Saturday, 8 September 2012

pengenalan yang menjalin ukhwah sesama Islam.. ^^


Assalamualaikum wbt...


ada dua pengumuman yang akan izzah umumkan untuk pembahruan blog ini...iaitu,,,,
  •  kata ganti nama Izzah akan ditukar kepada saya.. mengapa?? alkisahnya,, raya lepas ramai saudara yang datang.. jadi ketika sedang sibuk berborak, salah seorang dari kami telah membuka blog saya dan beberapa penambahbaikan telah disepakat untuk blog ini dan untuk kebaikan kita bersama.. ada yang kata,, kalau guna Izzah,, nampak macam manja dan tidak matang.. haha.. never mind.. sungguh saya tak kisah.. langsung tak kisah kalau ada apa2 cadangan untuk blog ini.. agar pembaca yang singgah di blog saya akan menikmati keselesaan ketika membaca.. ^^
  • saya juga akan mengurangkan penggunaan "haha" "hihi" "huhu" dan sebagainya.. kurangkan sahaja... tak bermakna saya langsung tidak akan gunakan istilah itu.. hehe.. ^^
  • selain itu,, penulisan saya juga akan sedikit berubah.. HANYA SEHINGGA SAYA TAMAT SPM..kerana apa? kerana saya sedang berusaha untuk menulis secara formal dan menggunakan ayat yang skema agar tahap penulisan saya dapat dipertingkatkan..^^

mohon segala perubahan disokong..haha.. ^^ sesetengahnya hanya untuk sementara..

untuk entry kali ini, saya lebih tertarik untuk bercerita mengenai seorang individu yang baru saya kenali,, tetapi telah memberikan makna yang cukup besar dalam hidup saya. beliau adalah,, Siti Najihah Binti Ghazali.. seorang penuntut di Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang Quran Sunnah.. berusia 22 tahun dan telah bertunang.

pengenalan kami bermula ketika saya sedang mencari tudung bidang 60 di laman sosial facebook.. ^^
sekarang kan makin payah untuk cari untuk besar sebegini di pasaran biasa.. saya adalah seorang insan yang baru berjinak- jinak untuk memakai tudung saiz besar begini. bagaimana minat itu terbit? ingat tak dulu saya pernah menjalani pembedahan?? sekitar bulan 6 dahulu.. beberapa hari sebelum pembedahan,, hati saya terusik..

bagaimana jika ajal saya datang ketika pembedahan dijalankan?
adakah bekalan pahala saya telah cukup untuk menampung saya di akhirat kelak?
adakah saya sudah bersedia untuk bertemu Allah SWT di padang masyar?
adakah saya akan hadir di padang masyar sebagai seorang hanba yang taat atau tidak?
adakah saya sudah bersedia untuk semua ini?

pelbagai persoalan timbul ketika itu.. sehingga pada malam terakhir sebelum pembedahan dijalankan,, saya menangis teresak-esak mengenangkan diri saya yang amat jahil dan tidak langsung sempurna. saya berasa bimbang seandainya solat yang saya laksanakan sejak kecil akan diterima Allah ataupun tidak. ketakutan melanda saya ketika itu. saya langsung tidak boleh tidur dan terusan berdoa agar diri kerdil ini diampunkan segala dosanya. sejak itu, saya nekad untuk berubah. untuk menjadi lebih baik dan lebih dekat dengan sang pencipta. saya cuba betulkan diri saya. perkara pertama yang saya lakukan ialah cuba membentuk akidah yang lebih kuat dalam diri. saya cuba untuk lebih khusyuk di dalam solat.

Alhamdulillah.. pembedahan saya berjalan lancar dan betapa saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. saya cuba untuk mengubah cara penampilan saya. saya mula mencari-cari tudung yang labuh dan mampu menutup aurat saya dengan lebih sempurna. jika sebelum ini saya hanya memakai tudung bidang 45 yang walaupun labuh,, tetapi kita masih punya pilihan untuk memilih yang lebih sempurna dan lebih labuh. saya telah mula memakai stoking ketika keluar dari rumah sudah lama. tetapi niat saya ketika itu hanya untuk menutup aurat. kini,, niat saya  adalah untuk menutup aurat dan seterusnya,, mencari keredaan Allah SWT.. sejak akhir tahun lepas,, saya juga sudah membiasakan diri untuk memakai handgut ke sekolah. ini disebabkan oleh rasa tidak selesa ketika saya ingin mengangkat tangan di dalam kelas sama ada untuk bertanya soalan ataupun menjawab soalan. lengan baju kurung saya sering melorot ketika mengangkat tangan. sejak itu saya mula memakai handgut. dan kini,, saya sedang membiasakan diri memakai ia walau ke mana saya tujui.

