Tuesday 21 January 2014

Blog.. :-)


Assalamualaikum wbt.. :-)

Seperti biasa, entry ini juga mengambil masa berhari-hari untuk disiapkan. Hehe...

Biasanya, saya menaip waktu malam. Waktu Mak Tok saya dah tidur, saya taip dua ayat. Kemudian beliau akan terjaga. Sambung urut kembali badan-badannya yang confirm beliau akan mengadu sengal.haha. Sangat comel! Beliau tak nak menyusahkan kami mengurut. Tapi, seringkali beliau tidak tahan menahan sengal badan, lantas bertanya,

" Urut kaki tok, boleh tak? Sakittt... "

For me, its actually cute! :-)

Yelah, kalau beliau tak suruh pun,memang kami akan urut. Selagi tak urut, selagi tu beliau tak kan mampu tidur. :-) But bila dia buat permintaan itu yang saaangat comel. :-)

Kemudian beliau tidur. Saya pula akan sambung menaip. Dapatlah dua ayat. Kemudian beliau terjaga kembali. Sambung urut pula. Haha..

Awal-awal, i was like, sudah lah. Malas la nak menaip. Tapi, tekad itu perlu. Maka, saya pun bertekad.

*********

Berbalik kepada asal.

Entry ini sebenarnya saya tulis khas buat kawan-kawan yang baru buat blog.
Kebelakangan ini, ramai yang minta tolong saya yang tak reti buat apa ni untuk bantu mereka hasilkan satu blog.

Saya bukanlah seorang yang mahir menyusun kata. Bukan juga seorang yang puitis untuk mengamit rasa.

Hanya ingin berkongsi prinsip yang saya buat sebelum dan semasa kewujudan blog ini.
Saya juga tak minta orang lain ikut prinsip saya. Cukuplah sekadar mengambil pengalaman.

Baiklah,

Bismillahirohmanirohim..

1. MENULIS BIAR DARI HATI.

Bagi saya, penulisan yang datang dari nafsu dan amarah atau sekadar memenuhi tuntutan diri, amat tidak bermakna.
Menulis, biar dari apa yang hati sampaikan.
Ya, kadang-kadang hati terlampau keterlaluan. Dan adakala juga hati terlalu emosi dan ego. Namun, siapa sebenarnya yang membentuk hati?

2. MENULIS, JANGAN SAMPAI MENYAKITI.

Sesiapa yang menulis sehingga menyakiti orang lain, hatta orang yang kita tak kenal sekalipun, adalah penulis yang langsung tiada etika bagi saya. Hati-hati menjaga hati. Jangan menambah dosa.

Andai kata awak ingin meluahkan perasaan sekalipun, biarlah entry awak itu tersurat atau tersirat.

3. MENULIS, BIAR BERDAKWAH WALAU HANYA SEBARIS AYAT.

Kita Islam. Seorang khalifah yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membawa syiar Islam ke seluruh dunia. Maka, amanah ini harus dipenuhi. Bukan hanya dibiarkan di bahu tergantung sepi. Tak kisahlah awak nak dakwah tentang apa pun.

Ada yang salah faham. Bagi fahaman mereka, bila sebut pasal dakwah, entry tersebut haruslah bercirikan islamik 100%. Erm. Bagi, selagi apa yang kita tulis tu berlandaskan ajaran Islam, dan tak gedik, melalut dan sewaktu dengannya, kira okay la tu.

Tetapi, sebaiknya adalah dakwah yang betul-betul dakwah.

4. MENULIS,  UNTUK BERKONGSI RASA.

Rasa gembira? Say Alhamdulillah and share with your followers. :-)

Rasa sedih? Istighfar. Muhasabah diri. Dekatkan pada Allah. Dan, share with all your followers. Susah senang bersama, kan? :-)

And macam-macam lagi.

5. MENULIS, JANGAN KERANA TERPAKSA.

Bila dah lama menulis, dan tiba-tiba awak jadi sibuk dan tak sempat update. Maka, awak cuma update sekadar nak bagi ada sesuatu. Sekali sekala bolehlah. Saya pun begitu. :-) tapi, jangan lah selalu. Nanti orang yang baca pun rasa terpaksa. :-)

6. MENULIS, SAMBIL BERKONGSI INFO.

Dapat info apa-apa, share la. :-)

******

Yang di atas adalah ayat terakhir saya untuk tiga bulan lepas. Allahurabbi. Entah kenapa, beratnya tangan nak mengupdate. Huhu. Dan saya dah malas nak edit yang di atas. Maaf atas segala salah silap. :-)

Please please please.. Doakan MH370. Allah..... :(
******

Nota kaki 1 : Heii, masih ingat pada saya? :-) Si Nota Kaki? Saya dah lama menghilang. Bukan apa, kaki lenguh dan tuan empunya blog tak nak update saya!

