Friday 25 November 2011

rindu semuanya..^^

assalam wbt


 Firman Allah, Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat pada waktu orang-orang yang zalim ( berada) dalam tekanan-tekanan sakrat (mabuk) mati, sedang para malaikat memukul dengan tangan mereka (sambil berkata) “keluarkan nyawamu. Pada hari itu kamu dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar. (Al-An’am:93). Di sini azab bermula dari saat kemati-an lagi, belum pun dikapankan dan dikebumikan. Ini adalah sebahagian daripada seksa yang berlaku sebelum kiamat. Ditambah dengan azab kubur kerana kebanyakan insan akan mengalaminya. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 600-601).


mati itu pasti...
jadi,, entry kali nie,,
disamping cerita pasal hidup izzah,,
sama2 la kita beringat yang dunia ini adalah persinggahan sementara..
kita semua yang hidup pasti akan bertemu dengan yang ESA di alam yang kekal.
jadi,, mengingati mati sekurang2nya dapat membuatkan kita fikir baik buruk sesuatu perkara sebelum melakukannya...imsyaAlah..^^

fuhh...
amacam cuti??
oraitt tak?? 
seeloknya time cuti nie,,
wat benda2 yang berfaedah,ok?
hehe....

izzah tak buat apa sangat cuti nie..
tapi baru balik dari melaka, bukit beruntung,hospital selayang..
hehehe....bukan gi melancong taw..
semuanya bersebab..

Firman Allah, Nanti akan Kami seksa mereka dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar. (At-Taubah: 101). Maksud seksa dua kali ialah pertama tembelang orang munafik dan kedua seksa kubur. Atau seksa dunia dan seksa kubur. Semestinya salah satu daripada dua seksa itu ialah seksa kubur. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 601). Nanti akan Kami seksa mereka dua kali iaitu azab seksa di dunia dan azab seksa kubur. (Tafsir Ibn-Kathir bagi ayat ini).

cuba bayangkan,,,
kita ada dalam kubur.
.and kita sangka kita akan masuk syurga sedangkan kita sebenarnya diseksa dalam kubur...
paham2 jela orang yang kena seksa kat mana tempat dia akhirat nanti..
nauzubillah.
walaupun oran tu nampak alim kat dunia,,
tak semestinya dia selamat di akhirat..

ingat taw,,, niat tu penting..
kalau kita niat kerana Allah,, insyaAllah,, syurga ganjarannya..

tapi ada yang solat, memang alim lah,,,
tapi tak dapat ganjaran syurga...
nie mungkin sebab,,
dia beribadah....tapi bukan kerana Allah..
tapi sebab nak nama... ada taw orang macam nie..

Firman Allah, Dan Firaun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat sangat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang (sebelum hari bangkit dari kubur), dan pada hari terjadinya Kiamat, dikatakan kepada malaikat: “Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras. (Al-Mu’min: 45-46).
Roh Firaun dan orang-orangnya dalam (tembolok) burung hitam berulang alik ke neraka, begitulah ardhuha (ditunjukkan). Ditunjukkan ini bermula dari dunia ini lagi sebelum Kiamat. Ditunjukkan ini di alam barzakh. Inilah hujah bagi orang yang mengatakan bahawa azab seksa kubur itu memang benar. (Ibn Hajar, syarah bagi ayat tersebut, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan 601). Dan pada hari terjadinya Kiamat, dikata kepada malaikat: “Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.” Ayat ini merupakan dalil yang amat jelas bagi Ahli Sunah mengenai adanya seksa di alam barzakh dan dalam kubur. (Tafsir Ibn-Kathir bagi ayat ini).
izzah baca nie pun dah takut...
nauzubillah...
semoga kita menjadi muslim dan muslimah yang diredhai Allah..
ayat nie pun dah membuktikan kewujudan neraka..

tapi kenapa masih ramai yang buat dosa sedangkan mereka mengetahui balasannya?


Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang mukmin diletakkan dalam kuburnya, datanglah (malaikat-malaikat) kepadanya lalu dia mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Ini menepati firman Allah berbunyi Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut). Nabi s.a.w. menyebut mengenai azab kubur dengan sabdanya, Apabila seseorang Muslim mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Firman Allah, Allah mengukuhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut).
Diturunkan ayat ini mengenai azab kubur. Mengenai seksa kubur ini ada ulama mengatakan seksa badan dan roh kedua-duanya sekali. Allah Maha Kuasa mengembalikan sebahagian daripada jasad yang berkecai itu dicantumkan semula dan mengembalikan nyawanya ke dalam jasadnya itu. Tidak kurang pula, termasuk Ibn Hazm dan Ibn Hubairah yang mengatakan seksa kubur adalah seksa roh sahaja tanpa ia kembali semula kepada badan. Bandingkan dengan orang bermimpi merasa selesa atau seksa, sedangkan orang-orang yang ada bersamanya tidak tahu satu apa pun apa yang berlaku pada diri si tidur yang bermimpi itu. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599, 602 dan 603). Daripada keterangan ini masalah orang mati hancur badannya atau dimakan binatang buas tidak timbul.


teringat masa belajar dengan ustaz nik dulu...
bayangkan tekanan yang dirasai roh kita lepas dapat taw yang dia (kita) dah mati?
masa tu baru la nak insaf..
tapi dah tak guna..
mesti roh kita stress kan.
Hadis Nabi s.a.w.: Rasulullah melihat mayat mereka yang dijatuhkan ke dalam perigi (sebuah perigi yang berisi dengan mayat-mayat orang musyrikin yang terbunuh dalam Perang Badar) seraya bersabda, Adakah kamu benar memperoleh apa yang Tuhan janjikan kepada kamu?” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, anda bercakap dengan orang-orang yang sudah mati.” Jawab Rasulullah, “Mereka lebih dengar daripada yang kalian dengar tetapi mereka tidak berdaya menjawabnya. Sesungguhnya si mati itu diseksa dalam kuburnya. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599 dan jilid 8 halaman 31).

semua yang hidup pasti merasai mati..

Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seorang hamba Allah dikebumikan dan kawan-kawan meninggalkannya, si mati itu mendengar hentak kasut mereka, dua malaikat pun datang kepadanya lalu disuruh duduk dan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?” Orang mukmin itu menjawab, “Saya mengaku bahawa dia adalah hamba Allah lagi Rasul-Nya.” Selepas itu malaikat itu berkata lagi, “Lihatlah tempat kamu di dalam Neraka, sesungguhnya Allah telah menukarkan tempatmu di dalam Syurga.”
Lalu orang yang dikebumikan itu melihat kedua-dua tempatnya itu. (Qatadah menambah, kami diberitahu bahawa kuburnya itu diperluaskan. Kemudian Qatadah menyebut riwayat Anas yang berkata:) Manakala orang munafik atau kafir akan ditanya, “Apakah pendapat kamu terhadap lelaki bernama Muhammad s.a.w. ini?” Dia akan menjawab, “Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.” Lalu ditanya lagi, “Kamu tidak tahu dan kamu tidak mengikut petunjuknya (dengan membaca al-Quran).” Selepas itu dia dipukul dengan tukul besi dengan satu pukulan yang menyebabkan dia menjerit-jerit. Semua mendengar jeritannya itu kecuali jin dan manusia. (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 600).
Hadis ini menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. dengan umatnya. Mereka diuji dalam kubur masing-masing. Ternyata bahawa setiap nabi itu bersama umat masing-masing. Hadis ini menunjukkan tidak boleh bertaklid dalam perkara iktikad. Perhatikan bunyi hadis tersebut di atas, “Saya tidak tahu. Saya kata menurut apa yang orang lain kata.” (Ibn Hajar, Fathul Bari, bab 86, Mengenai Azab Kubur, halaman 610).

grr!!!
beratnya entry kali nie...hehehe
terima kasih pada yang sudi membaca....
sayang semuanya..
izzah ada dengar orang kutuk blog izzah...
thanks sebab sudi tambah pahala izzah...hehehehe

ramai lagi yang masih cakap pasal bola...
hehhe..alhamdulillah..
tapi ramai jugak yang masih kutuk pihak lawan kita..sebolehnya,,,elakkan..
kita dah menang tu pun dah besar rahmat..
jangan tambah dosa...hehehe
tahniah Malaysia!!
lama izzah tak update blog..
sampai taktaw nak tulis apa padahal macam2 ada dalam otak nie...
notes__
* banyak makan buah mata kucing hari nie...jangan jadi mata kucing da..hehee

* oh ya,, saudara danial fahmi,, thanks sebab bagi semangat untuk izzah wat entry2 macam nie...hehe...thanks bro..

* waiz dah boleh meniarap...hehe...alhamdulillah...

assalam wbt

No comments:

Post a Comment