Friday 14 March 2014

Blog yang saya follow. :)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah... Sedang online di hadapan lappy setelah berbulan tak buka. hehe. Kali terakhir guna, 3 bulan lepas agaknya. :)

Yay! Dan sekali lagi, syukur sangat-sangat Allah beri waktu godek-godek blog ni. Dapatlahhh baby saya ini merasai tanda 'smiley' dan 'emoticon yang baru. :)  /hihi

Alhamdulillah sekarang Mak Tok saya beransur pulih. Dapatlah saya lebih masa dengan blog kesayangan ni. :D

Kali ini, terdetik di hati nak berkongsi dengan readers tentang blog-blog yang rapat dengan diri saya. Yang sering saya baca. :)

Blog kepunyaan seorang sahabat, Wan Nusaibah. :)




Ha, tengok. Saya yang semakin malas. Main screenshot aja. :) Wan minta bantuan saya ajar tolong buat blog. End up, dia lagi teror. :) Saya suka kandungan blognya yang matang dan banyak info. Sangat sesuai dibaca semua golongan umur. :D

Untuk ke blog beliau, sila Klik sini.. Klik jangan tak klik. Rugi nanti.

Blog kedua, Blog sahabat saya juga. Naziha Suhaila. :)



Blog yang bagi saya, SANGAT BANYAK info. Baru-baru ni, beliau update tentang Penyakit Peranakan Jatuh. MashaaAllah.. Info yang sangat baru dan berguna, bagi saya. Maka, cepat-cepatlah terjah blog beliau. Mari beramai-ramai klik sini! :)

Blog ketiga, juga sahabat saya, Hanani!!! Rinduuuu nani!!! /please


  

Wallahi, saya sangat kagum dengan penulisan beliau. Grammar English yang super duper awesome!

Dear my sweet Hanani,

How I wish to be like you... :)

Ya Allah cara penulisannya pun, wallahi sangat matang! :) Dulu Nani dah ada blog. Tapi beliau dah padam. Untuk ke blog hanani, Klik sini, kawan-kawan. :)

Kemudian blog Syira. :)




Jeng jeng jeng.. :) Blog yang sangat cute. :)

Untuk ke blog syira, Klik sini. :)



Kemudian, seorang sahabat abang saya juga baru hasilkan blog beliau. :) Seorang penulis islamik! :)

MashaaAllah.. Wallahi saya memang suka sangat dengan cerita-cerita beliau yang kebaaaboomm best! =D>
Mulanya, saya tengah baca cerpen di Penulisan2u. Tiba-tiba, ada satu cerita ni, nama wataknya menggunakan nama abang saya dan rakan-rakanya. Selidik punya selidik, rupanya rakan abang. Kemudian saya syorkan kepada beliau supaya buat blog. :) and here it is!



Untuk ke blog beliau, Klik sini. :) 


*******

Okay, sekarang pergi pula kepada blog yang bukan sahabat saya. :)

1.. Dunia Sarah.

MashaaAllah! Saya follow blog beliau, dah beberapa tahun. Mulai dari beliau masih menuntut dalam bidang kedoktoran di Moscow, sehinggalah telah bekerja, berkahwin dan mempunyai anak. 

 Gambar ni, saya cilok dari Encik Google. :)

I adore you, Kak Sarah.! :)

Untuk ke blog beliau, Mari klik sini berjemaah

2. Blog Irine Nadia.

Rasanya mesti ramai yang kenal. :) Blog yang sangat famous. :) Anak beliau, Fiska Medina seriously comel sesangat. Bila tengok anak Irine, rasa macam nak kahwin la la ni jugak ha. 


Ini pun kidnap dari Encik Google. :D

Saya follow blog beliau semenjak 2009. Sekarang masih follow, termasuk instagram beliau. :)
 Jom usyar. Klik sini. :)

3. Siapa lagi kalau bukan, Dena Bahrin. :)


For sure ramai kenal kan? :) Saya sampai suggest kat kawan-kawan suruh follow beliau. Sangat suka! :) And her son, Saif Amaan Daniyal, sangatlahh cutenyaa Ya Allah.. Setiap kali dia upload gambar Saif kat Instagram, rasa macam nak cubit-cubit jepp  pipi Saif. Comel yang amat. Until i cannot resist. :(



 Ini bukanlah kesemua blog yang saya ikuti. Tapi yang menjadi antara favourites la. /XD

Banyak lagi yang favourites. Belum lagi saya masukkan blog penulis-penulis cerpen dan novel. Kalau tak, panjang berjela laa entry kali ni. :) Masih rasa janggal nak update. InshaaAllah nanti saya sambung cerita tentang blog-blog lain. Ini pun saya rasa macam details untuk setiap blog amatlahhh pendeknyaa. :(

 Untill next time. /bye

****

Nota kaki 1 : Sebenarnya broadband saya lupa bayar. /wahaha  Ini pakai Wifi Hotspot handphone aje. 

Nota kaki 2 : Dan sebenarnya, saya takut nak update entry lagi. Sebab kan dah lama tak tulis. Takut dah tak ada orang baca. Kemudian saya ternampak jumlah 21 likes di entry sebelum ini. Kuatlahh juga semangat. Jangan lupakan saya ehhh... /no

Nota kaki 3 : Seronok pulak pakai emoticon ni. Takut tak muncul pulak bila dah publish nanti. /sweat

Nota kaki 4 : Bila tengok sahabt-sahabat yang baru hasilkan blog, kemudian mampu tulis entry yang bagi saya amat matang dan, menarik, saya rasa segan pula. Haha. Iyoolahh, Ce tengok entry saya awal-awal kewujudan blog ini. Rasa tak matangnyaa!!

 Assalamualaikum wbt..


1 comment:

  1. Terima kasih dik promote..haha, lama tak dengar cerita.

    ReplyDelete