tenteng sahabat, harap dapat jumpa balik follower saya di blog terdahulu.. insyaAllah.. ^^

sehingga bertemu lagi di entry seterusnya..^^

assalam wbt