Nota kaki 2 : Heiii Si Nota Kaki 1, apa awak merepek haaa??? Izzah ada sebab la tak nak update kita. Kan Izzah, kan? :-)

Nota Izzah 1 : Please jangan gaduh. Nanti saya update awak berdua ya selepas ni. Nota Kaki 1, jangan marah-marah.

Nota Izzah 2 : Lamanya saya tak update! Kawan saya si Wan Nusaibah dah ada 16 entry di blog beliau, saya satu pun tiada! Psst, Wan la sahabat yang minta tolong saya tu. :-) Nanti saya bagi link blog beliau.:-)

Nota Izzah 3 : Esok ada test kereta. :-) Doakan ya. Moga Allah permudahkan. :-)

Nota Izzah 4 : Saya baca entry Wan, kemudian bandingkan dengan entry saya. Rasa tak matangnyaaa!!! Huhu. Saya akan cuba jadi lebih matang ya. :-)

Nota Izzah 5 : Amboi Nota Kaki, lenggang kaki nampak awak semua nohh. Back to work!

Semua Nota Kaki : Yes, Mem!

Assalamualaikum wbt

Thursday 16 January 2014

Wan Nusaibah..

Assalamualaikum wbt.. :-)

Entry ini, khas untuk sahabat saya yang sedang membelek blog saya yang saya tulis sejak bertahun lepas (sebenarnya tak ingat dah berapa tahun. Blur. )   Terima kasih, sahabat. :-)

May Allah bless you! :-)

Jangan belek lama-lama. Nanti tidur lambat. :-)
Thanks sudi jenguk. :-)

Sebarang pertanyaan, sila ke Facebook. :-) hehe..

Sayang awak, Wan Nusaibah! :-)

Ukhuwah fillah abadan abada. :-)

Assalamualaikum wbt.

Thursday 9 January 2014

Hati ini...

Assalamualaikum wbt..

Hati saya..... tak tenang.

Benar kata orang, jangan berani menyelidik perkara yang kita tak nak tahu kesudahannya. Sudahnya, hati sendiri yang terluka. Perit, segalanya ditanggung sendiri. Allahu Allah.....

Bila hati terluka atau tak tenang, memang saya akan melalut di mana-mana. Dulu, waktu tiada kesempatan untuk menulis, saya akan ambil kertas dan mula mengarut itu, mengarut ini. Akhirnya, kertas itu akan saya buang dengan segala keperitan hati.

Maaf. Saya tahu entry ini sangat merepek.

Kalau boleh, nak ajaa saya cerita straight to the point. Namun, akal ini masih ada warasnya.

Tersedar, saya bukan sesiapa untuk mempunyai rasa sebegini. :-)

Tersedar kali kedua, mungkin Allah nak tunjuk agar lain kali, berhati-hati.

Tersedar kali ketiga, diri ini hanya hamba yang hina. Mana mungkin mampu melawan aturan Allah yang Maha Kaya dan tersusun cantiknya. Allahurabbi. :-)

Tersedar kali keempat, lebih baik tahu sekarang dari mengetahuinya di hadapan hari.

Tersedar kali kelima, tak apa. Ini lebih baik dari ternanti-nanti.

Tersedar kali keenam, kalau selama ini tak perasan, terpesona dengan keindahan pancaindera semata-mata. Kini, diri lebih berjaga-jaga.

Tersedar kali ketujuh, Allah itu Maha Penyayang. Bimbang diri tergelincir, Allah jaga diri ini awal-awal. Terima kasih Ya Allah.

Tersedar kali kelapan, sebenarnya sebelum ini diri dah mula perasan tanda-tandanya. Tetapi ditepis segala keburukkan yang datang.

Tersedar kali kesembilan, siapa diri ini? Yang hendak semuanya hanya yang indah belaka. Langsung tak nak tergugat.

Tersedar kali kesepuluh. Tepuk dada, tanya iman. Di mana kata hati? Di situ terletaknya jawapan.

Hati ini gemar mengusik, dan saya sering terusik.

Allahu Allah.

Assalamualaikum wbt..

Sunday 5 January 2014

Instagram.. :-)

Assalamualaikum wbt..

Mulanya, buat instagram ni sebab......

1. Nak tengok baby girl senior saya yang sangat-sangat comel. :-) Wallahi, sangat comel. #nawwaryaacob

2. Nak follow penulis blog yang saya jadikan idola dalam dunia penulisan. :-) #sarahshukor #duniasarah.

3. Nak shopping tudung labuh dan wide shawl online.! :-)

Tapi, sampai sekarang saya masih terkial-kial nak guna. :-)
Follow me, will ya? :-)

Syukran jazilan.

Assalamualaikum wbt

Wednesday 1 January 2014

Selama ini.

Assalamualaikum wbt..

