Thursday 8 November 2012

entry merepek kerepek

assalamualaikum wbt..

ehem..!! ehem..!! test suara kejap.. ehem..!! hehe..bahana tidur lambat kebelakangan ni, saya dah mula rasa macam tak sihat. tekak dah start sakit. hehe. bila bagitau kat mak, mak marah saya. haha. marah2 sayang. mak cakap, jangan berjaga untuk tulis apa2 dah. kalau tak, mak tak izinkan saya tulis dah lepas nie. Gulp! arahan mandatori tu. haha. betul jugak. lately, saya tidur ketika jam hampir menginjak ke pukul 3. semalam ja saya start tidur awal balik. haha. tidur pukul 3, bangun pulak pukul 5.30. manalahhh tak sakit. tidur pulak tak pakai selimut. sekarang kan musim hujan. jadi cuaca malam memang sejuk. haha.

saya terlampau excited nak siapkan novel ni kot. ^^ sekarang kat sekolah hanya tercongak aja, jadi, makin aktif la saya menulis. hehe. makin hujung tahun ni, rasa sedih pulak nak tinggalkan tahun 2012. banyak betul kenangan pahit manis, suka duka, pertemuan perpisahan tahun ni. mana mungkin dapat saya lupakan itu semua.hehe. benarlah kata orang. pengalaman mematangkan seseorang. banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang persekolahan tahun ni. haha. rapat dengan sahabat yang sebelum ni tak pernah rapat langsung, masuk wad beberapa kali, join banyak kem perkhemahan. haha. itu antara aktiviti saya tahun ni.

rasa pantas sungguh waktu berlalu. melihat senior2 bersiap-sedia menjawab SPM, membuatkan saya berdebar-debar jadinya. bimbang, takut, resah, semuanya bergabung menjadi satu perasaan yang tidak mampu saya tafsirkan. aduh! membayangkan saya berada di dewan peperiksaan itu sahaja sudah mampu menyesakkan nafas saya. macam mana la nanti waktu saya nak jawab exam. haha. bimbang sungguh saya dibuatnya.

untuk cuti ini, saya akan bercuti ke sendayan seperti tahun-tahun dahulu. kemudian sibuk dengan kelas tambahan dan sebagainya. No more honeymoon year. haha. hati ini sentiasa berdegup kencang setiap kali mengenangkan perilaku saya sepanjang tahun ini. adakah saya berjaya mengumpul pahala dengan banyak, mahupun sebaliknya? haha. resah betul hati ini.

ahhh... menghitung hari balik ke sendayan. tak sabarnya.. rindu adik2 kat sana. rindu segalanya kat sana. rasa macam nak duduk lama2 kat sana tapi keadaan tak mengizinkan.haha.^^

saya mengantuk malam ni. tak mampu nak tulis panjang2.


sekian buat kali ini, barakallahu fiikum..

assalamualaikum wbt..

Tuesday 6 November 2012

best day of my life..

assalamualaikum wbt..

semalam saya ingat saya gila main2 ja. tapi malam ni, sah saya rasa kepala ni pusing. bak kata watak idaman saya dalam Terlerai Kasih, kepala ni weng kejap. haha. seronok betul saya update blog ni sampai rasa macam setiap hari nak update. tambahan pulak, sekarang dah hujung tahun. kerja pun dah berkurang, lagilahhh saya jadi gila di depan laptop ni. hehe. jadi, sekarang, every day is the best day of my life... ^^




hati bahagia.. semoga hari2 saya sentiasa dilimpahi rahmat dan redha Allah SWT, insyaAllah.. hehe. nak jugak menaip kat blog ni walaupun hanya entry pendek.. ^^

sekian, barakallahufikum..

assalamualaikum wbt..