kini,, saya sudah mempunyai lebih kurang 3 helai tudung labuh. kedengaran sedikit.. tetapi memadai lah bagi insan seperti saya yang jarang keluar rumah. kata emak,, berdikit2 dahulu.. nanti menggununglah ia. namun begitu,, saya masih menggunakan tudung ready make sekiranya ingin keluar rumah dalam keadaan tergesa2 ataupun untuk jangka waktu yang amat singkat. walaupun ready make,, saya akan pastikan bahawa tudung itu mampu menutup aurat saya dengan sempurna meskipun tidak begitu labuh.

sebagai seorang pelajar dan penulis sambilan, saya masih belum mampu untuk membeli tudung2 berharga mahal. suatu hari, ketika sedang melayari internet untuk menambahkan koleksi tudung labuh saya,, saya terjumpa sebuah page,


tudung bawal bidang 60 & 55

di sini lah pengenalan saya dan kak Siti Najihah bermula. saya tertarik dengan beberapa rekaan tudungnya yang tidak begitu menonjol dan tampak simple tetapi eksklusif. saya mula menghubunginya untuk bertanya mengenai beberapa tudung yang menarik minat saya. malangnya kesemua yang saya minati telah habis dijual. mungkin tiada rezeki saya. hehe. ini juga membuktikan betapa ramai yang dapat membeli belah di page ini dan  membuktikan bahawa tudung yang dijual beliau amat berkualiti sehingga habis dijual. saya amat frust pada mulanya kerana design yang saya sukai telah habis dijual. tetapi kak Siti Najihah seorang yang sangat baik. beliau telah menghubungi saya sebaik sahaja stok baharu telah tiba. malah beliau juga memberikan diskaun setelah mengetahui bahawa saya adalah seorang insan yang masih digelar pelajar sekolah menengah.

sejak dari itu, kami kian rapat. beliau sering memberi semangat kepada saya untuk kekal istiqomah dengan perubahan yang dilakukan. terima kasih kak Siti Najihah. ^^

rasa sungguh janggal untuk menulis menggunakan bahasa formal seperti ini. rasa seperti diri saya dan pembaca sekalian semakin jauh. saya amat berharap agar perkara sebegitu tidak akan terjadi. saya amat menyayangi anda semua yang sedi singgah dan membaca di blog saya. semoga Allah sentiasa meredhai kalian. terima kasih saya ucapkan..

Assalamualaikum wbt..

Thursday, 30 August 2012

ceritera Aidilfitri 2012

assalam wbt...

rasanya belum terlambat untuk izzah ucapkan,,,
Salam Aidilfitri...... Maaf zahir dan batin... izzah nak ambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari,memohon maaf atas segala kesalahan sama ada sedar atau di luar sedar yang saya telah lakukan sepanjang menulis di ruangan ini.. maaf sangat3.. ^^

ok,,, bagaimana Aidilfitri anda?? izzah harap anda tidak menyambutnya dengan terlalu 'over'...
jangan terlalu asyik... kan Ramadhan dah ajar kita untuk bersederhana dan mengingati golongan yang susah....

izzah nak kongsi mengenai kisah Aidilfitri izzah yang amat sibuk... sehingga izzah rasa,,, macam tak cuti...haha..^^

kita mulakan pada hari terakhir sekolah...

RABU, 15 AUGUST 2012

seperti biasa,,, bangun pagi,, pergi sekolah,,
dekat sekolah,, ada sesi Khatam Al-Quran dan bermaaf-maafan... balik sekolah,,, pukul 1.50 petang,,
tergesa-gesa balik rumah,,, mandi dan bersolat,,, kemudian bergegas ke Sungai Petani... nak pergi ambil sepupu dekat Mrsm Merbok... alhamdulillah,,, perjalanan pergi lancar ja..^^
selepas ambil sepupu,, pergi bazaar Ramadhan Sungai Petani jap... kemudian bertolak balik..
bermulalah duka-duka di lebuhraya.. almaklumlah,,, dah cuti..jammed.. tapi tak la sampai teruk sangat..kereta still berjalan.. cuma dalam kelajuan yang 'amat' perlahan.. haha..

tapi alhamdulillah,, sempat sampai rumah dalam keadaan selamat dan sebelum waktu berbuka..
malam tu,,, gi terawih dan siapkan homework sikit.. kemudian tertidur keletihan..hhaha..