Menulis entry ini, saya ambil 3 hari.! :-) dengan sekotak tisu di sebelah, dan sebelah lagi adakala tangan mengagau mengurut tok saya yang sakit. Sungguh, bertapa hidup ini sebenarnya banyak warna warni. :-)

Tersedar, blog yang dulu hanya berhabuk, sekarang dah bersarang bagai. *batuk*. Hati saya sentiasa ingin menghabiskan waktu mungkin sejam dua di sini. Tapi, Allah lebih tahu. Masa untuk diri sendiri pun saya cuba curi, mana lah mampu curi untuk update blog ni pulak.. pencuri sungguh.!! :-)

Hidup saya sekarang berubah 360 darjah! Ehh.. senget sikit. Adalah dalam 215 darjah. Kikiki.... :-) (okay, mungkin saya agak tidak matang di sini. :-) )

Semuanya bermula sebulan sebelum SPM. Keluarga saya memang tinggal dengan nenek saya. Dan dua orang ibu saudara yang tidak/belum berkahwin. Bukan tak ada rumah. Tapi bapa saya anak lelaki. Setelah berbincang dengan adik beradik yang lain, memang dah diputuskan bapa saya yang akan menetap dengan nenek saya. Atau saya panggil beliau, Mak Tok! :-)

Amboi panjangnya mukadimah. Hehe.. berbalik pada asal.

Sebulan sebelum SPM, mak tok jatuh sakit. Sampai warded for almost two weeks!  Allahu Allah...

Saat itu, segalanya berubah. Kehidupan kami sangat berubah. Adik beradik bapa saya kebanyakkannya turun Penang untuk jaga mak tok saya. Hemm.... habis bilik saya dijadikan bilik tetamu.. hehe. Bayangkan bagaimana nak belajar. Tapi tak apa, saya tak kisah sangat tentang itu.

Saya bergilir-gilir menjaga mak tok saya di hospital dengan emak, bapa dan dua orang ibu saudara yang tidak/belum berkahwin itu. Kadang-kadang ada juga saudara lain. Maksu dan paksu, anty ya. :-) hemm... :-):-)

Saya sampai ponteng sekolah beberapa hari. Memang emak dan bapa saya menegah. Tapi, saya bukanlah anak yang kejam sampai sanggup biarkan keluarga saya terkontang kanting sendirian.

Kemudian, bila tok saya boleh balik ke rumah, mudahlah sikit dari ulang alik. Tapi still, kena jaga. Beliau memerlukan bantuan untuk segala hal. Untuk beralih baring pun memerlukan bantuan. Maka, kami memang tidak lekang di sisi beliau.

Dan, biasalah orang tua. Manja mengalahkan anak kecil. :-)
Ujian itu, tanda Allah sayang. :-)

Cuti sekolah baru ini, rumah memang sentiasa ada tetamu. Tetamu membawa rahmat. :-)
Dan, ringan sikit beban kami sekeluarga bila lebih ramai yang bergilir gilir berjaga. :-)

Tutup bab mak tok, buka bab saya. :-)

Alhamdulillah, SPM dah tamat. Suatu mimpi ngeri yang amat indah. Tiba-tiba, saya jadi rindu pada suasana sekolah. :-) benar kata guru saya. ' bila awak melangkah keluar dari sekolah, barulah rindu itu akan hadir membuak-buak di dada'

Saya harap, result saya ok. :-)

Saya sekarang mudah betul sakit. Sekarang pun menulis ditemani sekotak tisu. Selesema tak habis-habis. Dengan batuknya lagi. Menulis pula menggunakan handphone saja. Bertambah-tambah susahnya. Laptop saya sihat walafiat dalam beg. :-) dah banyak bulan tak buka. Hihi....

Dulu, saya rancang nak penuhi masa selepas SPM ni dengan menyiapkan novel saya. Aturan Allah, mana mampu kita sangkal. :-) Bila jadi macam ni, memang tidak lah jawabnya. :-)

Saya bimbang bila bercerita tentang ini. Bimbang dianggap sedang mengeluh. Tidak! Saya tidak mengeluh. Ini bukan keluhan. Hanya perkongsian. Siapalah saya untuk mengeluh atas takdir Allah?

Wallahi, saya dan keluarga amat redha dan ikhlas atas apa yang berlaku. Saya belajar banyak daripada kejadian-kejadian yang berlaku sejak mak tok sakit.

Bapa saya, kerja tunggang langgang. Kadangkala cuti, dan kadangkala pulang awal. Mak tok saya pula,walaupun ramai di sisi, tetap merengek inginkan bapa saya. Allahu Allah... Mungkin sebab bapa saya yang memang tinggal dengan beliau.

Saya sebenarnya teringgin nak berada di hadapan laptop, dan curahkan segala yang saya rasa. :-)
Dah banyak sebenarnya entry yang saya draftkan. Hanya tulis separuh. Huhu..

Moga Allah sentiasa bantu.

Pengajaran penting, bersabarlah..Innallaha Maas Sobirin. :-)
Bila kita sabae, Allah akan sentiasa bersama kita. :-)

Assalamualaikum wbt