Friday, 3 February 2012

sakit..^^

assalam wbt..

kenangan paling tak dapat dilupakan minggu nie,,
jari izzah cedera!!!huhuhu...

sedih sedih sedih...

ceritanya bermula begini,,,
di satu pagi yang hening,,,,
aiseh,,, agak2 kalau buat ayat camnie cikgu bm izzah pening tak??ngee~~

izzah dengan member2 sekelas tengah hias kelas..
almaklumlah,, ada pelawat dari thailand nak datang next week,,
semua pakat kalut..hhuhuhuu...awl tahun,,
kelas mana siap lagi..
jadi kami pun gotong royong lah siapkan kelas..

izzah kena buang info2 lama dekat papan kenyataan dan lekatkan yang baru..
jadi,, nak buang ubat stapler tu,,
kena la pakai pisau..

tengah2 khusyuk wat kerja tu,,
ada satu kertas nie,,aiyaaa.....
payahnya nak buang ubat stapler dia..
jadi,, paham2 je la kena buat teruk camna...

tetiba izzah terhiris jari..

emmm...mesti orang akan kata,,
apa la izzah nie,, jari luka pun nak tulis kat blog..
izzah sebenarnya nak cerita pasal sakit dan islam..
tapi kena la cerita dulu kejadian nie...heheh

lepas kena tu,,
memang darah menitik banyak...ntah kenapa darah tu keluar banyak sangattt...
mula2 tak rasa sakit..
izzah gi la tanya kawan2,,
sapa ada tisu...

bila dorang tengok jari izzah berdarah teruk,,
suma pakat terkejut and kalut2 datang kat izzah..
izzah mula2 tak rasa apa....
tapi bila dah semua orang buat izzah gabra,,
baru izzah rasa sakit..
saaakitt sangat..
psikologi la katakan..

then ada sorang tegur,,
izzah,,, napa muka pucat,, gi jumpa cikgu cepat..
ya Allah... baru izzah tersedar lepas tu dan cuba kawal emosi..
tapi bila tengok darah tu mengalir banyak sangat,,izzah jadi gabra..
habis kasut izzah lencun sebab darah menitik..

then pergi kat cikgu kesihatan..
dia takda..
tapi pembantu dia ada,, jadi dia yang tolong rawat luka izzah..
ramai yang cakap,, pelik la,,, selalunya darah takkan mengalir banyak sangat..
pembantu cikgu tu siap usik lagi,,
darah banyak nie mcam nak derma darah..
dia tanya,,nak gi hospital tak,,sebab luka nie dalam..
nanti kena jahit nie..

aiyaa,, izzah dengar2 je nak kena jahit,, terus geleng..
thanks naziha sebab tolong izzah... ^^

masa nak naik kelas tu...
izzah amik tisu dan lap darah2 yang menitik sepanjang tangga..
dekat kelas pulak,, masuk2,, lantai lencun..
izzah tanya dorang,,
kenapa lantai basah...
dorang cakap,, lap darah izzah laa..menitik merata..hihi...sorry..

ada yang cakap,, darah izzah tak bergumpal dan pekat..
itu pasal mengalir banyak..
nasib baik cita2 izzah bukan doktor..ngee~~

okeh..

meh cita pasal sakit dalam islam..


Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim)

tau tak tentang kisah Nabi Ayub??
Nabi Ayub ialah seorang Nabi yang mengidap penyakit kulit..


"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

Nabi Ayub nie sangat kaya...ada ternakan dan mempunyai keturunan yang baik..
tapi,.walaupun beliau kaya,, beliau sentiasa bersedekah, dan mengingati Allah SWT..
iblis  tak puas hati bila tengok Nabi Ayub nie senang..

iblis cuba sedaya upaya nak goyangkan iman Nabi Ayub..
first sekali,, melalui kekayaan..
sedikit demi sedikit,, kekayaan Nabi Ayub makin hilang..
tapi beliau masih sabar dan terus beribadat kepadaNya..

then anak beliau meninggal dunia..
tapi,, Nabi Ayub masih sabar..iman beliau tak tak goyah pun..

lepas tu,, Nabi Ayub diserang penyakit kulit yang luar biasa teruknya..
lama oo...lebih kurang tujuh tahun tak silap izzah..
tapi,, beliau tetap mengingati Allah..
badan Nabi Ayub menjadi kurus sampai orang yang tengok pun rasa takut..