KHAMIS, 16 AUGUST 2012

bangun sahur,, then mengaji sementara masuk subuh dan belajar naik motor ngan abang...haha..
abang sangat garang!! ^^ lepas tu tunggu maksu dan paksu yang dah bertolak dari Seremban..^^ dan kemas2 sikit bilik yang family paksu akan guna.

tengah hari tu paksu sampai... then main ngan muaz dan waiz sanpai tak ingat dunia...haha..

lepas ber-iftar,,, get ready nak hantar sepupu dari mrsm merbok tu ke stesyen keretapi.. sebelum tu shopping kuih raya kejap.. sepanjag bershopping kena dukung muaz yang terlena dan sangat berat..haha.. about 15+kg something.. gilir-gilir ngan abang... sakit pinggang terus balik tu... haha..
keretapi pulak delay... tengah malam baru sampai rumah.. then tertidur keletihan...hohoo..

JUMAAT, 17 AUGUST 2012

bangun sahur seperti biasa,, pukul 4.15.. then lepas sahur mengaji kejap sementara tunggu subuh..
dan belajar naik motor again..lepas tu,,,,,,
haa... ada orang datang pasang khemah dan bawak pinggan mangkuk yang akan digunakan untuk kenduri hari raya ketiga nanti..
lepas tu,, kena basuh semua pinggan mangkuk tu sebab dah berhabuk...fuhhh... meletihkan...

petang tu ingat boleh la melelapkan mata sekejap... tapi maksu ajak buat pergi beli bahan buat kuih raya dan buat kuih raya... sekali lagi,,, keletihan yang amat...

malam tu sambung buat kuih raya lagi... dalam pukul 1 pagi baru siap... tersengguk-sengguk izzah time buat kuih...nasib menjadi..haha...

oh,,, ya.... petang tu,,, ketika sedang penat dan ingin menyudahkan kerja2 melipat baju yang telah dicuci dengan cepat,,, perkara ini terjadi....


hahaha... sangat geram... setiap kali nak ambil baju dan lipat,,
dia akan bawak lari....abaikan buku2 di belakang yang sedang berselerak itu... 
sebab sementara ini,,, buku2 terpaksa letak kat situ sebab bilik izzah dijadikan bilik tetamu..

SABTU, 18 AUGUST 2012

bangun sahur,,, then macam biasa,, mengaji jap sementara tunggu subuh,, dan belajar naik motor..haha... kemudian kemas rumah,,, tukar kain kusyen sofa,, tukar langsir,, tukar alas meja,, isi kuih dalam balang kuih raya.. dan yang paling susah,, angkat semua furniture keluar sebab nak pasang karpet yang sangat berat dan keras sebab dah lama tak guna... auch!! sakit pinggang habis..

ini la sebahagian daripada perabot yang diangkat keluar dan dimasukkan semula..
abaikan nombor plat kereta tu yee.....

ohhhhh...... sangat penat dan keletihan.... malam tu,,, kami beramai-ramai bertakbir raya dan kemudian prepare barang untuk masak keesokkan harinya...

AHAD, 19 AUGUST 2012

Salam Aidilfitri!!!  alhamdulillah,,, kita berjaya berpuasa di bulan Ramadhan...
semoga setiap amalan kita diterima oleh Allah SWT... insyaAllah...

izzah bangun pukul 3 pagi... haha... sebab nak tolong bapak masak nasi merah satu periuk besar...
mengapa 3 pagi???? cerita sedihnya,,, bapak izzah terpaksa pergi tempat kerja jap... ada hal perlu diselesaikan... tapi tak lama pun.. ^^

selesai masak,, berehat2 sambil dengar takbir raya kat televisyen... then bersiap2 nak pergi Solat Sunat Aidilfitri...  sebelum ke masjid,, kami bermaaf-maafan..

kemudian dalam pukul 10 macam tu,,, bertolak ke kampung.. kampung izzah sebelah mak..
tak jauh pun.. about 30-40 minutes something laa... kali nie,, abang jadi driver... hohoo...
sampai kat kampung,, pergi beraya dengan sepupu sepapat kat rumah kenalan dan saudara mara yang lain...
haaaa..... secara tidak langsung,,, ini dapat merapatkan ukhwah sesama umat Islam,, insyaAllah..

petang tu,, pergi pulak rumah saudara mara sebelah bapak.... kepenatan.......... tapi best. ^^
abang la paling penat... haha... kesian abang..

malam tu,,, salah seorang bapa saudara izzah sebelah bapak turun penang... sebab raya ketiga ada open house kat rumah izzah... mak tok dan makcik2 izzah sebelah bapak yang belum kahwin memang dah ada kat rumah izzah..

sembang3..... sampai tengah malam...