Monday 5 November 2012

sahabat

assalamualaikum wbt..

wah, saya dah gila ni. haha. semalam update. hari ni update lagi. macam orang tak da kerja pulak kan. hehe. bukan tak ada kerja. cuma, kebelakangan ni jari saya dah terbiasa menaip. malam ni pun, terasa nak menaip jugak. ^^ saya tak ada rasa nak taip novel atau cerpen malam ni. rasa macam nak bercinta dengan Encik Laptop dan Encik Blog aja. hehe. ringan sungguh tangan saya on laptop dan duduk di hadapannya. jemari pulak tak sabar-sabar hendak menari di kekunci. hehe. betullah saya dah gila bayang ni.

baru beberapa minggu tak jenguk blog ni, saya rasa rindu sangat. sekarang ni dah terbiasa ber"dating" dengan blog ini. hehe. entah kenapa, sejak blog ini ada, saya seperti mempunyai seorang teman untuk meluahkan rasa. pernah saya buat perbandingan antara blog lama dan blog baru ni. dulu, waktu saya menulis di blog lama, entrynya lebih banyak bersifat kebudak-budakkan dan tidak matang. berbeza sungguh dengan blog ini. setiap kali saya menulis di sini, bagaikan diri saya menjadi lebih matang untuk menangani hal duniawi.

blog ini sebenarnya banyak menyedarkan saya. saya jadi lebih berhati-hati untuk menyusun kata. saya lebih berhati- hati untuk meluahkan rasa dan saya lebih berhati-hati untuk menceritakan soal diri saya. setiap kali hati saya rindu, di sinilah saya curahkan segalanya. seolah-olah saya punya teman rapat yang boleh berkongsi segalanya. yang menjadi beza, saya hanya boleh meluahkan rasa, tetapi tidak medapat balasan kata.

sebenarnya, ada juga dalam beberapa entry saya, saya sebenarnya sedang berkias tentang sesuatu. haha. tak tahu la kalau ada yang perasan. berkias tentang apa? hehe. pandai-pandai la cari sendiri. saya jatuh kasih pada blog ini. ia sahabat dan teman saya sepanjang masa.

berbicara mengenai sahabat.... mengingatkan saya tentang kem kepimpinan baru-baru ini. haha. sebelum kem itu berlangsung, saya dan rakan-rakan sedikit sibuk dengan persiapan majlis jamuan akhir tahun pengawas. menjadi tradisi setiap tahun, tingkatan 4 dan 3 akan menguruskan majlis ini. sering juga kami berkumpul di bilik pengawas untuk berbincang dan sebagainya, adakala, apabila penat berfikir tentang majlis ini, kami akan bergurau senda dan cuba menghidupkan suasana yang agak tertekan memandangkan acara ini bertindih dengan tarikh kem kepimpinan pengawas dan kokurikulum. maksudnya, pada malam hari pertama kem kepimpinan berlangsung, akan turut berlangsung majlis ini. selaku ajk tertinggi acara, peserta kem kepimpinan, agak meresahkan hati kami.


sehari sebelum kem itu, memang kami semakin dihimpit waktu yang kian mendikit. menghabiskan masa di bilik pengawas dan harus menjelajah di sekeliling sekolah, membuatkan nafas kami sesak dan jantung kami sentiasa bergerak pantas. haha. bila waktu sekolah hampir tamat, barulah kami berupaya melepaskan lelah. sambil melakukan kerja, kami bersembang sesama sendiri. kebanyakkan dari kami memang bersahabat baik. ketika itu, saya terasa seperti ukhuwah yang terjalin menjadi semakin erat. kmi bercerita mengenai pelbagai perkara. sehingga saya rasa sebenarnya, kadang-kadang walaupun orang itu bersahabat baik dengan kita, tidak bermakna kita tahu banyak tentang dia.

keesokkannya, sekali lagi kami sibuk bersama-sama. dengan persiapan kem lagi, dengan persiapan majlis jamuan lagi. kadang-kadang berkejar ke tempat perjumpaan kem, kadang-kadang, berkejar menyiapkan acara jamuan. amat memenatkan. tapi, meninggalkan kesan yang mendalam pada diri. dalam waktu kami tertekan untuk melakukan persiapan akhir untuk acara jamuan, kami terhibur dengan gelagat satu sama lain. bilik pengawas tidak pernah sunyi dari gelak tawa sepanjang persiapan dilakukan. saya sendiri terhibur apabila kami mengusik sesama kami dan bergaduh ala2 manja. haha. sungguh! dengan cara ini juga sebenarnya membuatkan kita berjaya melakukan tuntutan Islam. ukhuwah fillah.