ramai orang tak sanggup tengok keadaan Nabi Ayub..
tapi,, isteri beliau tetap setia di sisi suaminya..
iblis tak puas hati tengok isteri beliau baik sangat..
satu hari,, iblis telah menyamar sebagai seorang lelaki dan pergi menemui isteri Nabi Ayub..
iblis cuba rasuk fikiran isteri Nabi Ayub dengan mengingatkannya dengan kenangan ketika Nabi Ayub masih sihat..
isteri Nabi Ayub mula mengeluh pada suaminya..
Nabi Ayub berjanji akan memukul isterinya sebanyak 100 kali bila Nabi Ayub dah sembuh nanti..
sebenarnya Nabi Ayub taw pasal tipu daya iblis tu..
awal2 lagi dia dah bagi taw kat isteri dia..
Nabi Ayub suruh isteri beliau pergi meninggalkannya seorang diri.

Nabi Ayub berdoa kepada Allah SWT supaya menyembuhkan penyakit beliau..
doa Nabi Ayub dimakbulkan..

lepas sembuh,, Nabi  Ayub teringat mengenai janjinya yang akan memukul isterinya sebanyak 100 kali jika beliau sembuh..
tapi Nabi Ayub rasa kesian dekat Isteri beliau..
sapa tak sayang bini oii(ayat p.ramlee) hehe...
tapi Nabi Ayub rasa wajib untuk memukul isterinya..

Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Ayub untuk melakukan perkara itu..

  Firman Allah, bermaksud: “Dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput (100 batang), lalu pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah.
Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar, dialah sebaik hamba kerana dia sesungguhnya amat taat kepada Tuhannya.”

Nabi Ayub pun ambillah rumput tu dan pukul isterinya sekali libasan..
walaupun sekali,, ia dikira 100 sebab ada 100 rumput..

itulah kisah Nabi Ayub..

beliau sabar menghadapi dugaan hidup..
 
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. (H.R. Muslim)


semua penyakit yang kita dapat,, insyaAllah akan menghapuskan dosa2 yang ada..
dengan izinNya..

Rasulullah s.a.w bersabda: Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya. (H.R. Tirmidzi, Ahmad, Al-Hakim dan Ibnu Hibban)




Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya. (H.R. Al-Hakim)


maaf andai ada kesalahan pada entry ini...
izzah cuma berkongsi apa yang izzah tau..^^

notes__

* haris nak wat blok tandas...minta perhatian...hehehe

* kelas izzah paling suka cikgu ooi...hahaha

* hari tu muaz nyanyi lagu islamik yang dia belajar kat tadika...kiutnyaaa ^^


assalam wbt

Thursday, 26 January 2012

sahabatku ^^

assalam wbt..

entry nie ditulis ketika lapar dan mengantuk....hihihi
semua sihat??
izzah sihat alhamdulillah..
sebelum apa2,, izzah ada letak button like kat bawah setiap entry..
sudi2 la like ye...hehhehe

oraitt...
entry hari ini berkisar tentang persahabatan dan sahabat..
banyak hadis nabi tentang sahabat nie..
antaranya,,,

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)


hari nie izzah nak cerita tentang sahabat karib izzah yang nak pindah..
huhuhu... Allah saja yang tahu betapa sedihnya izzah..

kami kawan sejak tingkatan 2..
entah macam mana,, sekali tegur ja terus boleh jadi kawan baik..
nama dia,,,,

Nurhanani binti Halim Azhar

petang kemarin kami buat majlis perpisahan untuk dia...
wahhh,,, sweet sgt2..
hanani nie pemalu..
time first jumpa dia,,,, errr,,, nani,, macam mana pertemuan pertama kita eh??da lupa laa....huhu

apa2 la... then banyak gak aktiviti yang kami pernah join sesama..
antaranya bahas..dia nie,,, nampak je lembut.. tapi kalau berbahas,,,
izzah pun takuttt.....hhi
dia pandai main sudoku..

kalau dia join game nie kat sekolah,,, alahai.... orang lain tada chance langsung nak menang..
aiyaaa.... biasa la... orang pandai math..
oh,, tapi hanani amek sains tulen.. sama macam izzah..hihi

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” hadis riwayat Abu Daud

yang paling izzah suka pasal hanani nie,,, dia pandai buat kek..hehe
kek dia,, perghh...
tapi dia tanak bukak bakery.. dia nak concentrate study..emmm

ada sekali tu,,, lepas habis sekolah,, petang tu ada latihan bahas..
alang2,, dia ajak izzah gi umah dia.. izzah on je...
mak dia baikk... masa izzah gi tu,,,
mak dia masak sedap2..huhu...
izzah sampai jadi malu...ye laaa,,, mak dia layan first class punya..

adik dia, Hanis pun baik..
lepas lunch kat rumah dia,, adik dia offer aiskrim..
comel!!

hanani nie antara orang yang pandai dekat sekolah..
ramai cikgu sayang dia terutamanya cikgu KH..hihi..
kan nani kan??