ISNIN, 20 AUGUST 2012

hari yang sangat sibuk.. awal2 pagi dah bangun... then,, bersihkan kerusi yang pihak ketering hantar,,
cuci tebu,, ohh yaa,,,, bapa saudara izzah yang balik semalam tu,,, pak chaq,, bawak balik mesin tebu..
jadi,, hari ni,, kena cari tebu la... untuk buat air waktu kenduri tu nanti,,,
then susun barang2 dan letak dalam beg untuk bagi kat orang tahlil...

sebahagian dari beg2 tu...


kemudian kemas2 rumah dan prepare untuk kenduri esok... malam tu izzah ingat nak tidur awal... ye la,,, dah berapa hari  tak cukup tidur dan tak cukup rehat.. tapi salah seorang makcik izzah ajak gi isi air dekat mesin filter...


banyak botol tau... 6 kot tak salah izzah... 2 round pulak tu... fuhhh.. penat..
 
dalam pukul 9.50 dah siap isi...then pak chaq izzah pulak nak bakar ikan keli pulak dahhh...
izzah dah tersengguk waktu tu.. tapi,,, cekalkan mata..huhu... dan bakar ikan keli... 

alangkah bestnya kalau boleh tidur macam anak saudara izzah nie...huhu..

 ikan2 yang pak chaq gi beli..


upacara menyiang ikan..haha... siap pakai glove..^^this is my pak chaq..

nasib baik ada sepupu sepapat yang mai tolong.... hmmm...

arang baru nak panas..




penatnya...... dalam pukul 2 lebih baru tido...

SELASA, 21 AUGUST 2012

 pukul 5.30 dah bangun.. then cuci kali lima rumah,,, susun meja kerusi,, letak alas meja ...penattt sangat.. angkut perabot keluar rumah..
lepas tu mesin tebu pulak...

fuhhh.... bunyi mesin ni bising..

then sambil2 mengemas tu,, bergurau2 sesama sendiri... best sangat... merapatkan ukhwah.. ^^

waiz suka jalan sekeliling rumah sebab semua perabot dah takda..

kemudian tahlil... izzah tak bertahlil.. sebab kena tolong hidang kat orang masjid yang datang bertahlil..

 tadaaa!!
 


then sibuk balik... kena cuci pinggang mangkuk la,,, kena itu la,, ini la... petang tu baru rilex sikit..

lewat petang tu,, kemas balik semua ni... susun meja kerusi,, sapu lantai,, susun pinggan dan macam2 lagi.. sangat memenatkan.. tapi rasa puas...^^
malam tu main bunga api dengan muaz dan waiz... yay!! ^^

RABU,, KHAMIS,,, JUMAAT DAN SETERUSNYA...

masa nie,,, masih busy.. sebab ramai saudara mara dekat rumah... bayangkan,, adik beradik bapak ada 10 orang.. dengan anak cucu lagi....tapi ukan semua la yang ada kat rumah... tapi,,, masih ramai... sangat ramai... kebanyakkannya balik hari ahad..

hari rabu tu,,, izzah keluar dengan kawan2.. pergi beraya... 

salah satu juadah di salah satu rumah yang izzah gi beraya..

then,,, petang tu sakit perut... sebab makan tak tentu hala... haha...

sekian ceritera Aidilfitri izzah...hehe... ^^


dah pukul 2 lebih... izzah masih tak tidur!! esok nak gi hantar abang masuk U pulak...hoho... tidur dalam kereta la nampaknya.. ^^

maaf sebab gambar tak berapa elok... izzah hanya gunakan kamera handphone ja waktu semua gambar tu..
terima kasih kerana sudi membaca coretan izzah yang tak seberapa nie...^^
terima kasih terima kasih terima kasih...

assalam wbt

Friday, 3 August 2012

suka duka minggu ini

assalam wbt...

hai hai... amacam puasa?? okk???
izzah doakan,, semua dapat menjalani ibadah puasa ni dengan penuh sabar,, tawadhuk,, dan ikhlas.^^
setakat ni,, ada beberapa pengalaman yang izzah dapat untuk Ramadhan kali ni..

antaranya,,, ada sekali tu,, waktu nak terawih,, tengah2 nak rapatkan saf,,
izzah duk sebelah seorang mak cik yang agak berumur.. nama pun rapatkan saf,, mesti la kena RAPAT..
tiba2 makcik sebelah ni bersuara.. dia cakap,,

"tak payah rapat sangat pun tak apa"
terkejut izzah.. kemudian seorang saudari sebelah makcik tu pun tanya,,

"makcik tak selesa eh? kami renggangkan sikit.tapi masih kena bersentuhan bahu."
nak tau makcik tu jawab apa??dia jawab,,,,,

" bukan tak selesa. kamu tak tahu ka,, waktu bulan puasa mana ada syaitan. jadi tak apa kalau renggang pun.tak ada syaitan nak menyelit."
izzah dengan saudari tadi berpandangan..tak sempat nak jawab apa sebab tok imam dah takbir..

tak sangka ada juga manusia yang berfikiran macam nie.. nauzubillah.. rapatkan saf adalah adab dan penjalin ikatan ukhwah antara umat Islam..  tak kira la syaitan ada ataupun tidak..

ada tak yang dah tinggal puasa??jeng2...
izzah dah..huhu... hari selasa lepas,, izzah demam kat sekolah... huhu..
pening sangt.. badan pulak rasa lenguh dan tekak rasa pedih..
terpaksa gi klinik... then kena cucuk masuk air sebab kandungan air dalam badan terlalu sikit...
pastu kena buka puasa sebab nak makan ubat..
esok tu gagah jugak nak puasa... alhamdulillah... berjaya walaupun memang tak bertenaga sangat2..
khamis tu nak tunjuk gagah jugakkk...tapi tak mampu,...huhu... sekali lagi kena gi cucuk air..
sekarang masih ada sedikit batuk dan sakit tekak.. tapi tak apa... sakit itu kifarah dosa,.. kalau kita ikhlas,,, insyaAllah dipermudahkan segalanya..

oh yaa.... malam ni final imam muda musim 3... siapa ehh imam muda unggul kali nie...hmmm... wallahualam..
untuk imam muda kali ni kan,,, izzah lebih banyak perhatikan Imam Muda Arrazi..
tapi dia tak masuk final...tak apa... ada hikmahnyaa... dia ni kan,, bila izzah perhati,,, dia ni tegas... tegas tapi lembut.. maksudnya,,, dia nak sampaikan dakwah dia kat orang secara tegas.. tapi ada kelembutannya di situ.. lagipun,, cara dakwah dia,,, izzah paham... mungkin sebab sama negeri,, jadi tutur kata dia mudah difahami..

dan izzah suka loghat dia ketika bercakap... loghat penang la katakan... ^^
cara dia bercakap,,, kena dengan jiwa izzah... dan kadang2 izzah tengok,, dia nie seorang yang merendah diri.. bila disoal ,, dia nak jawab,, tapi dia tak beberapa berani nak bangun..



 NAMA:     FAKHRULRAZI BIN IBRAHIM
NAMA TIMANGAN:     ARRAZI
UMUR:     25 TAHUN
TARIKH LAHIR:     26 SEPTEMBER 1987
TEMPAT LAHIR:     PULAU PINANG
PENDIDIKAN:     INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI (IAIN-SU) MEDAN, INDONESIA
PEKERJAAN:     MAHASISWA / GURU SEMENTARA
STATUS PERKAHWINAN:     BUJANG
HOBI:     BERMAIN BOLA SEPAK, BACA KITAB FIQH DAN SEJARAH ISLAM, MELAYARI INTERNER (FACEBOOK)
CIRI-CIRI PERIBADI:     SEORANG YANG MUDAH DIDEKATI OLEH ORANG, SEORANG PERAMAH, SEORANG YANG MUDAH SENYUM DAN MENEGUR ORANG SEKELILING
KELEMAHAN:     SUKA MENGKRITIK ORANG WALAU DALAM HAL-HAL YANG REMEH
MAKANAN KEGEMARAN:     NASI KAMPUNG ULAM
MINUMAN KEGEMARAN:     JUS AMRA DAN ASAM BOI
MUZIK KEGEMARAN:     NASYID, JAZZ, POP BALADA DAN SLOW ROCK
PENYANYI KEGEMARAN:     WEST LIFE, SAMI YUSOF, YUSOF ISLAM DAN MAHER ZAIN
PELAKON KEGEMARAN:     SAHIEZY SAM
FILEM KEGEMARAN:     HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
IMEJ / STYLE:     SANTAI DAN KEMEJA LENGAN PANJANG
WARNA:     UNGU DAN HIJAU DAUN PISANG


yang ni izzah copy ye...haha


nampak tak karismanya...^^

jangan lupa saksikan imam muda malam nie..







assalam wbt