Wednesday 10 October 2012

Keinsafan yang dititipkan pada diri.. ^^

assalamualaikum wbt..

kebelakangan ini, tangan saya kerap ingin menulis. tapi, sedaya upaya saya cuba tepis memandangkan saya sedang menjalani ujian sekarang.. hehe. doakan saya dan rakan-rakan ya.

malam ini, saya langsung tak dapat fokus untuk ulangkaji subjek sejarah. esok exam sejarah. Alhamdulillah, saya ada la bersedia jugak untuk paper ni beberapa hari lepas. minda saya asyik terbayang perkara yang berlaku petang tadi. sungguh menyedihkan. sehingga saya merasakan diri ini sungguh angkuh dan sombong sehingga sepanjang hidup saya selama 16 tahun ini, saya leka dengan dunia saya dan hanya memandang perkara yang saya rasakan penting.

alkisahnya, sekolah habis pukul 1.50 hari ni. balik je rumah, terus pergi mandi, solat dan bersiap-siap. hendak ke USM. saya kena teman mak saudara saya hari ni. dia nak jumpa pensyarah dia kejap. oleh sebab dia belum kahwin, bapa saya memang dah tugaskan saya untuk ikut dia ke mana saja. haha. tanggungjawab sebagai anak lelaki yang harus bapa saya pikul. okay, berbalik kepada kisah tadi, lepas dah selesai urusan di USM, kami pergi beli barang dapur kejap kat Tesco.

kemudian kami pergi ke medan selera untuk makan. sepanjang hari, saya hanya makan sekeping roti pada waktu rehat sekolah. jadi perut memang dah lapar sangat waktu tu. haha. sementara menunggu makanan, saya memerhatikan keadaan sekeliling.. hmm.. daripada pemerhatian saya, kebanyakkan orang lebih selesa menumpukan pada pemakanan dan handphone masing-masing. saya teruskan pemerhatian saya hingga,,,,,

pandangan saya jatuh pada seorang wanita tua yang kelihatan penat sedang duduk di sebuah meja. entah mengapa, mata saya tidak mahu lepas daripada wanita itu. wajahnya jelas menunjukkan keletihan yang amat sangat. simpati saya tumpah di situ. ingin sekali saya pergi membelai belakang wanita tua itu dan menyatakan betapa diri ini kagum akan kesungguhannya mencari rezeki demi menyara hidupnya.

saya tersedar sesuatu. selama ini, saya adalah seorang manusia yang amat mementingkan diri sendiri. langsung tidak mahu memerhatikan perkara- perkara yang menginsafkan di sekeliling. Allah. apabila pandangan saya bertaut dengan wanita tersebut, Subhanallah!! beliau masih mampu melemparkan senyuman yang kelihatan begitu ikhlas di mata saya. sungguh saya rasakan diri ini kerdil berbanding wanita tersebut.

kadang-kadang, manusia ralit mengejar dunia sehingga tidak melihat situasi sekeliling.
wajah seorang tua yang kepenatan setelah seharian bertungkus-lumus mencari rezeki..
wajah seorang pengemis yang tidak minta dijadikan sedemikian rupa, namun masih redha atas ketentuan ilahi.
kadang-kadang, kita lalai sehingga perkara yang menginsafkan seperti ini hanya menjadi habuk di pandangan mata.

saya sedang cuba,,
untuk menjadi seorang insan yang peka terhadap situasi sekeliling.....
untuk menjadi seorang insan yang lebih memahami erti hidup......
untuk menjadi seorang yang sentiasa mengharapkan redha Allah...

sungguh!! peristiwa hari ini menyedarkan saya, saya adalah seorang manusia yang penuh dengan kelemahan.
dan kelemahan itu seharusnya kita bendung dan ditukarkan kepada kelebihan.

* sedang cuba mendapatkan kembali mood untuk study sejarah.

ohh ya,, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon PMR tahun 2012. jangan lupa baca doa sebelum menjawab.

* exam kali ini, saya duduk di tepi tingkap dewan. jadi, segala tindak tanduk adik2 PMR tahun ini mampu saya lihat di sebalik tingkap. lucu apabila mengenang kembali saat-saat saya menduduki PMR.

assalamualaikum wbt..

No comments:

Post a Comment