“Tiap orang Mukmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:
  1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
  2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
  3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
  4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
  5. menziarahinya ketika sakit,
  6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
  7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)
sebenarnya izzah tanak dia pindah...huhuhu...
tapi apakan daya,,..
izzah tau izzah banyak wat salah kat dia sepanjang kami kawan..

dalam kelas selalu usik dia..hehehe.....
dia cepat blushing..
and tangan dia kuat berpeluh...
kalau dia pegang apa2 pun,, mesti basah..hihi..

nani nani nani...
nak tulis apa lagi eh???

terima kasih sebab sudi jadi kawan kami..
ajar kami dalam pelajaran..
and semualah...

nanti mesti kami dengan kawan2 yang lain akan rindu gilaa la kat nani..
terutamanya fatin illya and pramila...wan toksah kata laa,,
dia kan ratu ayaq mata.. jiha,, fatin eyraa and yang paling penting,, haris...
mesti semua akan rindu nani..

kami harap nani takkan lupa kami kat sini..
jangan risau,, walau beribu kilometer memisahkan kita,,
facebook kan ada..hihi

belajar rajin2 ok kat sana...
kami kat sini confirm takkan lupa kat nani.. insyaAllah..
nanti bila2 kita lepak lagi ramai2..
tapi kali nie tamau la dah kat kfc...huhu...boring dah..hihi
kita lepak rumah haris,, nak??hehe
haris,,, jangan marah..




ini la hanani...
hehehe.... nani,,, izinkan kami amek gambar nie ye..
waaa,,, dah amek baru nak mintak izin..hihihi


terima kasih nani atas segala galanya..
pahit manis kita bersama takkan kami lupakan..
terima kasih sebab jadi teman dan sahabat kami waktu susah dan senang..
i'll miss you my dear!! ^^..

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” hadis riwayat Abu Daud

notes__

* izzah perasan something bila baca balik entry nie...banyak 'hehe' 'hihi' 'huhu'
hahahaha... biar je la kan..

*ehhh,,,, sesiapa,,, tolong izzah..... macam mana nak tengok sapa yang like entry kita tu eh??
bila izzah tengok,, dia tulis,, 8 person likes this.. tapi macam mana nak tengok siapa orangnya??huhu....
plizzzz...help me..

*letih... nak gi makan dan sambung homework...adussss...

*semakin berminat engan biologi!! ^^

assalam wbt

Friday, 20 January 2012

sekolah ^^

assalam wbt...

waahhhh...dah lma rupanya izzah tak update blog ye...hihihi...
bukannya apa,,, dari start cuti hari tu izzah gi negeri sembilan...
23 disember hari tu bru balik....hehehe.. sebulan gak rr duduk sana..
oraitt,,, pasal cuti, lain entry kita cerita...

izzah dah form 4!!
wah... macam tak caya ja..
pantasnya masa berlalu..

result PMR izzah??
hihi....izzah tak pandai...tapi alhamdulillah..
izzah dapat 7A..
mula2 takut jugak.. sebab abang denga adik izzah dapat result elok..
matrik  abg dapat 3.78.upsr adk izzah 5A.
nak tau apa yang B??
hihihi... izzah B kemahiran hidup..
sebenarnya result izzah parents yang gi amek kat sekolah sebab izzah ada kat negeri sembilan waktu tu..
dengar2 je dapat 7, rasa macam nak pengsan..hehehe..

izzah tanya jugak bapa izzah,,
macam mana nie?? ada 1 b..
bapa izzah jawab,, nak wat camna... memang anak bapa tak mahir dalam hidup.
then bapa izzah gelak..
leganya hati dengar dia gelak...hehehe....

mak pulak,, suruh sujud syukur dan kalau boleh baca la yassin sekali..
yup!! izzah buat semua tu..

meh nak kongsi perasaan beberapa hari sebelum result..

beberapa hari sebelum nak keluar result,,
izzah renung balik diri izzh..
izzah tak de la pulun belajar macam orang lain..
izzah tak de la buat solat hajat tiap2 malam..
kadang2, seminggu 3 kali je izzah wat..hummmm...

