Sunday 3 February 2013

Saya Redha...

Assalamualaikum wbt..

sungguh lama saya menyepi dari penulisan di blog ini. Allah... hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa saya teringgin hendak menulis di sini. tetapi, masa membataskan segalanya. saya sangat sibuk tahun ini. sibuk dengan pelbagai perkara. pernah 1 hari ni sekolah, ketika guru saya ada hal dan tidak dapat menghadirkan diri ke kelas, saya sempat mengelamun. tidak dapat saya bayangkan bagaimana hidup saya jika tidak mempunyai blog yang kini menjadi salah satu sumber kekuatan buat diri saya.

sepanjang saya tidak menulis di sini, pelbagai perkara berlaku pada diri saya. ingin saya kongsikan segalanya. tetapi, ingatan mengehadkan. ada pahit, dan ada juga manisnya dalam kehidupan ini. saya rasa diri saya bertuah. kerana kebelakangan ini, saya dipilih oleh Allah SWT untuk menerima ujian yang tidak putus-putus. ingat lagi kata-kata saya? Ujian Tanda Allah Sayang! percayalah! jika kita redha dengan ujian yang menimpa, pasti, kita akan dapat merasakan betapa dekatnya Allah dengan diri kita. Subhanallah!! indah sungguh perasaan itu biarpun harus diiringi dengan dugaan lantaran kesemua ujian yang hadir amat melelahkan diri.

saya dikecewakan sahabat karib saya sendiri. identitinya, biarlah dirahsiakan. saya amat kecewa. hati saya yang dahulunya besar, kini semakin mengecil dek kerana sikap dan perbuatannya itu. sungguh saya tidak sangka, sahabat yang asalnya amat rapat dengan diri saya, begitu tega melakukan hal yang sedemikian rupa. jiwa saya merintih, mata saya menangis, hati saya berderai. namun, hal yang berlaku, tetap telah berlaku. menyesal pun sudah tiada gunanya. Allah,,berat betul dugaanmu ini.. tabahkanlah hatiku, Ya Allah...

selepas satu, satu lagi ujian datang melanda. bagaikan air sungai yang biarpun dicincang berkali-kali, tidak akan putus.

salah satu daripada ujian-ujian itu, saya telah kehilangan telefon bimbit saya. telefon itulah yang menghubungkan saya dengan rakan-rakan. kusut kepala saya memikirkannya. sungguh saya penat. hati saya meronta keletihan. otak dan akal saya bagaikan lumpuh dalam mencari ilham. Allah..!! Apakah hikmah semua ujian yang datang menimpa diriku yang tidak putus-putus ini. 

saya redha. saya redha atas segala yang berlaku. saya tahu, Allah sayang saya. kerana itu, saya diuji dengan ujian-ujianNya. Allahurabbi... 

pernah diri ini terfikir, adakah ini kifarah dosa-dosa yang pernah saya lakukan? atau mungkin, Allah ingin saya ubah sesuatu tentang diri saya. MasyaAllah.. jika benar ini adalah kifarah dosa, aku redha Ya Allah..!
saya berazam untuk mengubah diri saya. Fa iza 'azamta fatawakkal 'alallah

Barakallahu fiikum..

Assalamualaikum wbt

5 comments:

  1. saya sudah follow, di tunggu follow baliknya. Terimakasih
    http://siikabsumedang.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. teruskan perjuangan, niat kerana Allah,

    www.faizsaaid.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Allahumma amin.. ^_^ saya nak follow blog saudara. tapi tak boleh tekan link tu.. mohon beri link yang lebih spesifik.. ^_^

      Delete
  3. sabar ye Izzah, apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya. Mgkn Izzah hilang hp sbb nak dpt ganti hp yg lebih mahal lagi kot! Kecewa ngan kwn tu perkara biasa, at least kita dah tau perangai dia skrag sblm terlambat.

    kalau sudi jengahlah ibu di sini. http://IzaIsmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ibu atas nasihat yang diberi.. ^_^ saya dah jenguk.. tapi pakai phone. tak boleh follow lagi.. InshaaAllah nanti dah pakai laptop, saya follow ibu, ya? :)

      Delete