Monday 25 June 2012

Program Imam Muda..^^

assalam wbt....

dear readers,,,
awak semua sangat nakal ye...hehe... gurau2..
ada yang mintak number abang2 fsi perkampungan ilmu hari tu...
haha... kan izzah dah cakap,, izzah gurau je yang tanya tentang sapa nak number mana2 boleh mintak kat izzah..

 taknak cakap tentang tu banyak2..haha... kita cerita pasal imam muda nak??? hoho....
terus terang izzah cakap,, antara sebab izzah tengok program imam muda sebab muka dorang handsome..
hahaha...astaghfirullah... gurau2...

17 hb yang lepas,, sk sungai bakap ada jemput salah seorang imam muda musim pertama..
cuba teka siapa......... jeng jeng jeng jeng.................

 imam muda Khairul Azhar Ghazali

dannnnn,,,, sekali lagi kami dijemput jadi fasi...
ehhh,,baru izzah perasan,, gambar perkampungan ilmu hari tu,,, takda gambar izzah langsung...
asyik muka kak ira jaa.....hehe...
seperti biasa,,kami adalah fasi ceria yang suka bergambar...
tapi kali nie,,, gambar fasi perempuan je tau...hoho...^^



pendaftaran


akak2 fasi pun nak mewarna...  ^^


merajuk taknak mewarna...


piqah,, kak ain dan kak ira..


kami fasi yang happy!! ^^


dari kiri,,,,  Fadhlin,, Kak Ira,, Me(Izzah),, Kak Ain,, Piqah


sini pun jadi laaaa...


datang dahh ustaz kita.. 


bergerak ke dewan dengan karismanya yang tersendiri..


ermmmm..... entah la nak tulis caption apa untuk gambar ni


tekun memberikan ceramah


senyummm....  dari kiri,, Kak Ira,, Piqah,, Fadhlin,, Me(Izzah),, Kak Ain


banyak betul gambar kami....


 Kak Ain peluk tiang pulakkk


cabutan bertuah... semoga bertuah ye ustaz..aminn..^^


gambar Piqah bersama ustaz Khairul Azhar

urut pinggang???? letih posing mungkin..hehe....


hari rabu tu izzah operate.. hari ahad dah datang aktiviti nie..mak siap pesan kat Piqah,, jaga Izzah elok2..
hehe.... terima kasih mak sebab benarkan adik datang aktiviti nie..
 Semoga Allah Redha..^^

ohh yaa,,,, hari nie birthday kak Ain...

Sanah helwah kak Ain... semoga panjang umur,, murah rezeki dan diberkati Allah selalu...^^
saaaayang kak Ain..

Imam Muda Khairul Azhar Ghazali ada tau dalam video klip hambamu...
nak tengok?? klik sini 

facebook ustaz pulak,,, klik sini 

blog ustaz,,,   klik sini..

entry kali ni tulis lama... hehe... tangan tak boleh banyak gerak sebenarnya.. kan baru kena bedah..
tulis sikit,,, then rest kejap dan sambung tulis..

Assalam wbt

Monday 11 June 2012

Resah Di Hati,,, Siapa Yang Tahu??

assalam wbt..

izzah tak boleh tidur.. waktu sekarang,, jam laptop dah pukul 3.18.
izzah tidur and then terjaga... asyik tidur jaga tidur jaga ja. jadi,, izzah ambil keputusan,,,
bangun ja terus.. gi cuci muka dan amek wuduk. dan amek terjemahan Al-Quran.. entah 
kenapa malam ni izzah berdebar.. hari ni dah hari isnin.. esok selasa...... dan rabu..

emmm.... sampai jugak hari tu ya.. alangkah indahnya kalau izzah boleh tahan hari rabu tu daripada muncul.. gerun sangat..
memang izzah takut.. tapi takkan la izzah nak tunjukkan ketakutan izzah tu terang-terangan?
lately nie,, jarang sangat izzah boleh tidur..

kadang-kadang,, ada yang datang usik.. bestla dia.. cuti penggal 2 minggu.. then sekolah dua hari..
isnin dan selasa. kemudian cuti balik..
Ya Allah... memang kalau difikirkan,, izzah banyak boleh rehat.. tapi,, resah di hati siapa yang tahu?
sekarang nie,, yang tahu bertapa berkecamuknya fikiran izzah ialah Dia. Dia, sang pencipta.

Allah tidak akan memberikan semua yang kita mahukan. tetapi Dia pasti memberikan semua yang kita perlukan..
bila orang usik izzah cuti banyak,, izzah akan senyum.. sedangkan hati izzah sedang menangis..
pernah izzah terfikir,, patut ka izzah tunjukkan kesedihan izzah tu terang-terangan..

oh,, tidakk...
cukup la keluarga izzah susah hati.. kalau izzah tunjuk yang izzah nie lemah,, mesti dorang sedih..
jadi,, apa salahnya menipu diri sendiri demi kebahagiaan orang lain?

entah kenapa.... malam nie,, ringan ja izzah menulis curahan perasaan kat blog nie..
sebenarnya izzah sedar nie... jangan ingat izzah mamai or mamun pulak..
sebenarnya manusia memang perlu luahkan apa yang terbuku di hati..
tapi masalahnya,,, kenapa siapa izzah nak cerita?
family?? dorang pun sedih.. izzah tau tu...cukuplah membebankan dorang...
kawan-kawan?? ok.. cukup la sekali dorang nangis bila dapat tau pasal sakit izzah..
izzah takkan susahkan dorang.. dorang banyak tolong izzah...


