Tuesday 8 November 2011

salam Aidiladha.. ^^

assalam wbt


rasanya masih belum terlambat untuk izzah ucapkan
selamat hari raya aidiladha..^^

emmm....
cakap tentang aidiladha,,
meh kita kongsi2 pasal maksud sebenar aidiladha..
izzah pun bukan arif sangat pasal nie..
tapi insyaAllah,, kita kongsi2 ye..
izzah cerita berdasarkan pengetahuan izzah.

aidiladha nie sebenarnya untuk memperingati kisah sejarah Nabi Ibrahim A.S..
Allah nak uji Nabi Ibrahim..
jadi,, pada satu hari,, Nabi Ibrahim bermimpi..
dalam mimpi baginda,, baginda disuruh menyembelih anak kandungnya sendiri yang bernama Ismail..

kalau izzah dapat mimpi camtu,,
nauzubillah..tataw la apa nak buat...huhuhu..
lepas terjaga dari tido, Nabi Ibrahim cerita kat isterinya, Siti Hajar yang juga ibu kandung Ismail..
dalam perbincangan tu, Ismail pun ada sekali..
Siti Hajar cakap,, mimpi cuma mainan tido.. tapi,, kalau mimpi tu wahyu,,
Nabi Ibrahim kena sembelih Ismail..

agak2,, apa reaksi Ismail??
hehehe....kalau izzah,, dah lama izzah cabut lari..
tapi Ismail tak macam tu..sebaliknya,,dia sokong kata2 ibunya..
dia kata,, kalau itu wahyu Allah,, dia sanggup disembelih..
bincang punya bincang,,
end up,, mereka setuju untuk menyembelih Ismail..

zaman Nabi Ibrahim dulu mana ada taman..
ada kampung je..hehehe
lama2,, kisah Nabi Ibrahim nak sembelih Ismail pun tersebar..
mulut orang la katakan...mana boleh tolong tutup..
mula la orang cakap sini sana..tapi Nabi Ibrahim sabar..
dia tetap buat apa yang Allah SWT suruh..

bila sampai hari yang dinanti,, Nabi Ibrahim dengan Ismail pun pergilah ke tempat persembelihan.
time nak sembelih tu,, Ismailsuruh Nabi Ibrahim tutup mata..
then baginda ucap kalimah atas nama Allah dan pancung leher anaknya sendiri..
Nabi Ibrahim juga manusia biasa..lepas pancung tu,, dia mengeletar..
tapi time dia bukak mata,,
Subhanallah...rupa2nya Allah SWT dah gantikan Ismail dengan kibas..
Nabi Ibrahim gembira lalu memeluk anaknya sambil menangis..

kalau nak taw cerita pasal nie,, ley rujuk surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga 111..

emm...besar sungguh ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah SWT..
mampukah kita berbuat demikian??
TEPUK DADA, TANYA SELERA..

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keinsafan kepada semua..
kisah tu,, yang salah adalah kesilapan Izzah dan yang benar dari Allah SWT..
thanks suma..^^



notes___

*dah lama tak menulis...busy dengan persiapan raya..hehe....ramai saudara datang..

*ada masalah ngan seorang sahabat..tataw camna nak cerita..biarlah..dia dah balik asrama..

*hari raya hari tu, terpaksa keluar beli barang..hehe...tengok sekeliling,,suma Muslim pakai baju melayu dan kurung..bila tengok diri sendiri,, mak aaiii...t-shirt lengan panjang, slack, tudung , kasut lengkap berstoking..alamak aiii....rasa aneh pulak...macam tak sambut raya..hehe


assalam wbt 

2 comments: