Sunday 15 July 2012

kisah mengenai Alhamdulillah..

assalam wbt...

ai ai... sihat?? izzah sihat alhamdulillah...lama izzah tak menulis kan??
sebenarnya,,, idea untuk menulis makin kurang lately..huhu
tapi tak apa... insyaAllah,,, untuk awak semua,,, insyaAllah izzah akan fikirkan sesuatu untuk ditulis..

kebelakangan nie,, kalau bukak blog pun,,izzah akan edit2 ja... tak karang apa langsung..dan,,,
sekarang izzag dah tau nak karang apa...tiba2 teringat kisah yang pernah diceritakan waktu izzah pi kem baru2  nie... kem bukan sebagai fasi...tetapi sebagai peserta..^^

ini kisah mengenai kalimah Alhamdulillah..

okeh,,, pada zaman dahulu..... ada seorang pemuda...emmm...kita kasi nama pemuda la ye...
dia nie adalah pembantu kepada seorang raja di sebuah negeri... negeri apa?? wallahualam..izzah pun tak tau...huhu..
pemuda nie,,, suka sangat ucap kalimah Alhamdulillah.. apa2 ja,,, mesti Alhamdulillah..
raja sayang kat dia ni...sebab dia jujur dan amanah.. dah macam kawan baik raja la kiranya..

raja ni suka memburu... nak dijadikan cerita,,suatu hari,, raja nie gi la masuk hutan untuk berburu..
selalunya pemuda tu akan ikut...tapi kali ni dia tak ikut..dan,,, waktu raja tengah lap2 baginda punya senapang,, dia tertembak tangannya sendiri... putus la ibu jarinya...
lepas dah balik istana dan tangannya dirawat,, pemuda tu pun pergi menemui raja... nak tanya,, apa yang raja dapat untuk perburuan kali nie.. raja tu pun ngadula pasal tangan dia kat pemuda tu..

lepas habis cerita,, tiba2 pemuda tu kata,,,  alhamdulillah...
raja apa lagi,,, marah rr... dia marah sebab pemuda tu macam bersyukur tangan dia jadi camtu..
pemuda itu pun dibuang negeri...

lepas beberapa bulan,,, tangan raja pun dah makin ok... dia pun pi la berburu lagi..
oleh kerana terlalu khusyuk berburu,, dia tak perasan yang dia dah melepasi sempadan negeri dia...
tiba2,,, kumpulan memburu raja nie ditawan oleh sekumpulan manusia cannibal(orang makan orang)
raja nie pun merayu la supaya tak dimakan...

waktu kawah tu dah mendidih,,, cannibal tu pun get ready la nak masak... raja tu dah meraung dah...
dia ingat ajal dia dah sampai...tapi,,, dengan kuasa Allah SWT,, masa cannibal tu duk belek2 badan raja tu,,, dia perasan yang raja tu takda ibu jari... diorang ingat raja tu cacat... jadi diorang tak jadi la nak makan raja tu... raja tu pun seronok dan cepat2 lari balik...

bila dah ada kat istana,, raja tu pun termenung... mungkin ini sebabnya pemuda tu ucap Alhamdulillah hari tu.. dia pun arahkan orang dia untuk cari pemuda tu... dan pemuda itu diarahkan untuk menghadap raja.raja tu puncerita la pasai peristiwa yang baru berlaku kat pemuda tu...
sekali lagi pemuda tu sebut,, Alhamdulillah...kali nie,,, raja tu terus tanya dia,,, kenapa kata Alhamdulillah?? pemuda tu pun jawab... sebab kalau la raja tak halau dia,,, mesti dia akan ikut raja tu pi berburu... dan mesti dia akan dimakan oleh kumpulan cannibal tu sebab dia sempurna tubuh badan...raja tersenyum...

wallahualam...

jadi,,, pengajarannya,,, kita kena sentiasa bersyukur atas apa yang Allah SWT kurniakan..
kalau muka tak cantik,,, Alhamdulillah... ada hikmahnya... mungkin kalau muka kita cantik,, kita akan lupakan Allah dan bermegah dengan kecantikkan yang kita ada..
kalau tak pandai,, Alhamdulillah... mungkin Allah nak uji kita sama ada kita tabah atau tak...
apa pun yang berlaku,,, jangan sesekali riak atau sombong... apa yang kita dapat,,, ianya adalah daripada Allah SWT..
orang puji,,, jangan pulak rasa sombong... sebab,, orang takkan puji kita melainkan kelebihan kita yang dipuji itu dikurniakan daripada Allah SWT..

izzah harap,,, ramai yang dapat manfaat dari cerita nie... belum terlambat untuk sedar sekarang..kita masih punya waktu..^^

dah start countdown untuk ketibaan Ramadhan,,, excited....!!

assalam wbt...

No comments:

Post a Comment