petang itu, kami double triple sibuk! haha. sewaktu masa semakin hampir ke acara, hati kami semua berdetak hebat. mampukah perjalanan majlis berjalan lancar? haha. masing-masing hanya mampu mengelap peluh di dahi. ketika majlis berlangsung, memang ada cacat celanya. tetapi, saya terharu apabila melihat, jika ada kesilapan yang dilakukan, semua berusaha untuk memperbetulkannya. tidak hanya mengharapkan keringat seorang sahaja. hati saya bahagia melihat perkara seperti ini. setiap lopak yang ada, kami sama- sama usaha untuk tutup dengan kudrat yang ada.

malam itu, majlis berakhir lebih kurang pukul 10.30. syukur. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. lancar sungguh perjalanan majlis tersebut. saya terfikir sendiri, walaupun sibuk melakukan tugasan, kami sebenarnya semakin dekat dengan satu sama lain. selesai majlis tersebut, kami menarik nafas lega. indah sungguh jika kita selang-selikan antara kesibukkan dan keindahan menjalin ukhwah sesama sendiri.

keesokkannya, kami meneruskan aktiviti seperti biasa sebagai peserta kem. terharu sungguh saya apabila sahabat-sahabat tidak pernah jemu bertanya mengenai kesihatan saya. "izzah ok ke tak","izzah dah makan ubat ke belum".
sungguh saya amat2 terharu. mereka sentiasa memastikan saya berasa selesa dan sihat sentiasa. sayang kawan2... sayang semuanya... ^^ saat itu, saya sedar apakah erti persahabatan yang sebenar-sebenarnya.

sahabat sebenar adalah orang yang akan menegur kita jika kita dalam kekhilafan, menasihati kita kala kita dalam kebingungan, memperingatkan kita kala kita lupa,sentiasa bersama kala susah dan senang. mengambil berat terhadap kita sepanjang masa dan paling penting, sentiasa mengingatkan kita tentang suruhan Allah. sentiasa membantu kita berjuang memenuhi tanggungjawab kita sebagai khalifah, sentiasa berkongsi ilmu tentang Islam dengan kita dan mampu memandu kita ke jalan diredhai Allah.

sahabat amat penting dalam hidup kita. carilah sahabat yang dapat membimbing kita agar tidak lalai mahupun tersasar dari jalan Allah. sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa bersama kita untuk berjuang mendapat tempat terindah di akhirat kelak. ^^


Alhamdulillah.. saya dikelilingi sahabat yang benar-benar sejati.. ^^

sekian dahulu untuk kali ini. Barakallahufikum..

assalamualaikum wbt

Sunday 4 November 2012

Bila Nak Saksi, Kau Datang Menyerah

assalamualaikum wbt..

terasa amat lama saya tidak menulis di sini. bukan tak sudi, tetapi masa amat terbatas kebelakangan ini.
saya dilanda kesibukan dunia. haha. jika ada masa terluang, sedaya upaya cuba saya penuhi bersama keluarga, merehatkan diri dan mengejar pahala akhirat. amboi,, dah macam wakil rakyat pulak saya ni. sibuk memanjang. haha. saya pasti, ramai di luar sana yang turut sibuk dengan urusan masing-masing. namun, itulah hidup dan kehidupan.

kita hidup bukan untuk sentiasa berasa selesa. kita hidup untuk mencari redha Allah dan melaksanakan tanggungjawab yang digalas selaku Khalifah di bumi Allah ini. amanah ini harus digalas dan bukannya hanya dibiarkan sepi tergantung di bahu. kita boleh memilih untuk hidup dengan selesa dan mengabaikan amanah dan tanggungjawab ini. tapi, bahagiakah hidup kalau selesa tetapi tidak mendapat redha Allah??

okay, bercerita tentang kehidupan saya kebelakangan ini. saya sibuk dengan pelbagai perkara. sibuk peperiksaan yang berjalan selama 3 minggu sehingga memenatkan akal dan minda saya, haha. sibuk dengan ujian yang datang menguji kesabaran diri. kesibukkan dengan jamuan akhir tahun pengawas. sibuk dengan Aidiladha yang tiba dengan barakahnya. sibuk dengan kem kepimpinan. sibuk dengan rawatan di hospital. sibuk dengan novel dan cerpen. haha. yang akhir tu tak dikira kot. itulah saya lebih kurang 4 minggu kebelakangan ini.

