Friday 18 November 2011

mengutuk?? ^^

assalam wbt


alahai......
napa la boleh tulis 2 entry dalam masa hanya selang beberapa minit...
hmmmmm,,, tak,,,
gini ceritanya,,,

tadi izzah terjumpa satu laman web,,
cerita  pasal balasan mengutuk..

wah3,,,,

ada antara kita,,,
kutuk sampai tak ingat dunia..
ada jugak yang tak sengaja..
sebolehnya,, elakkan...

mengutuk tak semestinya melalui percakapan dan pertuturan(sama ja 2,2 nie)
ada jugak kutuk melalui tangan..
sebagai contoh,,
tulis benda bukan2 kat facebook n blog..
alahai,,,, kalau boleh mintak maaf kat orang tu tapa..

tapi kalau dah tak jumpa orang tu??
jawab kat akhirat la gamaknya...

mengutuk memang best untuk duniawi..
tapi ingat ukrawi sama..

jadi,,, hati2 time buat something..

kalau tengok cerita apa2 kat tv,,
kita suka komen macam2..
dia berlakon x best la,, yang tu la, yang nie la...

then,, cuba fikir,,
bila kita nak pi jumpa orang tu n mintak maaf??
haa.... tak ke nyusahkan tu...
nauzubillah...

izzah pun kadang2 jadi macam tu...
hehehe....

tapi kena pandai ingat diri..
jangan jadi macam izzah yang suka lupa diri...
muahahahaha...   *gelak jahat..


ok2,,, meh kita tengok kandungan laman web tu,,



Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”


Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)

Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
(Hadis Riwayat  Abu Daud)

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya  ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)”
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”

Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak  ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW  melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.

(Sumber: Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya)

banyak sebenarnya ingatan Rasulullah SAW kat kita..

cuma kadang2,,
kita selalu terlupa..
boasa la,,, fitrah manusia..
tapi,,, kita boleh saling mengingatkan..

kalau nampak ada orang duk kutuk,,
cepat2 la tegur dia..

semoga kita menjadi umat islam yang sempurna di sisi Allah SWT..


notes___

* kurang 24 jam,, izzah akan jumpa muaz n waiz.. doakan keselamatan izzah..^^
sayang semuanya...

* cuti nie nak watpa eh???

No comments:

Post a Comment