Friday 3 February 2012

sakit..^^

assalam wbt..

kenangan paling tak dapat dilupakan minggu nie,,
jari izzah cedera!!!huhuhu...

sedih sedih sedih...

ceritanya bermula begini,,,
di satu pagi yang hening,,,,
aiseh,,, agak2 kalau buat ayat camnie cikgu bm izzah pening tak??ngee~~

izzah dengan member2 sekelas tengah hias kelas..
almaklumlah,, ada pelawat dari thailand nak datang next week,,
semua pakat kalut..hhuhuhuu...awl tahun,,
kelas mana siap lagi..
jadi kami pun gotong royong lah siapkan kelas..

izzah kena buang info2 lama dekat papan kenyataan dan lekatkan yang baru..
jadi,, nak buang ubat stapler tu,,
kena la pakai pisau..

tengah2 khusyuk wat kerja tu,,
ada satu kertas nie,,aiyaaa.....
payahnya nak buang ubat stapler dia..
jadi,, paham2 je la kena buat teruk camna...

tetiba izzah terhiris jari..

emmm...mesti orang akan kata,,
apa la izzah nie,, jari luka pun nak tulis kat blog..
izzah sebenarnya nak cerita pasal sakit dan islam..
tapi kena la cerita dulu kejadian nie...heheh

lepas kena tu,,
memang darah menitik banyak...ntah kenapa darah tu keluar banyak sangattt...
mula2 tak rasa sakit..
izzah gi la tanya kawan2,,
sapa ada tisu...

bila dorang tengok jari izzah berdarah teruk,,
suma pakat terkejut and kalut2 datang kat izzah..
izzah mula2 tak rasa apa....
tapi bila dah semua orang buat izzah gabra,,
baru izzah rasa sakit..
saaakitt sangat..
psikologi la katakan..

then ada sorang tegur,,
izzah,,, napa muka pucat,, gi jumpa cikgu cepat..
ya Allah... baru izzah tersedar lepas tu dan cuba kawal emosi..
tapi bila tengok darah tu mengalir banyak sangat,,izzah jadi gabra..
habis kasut izzah lencun sebab darah menitik..

then pergi kat cikgu kesihatan..
dia takda..
tapi pembantu dia ada,, jadi dia yang tolong rawat luka izzah..
ramai yang cakap,, pelik la,,, selalunya darah takkan mengalir banyak sangat..
pembantu cikgu tu siap usik lagi,,
darah banyak nie mcam nak derma darah..
dia tanya,,nak gi hospital tak,,sebab luka nie dalam..
nanti kena jahit nie..

aiyaa,, izzah dengar2 je nak kena jahit,, terus geleng..
thanks naziha sebab tolong izzah... ^^

masa nak naik kelas tu...
izzah amik tisu dan lap darah2 yang menitik sepanjang tangga..
dekat kelas pulak,, masuk2,, lantai lencun..
izzah tanya dorang,,
kenapa lantai basah...
dorang cakap,, lap darah izzah laa..menitik merata..hihi...sorry..

ada yang cakap,, darah izzah tak bergumpal dan pekat..
itu pasal mengalir banyak..
nasib baik cita2 izzah bukan doktor..ngee~~

okeh..

meh cita pasal sakit dalam islam..


Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim)

tau tak tentang kisah Nabi Ayub??
Nabi Ayub ialah seorang Nabi yang mengidap penyakit kulit..


"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

Nabi Ayub nie sangat kaya...ada ternakan dan mempunyai keturunan yang baik..
tapi,.walaupun beliau kaya,, beliau sentiasa bersedekah, dan mengingati Allah SWT..
iblis  tak puas hati bila tengok Nabi Ayub nie senang..

iblis cuba sedaya upaya nak goyangkan iman Nabi Ayub..
first sekali,, melalui kekayaan..
sedikit demi sedikit,, kekayaan Nabi Ayub makin hilang..
tapi beliau masih sabar dan terus beribadat kepadaNya..

then anak beliau meninggal dunia..
tapi,, Nabi Ayub masih sabar..iman beliau tak tak goyah pun..

lepas tu,, Nabi Ayub diserang penyakit kulit yang luar biasa teruknya..
lama oo...lebih kurang tujuh tahun tak silap izzah..
tapi,, beliau tetap mengingati Allah..
badan Nabi Ayub menjadi kurus sampai orang yang tengok pun rasa takut..

ramai orang tak sanggup tengok keadaan Nabi Ayub..
tapi,, isteri beliau tetap setia di sisi suaminya..
iblis tak puas hati tengok isteri beliau baik sangat..
satu hari,, iblis telah menyamar sebagai seorang lelaki dan pergi menemui isteri Nabi Ayub..
iblis cuba rasuk fikiran isteri Nabi Ayub dengan mengingatkannya dengan kenangan ketika Nabi Ayub masih sihat..
isteri Nabi Ayub mula mengeluh pada suaminya..
Nabi Ayub berjanji akan memukul isterinya sebanyak 100 kali bila Nabi Ayub dah sembuh nanti..
sebenarnya Nabi Ayub taw pasal tipu daya iblis tu..
awal2 lagi dia dah bagi taw kat isteri dia..
Nabi Ayub suruh isteri beliau pergi meninggalkannya seorang diri.

Nabi Ayub berdoa kepada Allah SWT supaya menyembuhkan penyakit beliau..
doa Nabi Ayub dimakbulkan..

lepas sembuh,, Nabi  Ayub teringat mengenai janjinya yang akan memukul isterinya sebanyak 100 kali jika beliau sembuh..
tapi Nabi Ayub rasa kesian dekat Isteri beliau..
sapa tak sayang bini oii(ayat p.ramlee) hehe...
tapi Nabi Ayub rasa wajib untuk memukul isterinya..

Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Ayub untuk melakukan perkara itu..

  Firman Allah, bermaksud: “Dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput (100 batang), lalu pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah.
Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar, dialah sebaik hamba kerana dia sesungguhnya amat taat kepada Tuhannya.”

Nabi Ayub pun ambillah rumput tu dan pukul isterinya sekali libasan..
walaupun sekali,, ia dikira 100 sebab ada 100 rumput..

itulah kisah Nabi Ayub..

beliau sabar menghadapi dugaan hidup..
 
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. (H.R. Muslim)


semua penyakit yang kita dapat,, insyaAllah akan menghapuskan dosa2 yang ada..
dengan izinNya..

Rasulullah s.a.w bersabda: Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya. (H.R. Tirmidzi, Ahmad, Al-Hakim dan Ibnu Hibban)




Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya. (H.R. Al-Hakim)


maaf andai ada kesalahan pada entry ini...
izzah cuma berkongsi apa yang izzah tau..^^

notes__

* haris nak wat blok tandas...minta perhatian...hehehe

* kelas izzah paling suka cikgu ooi...hahaha

* hari tu muaz nyanyi lagu islamik yang dia belajar kat tadika...kiutnyaaa ^^


assalam wbt

No comments:

Post a Comment