kadang-kadang, keindahan itu tersembunyi di sebalik segala duka yang kita hadapi. tak salah kita belajar bersabar dan menanti keindahan yang bakal tiba. ramai orang tidak sabar dan cepat melatah jika bertemu dengan ujian-ujian yang Allah turunkan. saya juga kadangkala begitu. sebenarnya, ujian-ujian ini adalah untuk menguatkan lagi semangat kita sebagai umat Muhammad SAW. seorang khalifah harus kuat menjalani pertempuran di dunia persinggahan ini. sesungguhnya, Allah Taala itu Maha segalanya.

oh ya,, kebelakangan ini, saya banyak juga habiskan masa membaca buku-buku novel yang saya beli namun belum sempat dibaca. hehe. saya kalau dengan novel, tiada kompromi! haha. selalu begitu. beli banyak-banyak. tapi baca hanya ketika betul-betul lapang. lagipun, dah nak akhir tahun.  ^^  kawan-kawan saya selalu cakap, dah hujung tahun ni kena shopping novel. nak baca waktu cuti. cemburu betul saya waktu itu. haha. takkan la saya nak beli novel lagi sedangkan banyak yang belum dibaca.hehe

ada juga yang mengkritik. sebab banyak baca novel cinta dan bukannya novel islamik dan buku ilmiah. haha. saya ni bukanlah teruk sangat sampai tak baca buku-buku macam tu. selang-seli la.

setakat ni, saya baru habiskan karya-karya seorang penulis yang menggunakan nama pena Rehan Makhtar. beliau juga merupakan idola dan inspirasi saya dalam bidang penulisan novel dan cerpen. antara karya beliau ialah





 inilah antara karya beliau.. hehe.. itu belum termasuk dalam blog dan penulisan2u lagi. untuk pertama kali, air mata saya begitu murah untuk tumpah ketika membaca Terlerai Kasih ni. haha. sebelum ini, walaupun ada cerita-cerita yang lebih sedih, saya tak pernah menangis. berbeza dengan karya Rehan Makhtar. mudah sungguh air mata saya tumpah. selalunya, ketika membaca novel, saya tidak terlalu "masuk" ke dalam cerita tersebut. sebab,, realiti adalah realiti. dan fantasi adalah fantasi. dan, ini kali pertama, saya ulang membaca sebuah novel sebanyak 4 kali! haha. entah apa yang merasuk diri ini. sedar-sedar sahaja, air mata sudah memenuhi tubir mata saya.

saya tidak pernah mengaitkan hubungan antara alam novel dan dunia sebenar. tetapi, tatkala saya membaca Bila Nak Saksi, hati saya terdetik, nak suami yang sebijik macam watak Yusuf dalam cerita itu. saya dah ulang baca cerita terlalu banyak kali.haha. entah mengapa, saya tidak pernah merasa jemu. mungkin cara penulisannya kena dengan jiwa saya. kadang-kadang, saya ditegur apabila ketawa besar ketika sedang membaca novel-novel beliau. selalunya, jika ada mana-mana babak yang mengeletek hati saya, saya hanya akan senyum. tetapi karya beliau berjaya membuatkan saya ketawa besar tanpa saya sedari.

cuba anda beli novel-novel beliau. pasti anda tidak akan menyesal. itu belum lagi saya cerita pasal cerpen beliau. kebanyakkan jalan ceritanya adalah lain dari yang lain. dan ia juga berjaya membuatkan saya tersenyum sendiri. sungguh,! karya beliau teramatlah best! sampai sekarang, hati saya masih mengatakan watak Yusuf dalam novel Bila Nak Saksi adalah watak idaman saya. haha.

beliau juga memainkan peranan sebagai salah seorang yang menyuntik semangat saya untuk menulis. pernah saya menuliskan kepada beliau betapa saya amat mengagumi karya beliau dan menyuarakan hasrat saya untuk masuk ke dalam bidang penulisan. tanpa segan-silu, beliau menyokong hasrat saya dan memberikan semangat untuk saya menulis.

terima kasih Kak Rehan. karya anda memang terbaik..! ^^

silalah lawat blog beliau...   klik sini
untuk karya beliau di penulisan2u, klik sini


assalamualaikum wbt