Saturday 8 September 2012

pengenalan yang menjalin ukhwah sesama Islam.. ^^


Assalamualaikum wbt...


ada dua pengumuman yang akan izzah umumkan untuk pembahruan blog ini...iaitu,,,,
  •  kata ganti nama Izzah akan ditukar kepada saya.. mengapa?? alkisahnya,, raya lepas ramai saudara yang datang.. jadi ketika sedang sibuk berborak, salah seorang dari kami telah membuka blog saya dan beberapa penambahbaikan telah disepakat untuk blog ini dan untuk kebaikan kita bersama.. ada yang kata,, kalau guna Izzah,, nampak macam manja dan tidak matang.. haha.. never mind.. sungguh saya tak kisah.. langsung tak kisah kalau ada apa2 cadangan untuk blog ini.. agar pembaca yang singgah di blog saya akan menikmati keselesaan ketika membaca.. ^^
  • saya juga akan mengurangkan penggunaan "haha" "hihi" "huhu" dan sebagainya.. kurangkan sahaja... tak bermakna saya langsung tidak akan gunakan istilah itu.. hehe.. ^^
  • selain itu,, penulisan saya juga akan sedikit berubah.. HANYA SEHINGGA SAYA TAMAT SPM..kerana apa? kerana saya sedang berusaha untuk menulis secara formal dan menggunakan ayat yang skema agar tahap penulisan saya dapat dipertingkatkan..^^

mohon segala perubahan disokong..haha.. ^^ sesetengahnya hanya untuk sementara..

untuk entry kali ini, saya lebih tertarik untuk bercerita mengenai seorang individu yang baru saya kenali,, tetapi telah memberikan makna yang cukup besar dalam hidup saya. beliau adalah,, Siti Najihah Binti Ghazali.. seorang penuntut di Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang Quran Sunnah.. berusia 22 tahun dan telah bertunang.

pengenalan kami bermula ketika saya sedang mencari tudung bidang 60 di laman sosial facebook.. ^^
sekarang kan makin payah untuk cari untuk besar sebegini di pasaran biasa.. saya adalah seorang insan yang baru berjinak- jinak untuk memakai tudung saiz besar begini. bagaimana minat itu terbit? ingat tak dulu saya pernah menjalani pembedahan?? sekitar bulan 6 dahulu.. beberapa hari sebelum pembedahan,, hati saya terusik..

bagaimana jika ajal saya datang ketika pembedahan dijalankan?
adakah bekalan pahala saya telah cukup untuk menampung saya di akhirat kelak?
adakah saya sudah bersedia untuk bertemu Allah SWT di padang masyar?
adakah saya akan hadir di padang masyar sebagai seorang hanba yang taat atau tidak?
adakah saya sudah bersedia untuk semua ini?

pelbagai persoalan timbul ketika itu.. sehingga pada malam terakhir sebelum pembedahan dijalankan,, saya menangis teresak-esak mengenangkan diri saya yang amat jahil dan tidak langsung sempurna. saya berasa bimbang seandainya solat yang saya laksanakan sejak kecil akan diterima Allah ataupun tidak. ketakutan melanda saya ketika itu. saya langsung tidak boleh tidur dan terusan berdoa agar diri kerdil ini diampunkan segala dosanya. sejak itu, saya nekad untuk berubah. untuk menjadi lebih baik dan lebih dekat dengan sang pencipta. saya cuba betulkan diri saya. perkara pertama yang saya lakukan ialah cuba membentuk akidah yang lebih kuat dalam diri. saya cuba untuk lebih khusyuk di dalam solat.

Alhamdulillah.. pembedahan saya berjalan lancar dan betapa saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. saya cuba untuk mengubah cara penampilan saya. saya mula mencari-cari tudung yang labuh dan mampu menutup aurat saya dengan lebih sempurna. jika sebelum ini saya hanya memakai tudung bidang 45 yang walaupun labuh,, tetapi kita masih punya pilihan untuk memilih yang lebih sempurna dan lebih labuh. saya telah mula memakai stoking ketika keluar dari rumah sudah lama. tetapi niat saya ketika itu hanya untuk menutup aurat. kini,, niat saya  adalah untuk menutup aurat dan seterusnya,, mencari keredaan Allah SWT.. sejak akhir tahun lepas,, saya juga sudah membiasakan diri untuk memakai handgut ke sekolah. ini disebabkan oleh rasa tidak selesa ketika saya ingin mengangkat tangan di dalam kelas sama ada untuk bertanya soalan ataupun menjawab soalan. lengan baju kurung saya sering melorot ketika mengangkat tangan. sejak itu saya mula memakai handgut. dan kini,, saya sedang membiasakan diri memakai ia walau ke mana saya tujui.

kini,, saya sudah mempunyai lebih kurang 3 helai tudung labuh. kedengaran sedikit.. tetapi memadai lah bagi insan seperti saya yang jarang keluar rumah. kata emak,, berdikit2 dahulu.. nanti menggununglah ia. namun begitu,, saya masih menggunakan tudung ready make sekiranya ingin keluar rumah dalam keadaan tergesa2 ataupun untuk jangka waktu yang amat singkat. walaupun ready make,, saya akan pastikan bahawa tudung itu mampu menutup aurat saya dengan sempurna meskipun tidak begitu labuh.

sebagai seorang pelajar dan penulis sambilan, saya masih belum mampu untuk membeli tudung2 berharga mahal. suatu hari, ketika sedang melayari internet untuk menambahkan koleksi tudung labuh saya,, saya terjumpa sebuah page,


tudung bawal bidang 60 & 55

di sini lah pengenalan saya dan kak Siti Najihah bermula. saya tertarik dengan beberapa rekaan tudungnya yang tidak begitu menonjol dan tampak simple tetapi eksklusif. saya mula menghubunginya untuk bertanya mengenai beberapa tudung yang menarik minat saya. malangnya kesemua yang saya minati telah habis dijual. mungkin tiada rezeki saya. hehe. ini juga membuktikan betapa ramai yang dapat membeli belah di page ini dan  membuktikan bahawa tudung yang dijual beliau amat berkualiti sehingga habis dijual. saya amat frust pada mulanya kerana design yang saya sukai telah habis dijual. tetapi kak Siti Najihah seorang yang sangat baik. beliau telah menghubungi saya sebaik sahaja stok baharu telah tiba. malah beliau juga memberikan diskaun setelah mengetahui bahawa saya adalah seorang insan yang masih digelar pelajar sekolah menengah.

sejak dari itu, kami kian rapat. beliau sering memberi semangat kepada saya untuk kekal istiqomah dengan perubahan yang dilakukan. terima kasih kak Siti Najihah. ^^

rasa sungguh janggal untuk menulis menggunakan bahasa formal seperti ini. rasa seperti diri saya dan pembaca sekalian semakin jauh. saya amat berharap agar perkara sebegitu tidak akan terjadi. saya amat menyayangi anda semua yang sedi singgah dan membaca di blog saya. semoga Allah sentiasa meredhai kalian. terima kasih saya ucapkan..

Assalamualaikum wbt..

No comments:

Post a Comment