Saturday 9 March 2013

Tahun ini...

Assalamualaikum wbt..

Minggu ni, ada seorang cikgu tegur saya. hehe. nak tahu apa kata beliau? waktu tu saya tengah berjalan dan kebetulan lalu di hadapan bilik guru. tiba-tiba beliau memanggil nama saya. segera saya menghampiri. :)

" Izzah, entry kamu yang terbaru ni pendek sangat. kenapa dah lama tak update blog? "

hehe.. malunyaaa! saya tak sangka rupanya beliau mengikuti perjalanan blog saya selama ini. Terima kasih, cikgu..! ^_^

kemudian saya balas,

" saya takut nak menulis. nanti lupa diri depan laptop. "

yup, saya kalau depan laptop untuk menulis, memang akan lupa diri. seakan-akan saya berada di dunia lain.
kemudian beliau menjawab,

" Cuba bahagikan masa, ya. tak salah menulis. tapi jangan berlama-lama. "

saya tanya beliau, sejak bila beliau baca blog saya yang tak seberapa ni? kata beliau,

" sejak awal tahun lepas. "

saya sangat-sangatlah terharu..! ^_^

sebab tu bersemangat je duduk depan laptop malam ni dan bersiap untuk tulis entry baru. :)

Allahurabbi, cabaran sungguh tahun ini. menguji kesabaran diri sungguh..! sibuk yang amat. masa pula seakan-akan terlalu pantas berjalan. inilah dunia akhir zaman. Masa semakin pantas, tetapi manusia semakin perlahan mengejar pahala akhirat.

sejak dari bulan Februari, saya tak berhenti-henti sibuk. untuk minggu depan sahaja, dah macam-macam acara menanti. Exam, Bahas, Penutup minggu bahasa.

Exam, saya masih belum pasti sama ada saya sudah betul-betul bersedia atau tidak. Alhamdulillah, sempat ulangkaji pada waktu-waktu terluang. tetapi, entahlah. rasa macam masih belum cukup. mungkin waktu terluang tu dibahagi pula kepada tiga. untuk ulangkaji, bahas dan persiapan minggu bahasa.  
 D.O.T, Doa Usaha Tawakal. :) InshaaAllah, Allah bantu..^_^ bapa saya dah nasihat, tahun ni, jangan main-main sangat. keputusan masa hadapan tu. :)

Bahas, hari tu, sewaktu minta izin dari bapa saya untuk menyertai pertandingan ini, bapa saya kata,

" Tahun ni nak masuk lagi ka? tak cukup ka dari form 2 dah masuk? " beliau bernada risau.

saya pun risau sebenarnya. sebab tarikh bahas tahun ini bertindih dengan tarikh exam. bimbang tak boleh control dan bahagikan masa. tapi, memikirkan ini tahun terakhir saya di sekolah, dengan yakin saya menjawab,

" InshaaAllah, adik yakin adik boleh buat. "

bapa saya seperti belum yakin sepenuhnya. saya tahu bapa tak sepenuhnya mengizinkan. beliau bimbang dengan tahap kesihatan saya yang masih perlu dijaga setelah pembedahan dahulu. dan saya tahu beliau risau kerana melihat saya sangat sibuk sedari awal tahun lagi. perasaan bersalah terbit di hati saya. setelah menimbang-nimbang, saya mengusulkan,

" Tak apa lah. adik tarik diri lah. mungkin tahun ini tak ada rezeki nak masuk bahas. lagipun, sepanjang adik masuk, setiap tahun dapat trofi. banyak-banyak nanti semak pula almari depan tu, kan?  "

saya cuba menceriakan suara dan wajah saya sedaya yang mungkin.bukan saya ingin mendabik dada dan membangga diri kerana setiap tahun memperoleh trofi, tetapi, saya tidak mahu menyertai mana-mana pertandingan, tanpa izin ibu bapa saya sepenuhnya. oleh itu, saya gunakan alasan tersebut untuk menyatakan bahawa saya benar-benar tidak kisah jika tidak dapat menyertai pertandingan tersebut. hati saya yang meronta-ronta, saya cuba tenangkan. namun, naluri seorang bapa yang begitu kasihkan anaknya, bapa saya berkata.