masa tu,, memang tak confident langsung ah...
izzah dah sematkan dalam diri,,
jangan terlalu mengharap..

then izzah jadi ok balik...
takde la macam sesetengah orang yang makan tak kenyang, tidur tak lena tu..
izzah oraitt ja...

tapi malam before nak dapat result tu,,
tak senang duduk jugak la...
malam tu je,, berapa banyak kali izzah baca yassin pun dah tak ingat..

macam tu la SESETENGAH manusia...
bila susah ingat Allah..
bila senang??

izzah sendiri akui kebenaran tu..sebab izzah pun perangai macam tu..hehe
tapi kena ingat,, walaupun keputusan kita tak seberapa,,
yang penting, kena syukur..

Rasulullah sendiri pernah bersabda,,

 “Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.”

jangan sesekali kata,,
kenapa Allah bagi result aku macam nie??

itu dosa tau...

syukur.....

bukak sekolah hari tu,,
izzah pergi ucap terima kasih kat cikgu2 izzah..
tapi ustaz yang ajar agama dah pindah...huhu
jadi izzah antar chat kat facebook dia...
dan izzah  masih simpan balasan chat dia.

"wsalam...alhamdulillah..tahniah! sma2..ust ajaq cket ja..izzah yg byk usaha. mga Allah gnti kurang 1 lg A tu dgn kjayaan y cmerlang dlm periksa akn dtg. best kot dpt ust baru..."

bila baca ayat ustaz yang moga Allah ganti kurang 1 A lg tu dengan kajayaaan dlm periksa akan datang membuatkan izzah terpikir,,

emm... besarnye kurniaan Allah..
betul apa yang ustaz cakap.. mgkin sekarang kita k.o..
tapi percayalah,,, ada hikmah di sebalik semuanya...

terima kasih cikgu2 yang mengajar izzah dari tadika sampai ke hari nie..
terima kasih kepada kawan2...

terima kasih keluarga..
mak yang selalu doakan adik..terima kasih sebab puasa dan baca yassin setiap hari waktu adik exam dulu..
bapa yang rajin teman adik study,,,
dan semuanya lah..

terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kejayaan ini kepadaku..

lepas tau dapat 7A,
izzah dah janji nak nazar puasa.. 7 Hari..

malam dapat result tu,,
pergi celebrate dekat San Francisco steakhouse,klcc..

bila balik penang,, bapa buat kenduru tahlil..

alhamdulillah.. bersyukur sangat sebab lahir dalam family nie..
hari kenduri tu,, mula2 semua sibuk masa...
then tengah hari sikit baru start baca yassin dengan tahlil..
jemput family terdekat ja..

masa form 4 nie,, izzah ambil sains tulen..
alhamdulillah...setakat nie,, masih ok dengan pelajaran..

cuma homework banyak sikit..
kadang2 sampai tidur 2,3 jam ja..
huhuhu..

dulu time mula2,, izzah selalu merungut kat mak..
kenapa laa homework banyak sangat..
sampai ada satu malam tu,, tengah buat homework..
memang penat sangat2 sebab dah banyak hari tak cukup tidur..
izzah stress sgt2..
dan time tengah merungut kat mak,,
izzah keluarkan satu ayat yang izzah sendiri terkejut..

"kalau adik tau form 4 macam nie, baik kahwin je terus.. senang."

mak tergelak dengan statement izzah..

mak cakap,, ingat senang ke nak kahwin..
pastu mak bagi nasihat kat izzah..
jangan selalu merungut..nanti apa yang kita buat semua tak diberkati..

zapp!!

bagai nak luruh jantung dengar mak cakap macam tu..
betul apa yang mak cakap..
izzah banyak sangat merungut..
nanti Allah tak berkati apa yang izzah buat..

Allah...masa tu baru timbul kesedaran dalam diri izzah..
istifar banyak2...
rasa berdosanya...

sejak hari tu,, izzah jarang dah merungut..
huhuhu...
teruk kan izzah nie...hehe

setakat nie,, izzah paling minat biology dengan chemistry,,
physic tak minat sangat...huhuhu...

nanti izzah cerita lain pasal subjek..

bye semua!

notes__

*ada kawan nak pindah...sedihnyaaa...

*wah,, adik2 form 1 tahun nie gangster la...
nasib baik akak senior nie baik..buat je apa nak buat dik ooii...asal bahagia.

*bila bukak blog nie,, rasa nak peluk2 je lappy.. RINDU!!

assalam wbt