Friday 3 August 2012

suka duka minggu ini

assalam wbt...

hai hai... amacam puasa?? okk???
izzah doakan,, semua dapat menjalani ibadah puasa ni dengan penuh sabar,, tawadhuk,, dan ikhlas.^^
setakat ni,, ada beberapa pengalaman yang izzah dapat untuk Ramadhan kali ni..

antaranya,,, ada sekali tu,, waktu nak terawih,, tengah2 nak rapatkan saf,,
izzah duk sebelah seorang mak cik yang agak berumur.. nama pun rapatkan saf,, mesti la kena RAPAT..
tiba2 makcik sebelah ni bersuara.. dia cakap,,

"tak payah rapat sangat pun tak apa"
terkejut izzah.. kemudian seorang saudari sebelah makcik tu pun tanya,,

"makcik tak selesa eh? kami renggangkan sikit.tapi masih kena bersentuhan bahu."
nak tau makcik tu jawab apa??dia jawab,,,,,

" bukan tak selesa. kamu tak tahu ka,, waktu bulan puasa mana ada syaitan. jadi tak apa kalau renggang pun.tak ada syaitan nak menyelit."
izzah dengan saudari tadi berpandangan..tak sempat nak jawab apa sebab tok imam dah takbir..

tak sangka ada juga manusia yang berfikiran macam nie.. nauzubillah.. rapatkan saf adalah adab dan penjalin ikatan ukhwah antara umat Islam..  tak kira la syaitan ada ataupun tidak..

ada tak yang dah tinggal puasa??jeng2...
izzah dah..huhu... hari selasa lepas,, izzah demam kat sekolah... huhu..
pening sangt.. badan pulak rasa lenguh dan tekak rasa pedih..
terpaksa gi klinik... then kena cucuk masuk air sebab kandungan air dalam badan terlalu sikit...
pastu kena buka puasa sebab nak makan ubat..
esok tu gagah jugak nak puasa... alhamdulillah... berjaya walaupun memang tak bertenaga sangat2..
khamis tu nak tunjuk gagah jugakkk...tapi tak mampu,...huhu... sekali lagi kena gi cucuk air..
sekarang masih ada sedikit batuk dan sakit tekak.. tapi tak apa... sakit itu kifarah dosa,.. kalau kita ikhlas,,, insyaAllah dipermudahkan segalanya..

oh yaa.... malam ni final imam muda musim 3... siapa ehh imam muda unggul kali nie...hmmm... wallahualam..
untuk imam muda kali ni kan,,, izzah lebih banyak perhatikan Imam Muda Arrazi..
tapi dia tak masuk final...tak apa... ada hikmahnyaa... dia ni kan,, bila izzah perhati,,, dia ni tegas... tegas tapi lembut.. maksudnya,,, dia nak sampaikan dakwah dia kat orang secara tegas.. tapi ada kelembutannya di situ.. lagipun,, cara dakwah dia,,, izzah paham... mungkin sebab sama negeri,, jadi tutur kata dia mudah difahami..

dan izzah suka loghat dia ketika bercakap... loghat penang la katakan... ^^
cara dia bercakap,,, kena dengan jiwa izzah... dan kadang2 izzah tengok,, dia nie seorang yang merendah diri.. bila disoal ,, dia nak jawab,, tapi dia tak beberapa berani nak bangun..



 NAMA:     FAKHRULRAZI BIN IBRAHIM
NAMA TIMANGAN:     ARRAZI
UMUR:     25 TAHUN
TARIKH LAHIR:     26 SEPTEMBER 1987
TEMPAT LAHIR:     PULAU PINANG
PENDIDIKAN:     INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI (IAIN-SU) MEDAN, INDONESIA
PEKERJAAN:     MAHASISWA / GURU SEMENTARA
STATUS PERKAHWINAN:     BUJANG
HOBI:     BERMAIN BOLA SEPAK, BACA KITAB FIQH DAN SEJARAH ISLAM, MELAYARI INTERNER (FACEBOOK)
CIRI-CIRI PERIBADI:     SEORANG YANG MUDAH DIDEKATI OLEH ORANG, SEORANG PERAMAH, SEORANG YANG MUDAH SENYUM DAN MENEGUR ORANG SEKELILING
KELEMAHAN:     SUKA MENGKRITIK ORANG WALAU DALAM HAL-HAL YANG REMEH
MAKANAN KEGEMARAN:     NASI KAMPUNG ULAM
MINUMAN KEGEMARAN:     JUS AMRA DAN ASAM BOI
MUZIK KEGEMARAN:     NASYID, JAZZ, POP BALADA DAN SLOW ROCK
PENYANYI KEGEMARAN:     WEST LIFE, SAMI YUSOF, YUSOF ISLAM DAN MAHER ZAIN
PELAKON KEGEMARAN:     SAHIEZY SAM
FILEM KEGEMARAN:     HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
IMEJ / STYLE:     SANTAI DAN KEMEJA LENGAN PANJANG
WARNA:     UNGU DAN HIJAU DAUN PISANG


yang ni izzah copy ye...haha


nampak tak karismanya...^^

jangan lupa saksikan imam muda malam nie..







assalam wbt


2 comments: