Monday 11 June 2012

Resah Di Hati,,, Siapa Yang Tahu??

assalam wbt..

izzah tak boleh tidur.. waktu sekarang,, jam laptop dah pukul 3.18.
izzah tidur and then terjaga... asyik tidur jaga tidur jaga ja. jadi,, izzah ambil keputusan,,,
bangun ja terus.. gi cuci muka dan amek wuduk. dan amek terjemahan Al-Quran.. entah 
kenapa malam ni izzah berdebar.. hari ni dah hari isnin.. esok selasa...... dan rabu..

emmm.... sampai jugak hari tu ya.. alangkah indahnya kalau izzah boleh tahan hari rabu tu daripada muncul.. gerun sangat..
memang izzah takut.. tapi takkan la izzah nak tunjukkan ketakutan izzah tu terang-terangan?
lately nie,, jarang sangat izzah boleh tidur..

kadang-kadang,, ada yang datang usik.. bestla dia.. cuti penggal 2 minggu.. then sekolah dua hari..
isnin dan selasa. kemudian cuti balik..
Ya Allah... memang kalau difikirkan,, izzah banyak boleh rehat.. tapi,, resah di hati siapa yang tahu?
sekarang nie,, yang tahu bertapa berkecamuknya fikiran izzah ialah Dia. Dia, sang pencipta.

Allah tidak akan memberikan semua yang kita mahukan. tetapi Dia pasti memberikan semua yang kita perlukan..
bila orang usik izzah cuti banyak,, izzah akan senyum.. sedangkan hati izzah sedang menangis..
pernah izzah terfikir,, patut ka izzah tunjukkan kesedihan izzah tu terang-terangan..

oh,, tidakk...
cukup la keluarga izzah susah hati.. kalau izzah tunjuk yang izzah nie lemah,, mesti dorang sedih..
jadi,, apa salahnya menipu diri sendiri demi kebahagiaan orang lain?

entah kenapa.... malam nie,, ringan ja izzah menulis curahan perasaan kat blog nie..
sebenarnya izzah sedar nie... jangan ingat izzah mamai or mamun pulak..
sebenarnya manusia memang perlu luahkan apa yang terbuku di hati..
tapi masalahnya,,, kenapa siapa izzah nak cerita?
family?? dorang pun sedih.. izzah tau tu...cukuplah membebankan dorang...
kawan-kawan?? ok.. cukup la sekali dorang nangis bila dapat tau pasal sakit izzah..
izzah takkan susahkan dorang.. dorang banyak tolong izzah...


Firman Allah s.w.t di dalam surah Al- Baqarah ayat 45 & 46. Yang bermaksud

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya".


kita disuruh meminta dariNya.. izzah perasan something...
bila izzah dapat tau kena bedah 13 hb ni,, izzah banyak dekatkan diri dengan Allah..
bila fikir balik,, emmm... teruknya insan yang bernama izzah nie..
bila tak perlukan Allah,, buat yang wajib dan beberapa yang sunat ja...
bila perlukan Allah,, barulah buat lebih sikit.. rasa diri nie teruk sangat..

Hadis Nabi Muhammad S.A.W

* Sebaik-baik perkara pada orang mukmin ialah sabar dan bersyukur.

* Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya cici-ciri iman, baginda menjawab:

"Ialah sabar ", kerana di samping sabar merupakan amal yang termulia, sebahangian besar amalan iman adalah sabar.

izzah tau yang izzah kena sabar untuk ujian nie.. tapi,, fitrah sebagai manusia yang kadang-kala,,sabarnya hilang..

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sabar adalah pada goncangan (timpaan) yang pertama Berbagai Macam Bentuk Sabar Dalam Al-Quran. Apa yang tidak disukai olah nasfu manusia ada beraneka macam, kerana itu ruang sabar sangat luas melampaui gambaran manusia bila mendengar kata SABAR.

 Al-Imam Al-Ghazali berkata:

 "Sabar merupakan ciri khas milik manusia dan tidak dipunyai oleh haiwan kerana kekurangan-kekurangannya dan tidak pula oleh malaikat kerana kesempurnaannya"

 Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Baqarah ayat 153.Yang bermaksud :

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabarWahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar".

Firman Allah s.w.t dalam surah A-Li 'Imraan ayat 200. Yang bermaksud: 
 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)".

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 126 & 127. Yang bermaksud: 
 
"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan".
 
 Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Ahqaaf ayat 35 Yang bermaksud: 
 
"(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasiq - derhaka".

Allah berfirman dalam surah A-Li 'Imran ayat 139. Yang bermaksud: 
 
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman".
 
 Allah Ta'ala memuji kepada orang yang sabar. 
Allah berfirman dalam surah A-Li 'Imran ayat 16 & 17. Yang bermaksud: 
 
"(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"; (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur".
 
 Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anfaal ayat 46. Yang bermaksud: 
 
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar".
 
 Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 96. Yang bermaksud: 
 
"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan".
 
 
 assalam wbt

No comments:

Post a Comment