Firman Allah s.w.t di dalam surah Al- Baqarah ayat 45 & 46. Yang bermaksud

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya".


kita disuruh meminta dariNya.. izzah perasan something...
bila izzah dapat tau kena bedah 13 hb ni,, izzah banyak dekatkan diri dengan Allah..
bila fikir balik,, emmm... teruknya insan yang bernama izzah nie..
bila tak perlukan Allah,, buat yang wajib dan beberapa yang sunat ja...
bila perlukan Allah,, barulah buat lebih sikit.. rasa diri nie teruk sangat..

Hadis Nabi Muhammad S.A.W

* Sebaik-baik perkara pada orang mukmin ialah sabar dan bersyukur.

* Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya cici-ciri iman, baginda menjawab:

"Ialah sabar ", kerana di samping sabar merupakan amal yang termulia, sebahangian besar amalan iman adalah sabar.

izzah tau yang izzah kena sabar untuk ujian nie.. tapi,, fitrah sebagai manusia yang kadang-kala,,sabarnya hilang..

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sabar adalah pada goncangan (timpaan) yang pertama Berbagai Macam Bentuk Sabar Dalam Al-Quran. Apa yang tidak disukai olah nasfu manusia ada beraneka macam, kerana itu ruang sabar sangat luas melampaui gambaran manusia bila mendengar kata SABAR.

 Al-Imam Al-Ghazali berkata:

 "Sabar merupakan ciri khas milik manusia dan tidak dipunyai oleh haiwan kerana kekurangan-kekurangannya dan tidak pula oleh malaikat kerana kesempurnaannya"

 Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Baqarah ayat 153.Yang bermaksud :

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabarWahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar".

Firman Allah s.w.t dalam surah A-Li 'Imraan ayat 200. Yang bermaksud: 
 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)".

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 126 & 127. Yang bermaksud: 
 
"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan".
 
 Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Ahqaaf ayat 35 Yang bermaksud: 
 
"(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasiq - derhaka".

Allah berfirman dalam surah A-Li 'Imran ayat 139. Yang bermaksud: 
 
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman".
 
 Allah Ta'ala memuji kepada orang yang sabar. 
Allah berfirman dalam surah A-Li 'Imran ayat 16 & 17. Yang bermaksud: 
 
"(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"; (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur".
 
 Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anfaal ayat 46. Yang bermaksud: 
 
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar".
 
 Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 96. Yang bermaksud: 
 
"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan".
 
 
 assalam wbt

Wednesday 6 June 2012

gambar kenangan

assalam wbt...

hari nie,,, oleh sebab mood rajin izzah berlambak (gurau je),,
sooo,,, here i am.. in front of my lappy...^^
ada kawan meseg izzah hari tu... dia cakap,, dia dah baca entry izzah tentang kem akademik tu..
dan,, dia suruh izzah masukkan gambar.. hehe...  mungkin ada yang dah tengok gambar2 nie  kat facebook.. dan mungkin ada yang belum.. sebab ada yang izzah ambil dari handphone izzah..
untuk kem yang dulu,, ada orang cakap,, banyak muka akak2 fasi jepp.. muka fasi lelaki takda pun..haha.. jadi,, izzah cuba perbanyakkan gambar fasi2 lelaki ye...

okk,,,, now,, beratur ramai2,, siapa nak number yang mana2,, just gitaw izzah k?? haha... gurau2..^^




akak2 fasi... dari kiri,, Fadhlin, Afiqah, Kak Ira, Kak Ain.. 


abang2 fasi.. dari kiri,,, abang Fawwaz, Abang Razif, Abang Wafiy
 


antara fasilitator dan adik2


adik2 jugaa...^^


fasi yang paling murah dengan senyuman..^^


kena bangun awal..


kak ira dan kak ain..


denda..^^


akak2 fasi lagiiii...^^


slot ustaz amin..


main bom di pagi hari...


aktiviti bina pulau..


fasi lelaki..


banyak pulak gambar kak ira..haha


abang comel a.k.a abg Ramzi..


kak ain yang cute..^^


denda jalan itik..


slot akademik..


aktiviti jalinan..


fasi perempuan bergambar di tangga...haha


abang Ramzi yang tak suka diambil gambar..^^


dua orang fasi tercomel!!!^^


slot cikgu Rosli


main pijak bola..


susun dewan untuk majlis penutup..


abang syakir dan abang razif...emmm...ada yang ngantuk nampak...


malam burung hantu.. hati2 tarik anak dara orang tu ye...


adik2 lelaki yang kuat..^^


burung hantu...^^

sibuk baca surat    

barbeque..^^


mari kita ke hutan...^^


opppssss,,,,, comeellll jeppp...  *tgn d bhu mata ke ats


kak ira dan Rukaini...


sesi keinsafan..



cikgu rosli...


antara parents yang hadir...


fasi lelaki....


abang Ali tayang gigi...^^


fasi lelaki...


bersama budakkk..........




ada yang tak boleh tulis caption... hemmm.... thanks atas kenangan yang dicipta