" Nak masuk, masuklah. tapi, result exam kena bagi stabil. "

mula-mula saya ingatkan beliau mengatakan demikian hanya sekadar ingin menyedapkan hati saya. jadi saya hanya diam. malam itu, mak saya datang ke bilik dan menyakinkan saya bahawa saya telah mendapat keizinan sepenuhnya dari mereka berdua. gembiranya rasa hati.. :)

dear readers,

kita sebagai anak, kalau nak buat apa-apa, biarlah ibu bapa kita redha, barulah pahala ganjarannya. nak dapat redha ilahi, pastikan redha ibu bapa itu ada. barulah boleh mencapai syurga yang hakiki, InshaaAllah. :)

Minggu Bahasa,
selaku naib pengerusi persatuan Bahasa Melayu, memang kami AJK tertinggi turut terkena tempias aktiviti ini. sungguh saya katakan, kami ke hulu ke hilir untuk menguruskan karnival ini. namun, cikgu-cikgu banyak membantu..! ^_^ saaayang cikgu- cikgu Seri Nibong. :) dan minggu depan sudah majlis penutup. kelam kabut kami.

penat. hidup memang kadangkala amat memenatkan. tetapi, jika kita ikhlas, InshaaAllah, pahala ganjaranya.. :) jangan sedih jika diberi kehidupan yang kadang kala memenatkan. kerana pada penat itulah, Allah dekat dengan kita.. La Tahzan, Innallaha Ma'ana...^_^

Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Ya Allah..

Ya Allah.. tabahkanlah hati kami untuk menjalani kehidupan di dunia ini.. agar kami mampu untuk menjadi seorang khalifah yang berjaya serta mampu menggapai syurgamu yang sentiasa menjadi idaman hati.. Allahumma amin..!


*****

sedikt tambahan. sekarang negara kita sedang diancam keselamatannya. banyak-banyakkanlah berdoa. Moga Allah bantu.

minggu lepas, ketika saya dan emak sibuk di dapur untuk menyiapkan bekal makanan abang untuk beliau bawa pulang ke universiti, tiba-tiba adik saya memanggil. rupanya berita sedang menyiarkan mengenai Lahad Datu. tersentap hati saya ketika seorang wartawan menemubual seorang kanak-kanak kecil yang kehilangan bapanya akibat pertempuran di Lahad Datu. begitu polos dan suci wajahnya. tanpa mengetahui apa-apa, beliau menjawab soalan-soalan wartawan tersebut menggunakan naluri seorang kanak-kanak yang langsung tidak mengenal erti kehilangan bapanya. bergenang air mata saya. comel sungguh wajahnya yang polos. kemudian ditunjukkan beliau mencium adik lelakinya yang berusia setahun lebih. Allahurabbi!!

duhai anak kecil,
ketika kamu sudah mengenal erti dunia, hiduplah dalam ketabahan. bersabarlah dengan ujian hidup yang melanda. Innallaha ma'as sobirin...

terbayang saya keadaan anak-anak kecil di bumi palestin dan negara Islam lain yang sedang bergolak. MasyaAllah..! tabah sungguh mereka di sana. biarpun seringkali kematian berlaku di hadapan mereka, mereka cukup tabah untuk meneruskan perjuangan selaku khalifah di muka bumi Allah ini sedangkan kematian itu adalah kaum keluarga mereka sendiri.. Allahuakhbar..!

selaku teman seagama, kita mempunyai peranan untuk membantu mereka. tiada kudrat, doa juga boleh diberi. ingatlah..! doa itu juga adalah senjata seorang mukmin..


Assalamualaikum wbt

No comments:

Post a Comment