Monday 5 November 2012

sahabat

assalamualaikum wbt..

wah, saya dah gila ni. haha. semalam update. hari ni update lagi. macam orang tak da kerja pulak kan. hehe. bukan tak ada kerja. cuma, kebelakangan ni jari saya dah terbiasa menaip. malam ni pun, terasa nak menaip jugak. ^^ saya tak ada rasa nak taip novel atau cerpen malam ni. rasa macam nak bercinta dengan Encik Laptop dan Encik Blog aja. hehe. ringan sungguh tangan saya on laptop dan duduk di hadapannya. jemari pulak tak sabar-sabar hendak menari di kekunci. hehe. betullah saya dah gila bayang ni.

baru beberapa minggu tak jenguk blog ni, saya rasa rindu sangat. sekarang ni dah terbiasa ber"dating" dengan blog ini. hehe. entah kenapa, sejak blog ini ada, saya seperti mempunyai seorang teman untuk meluahkan rasa. pernah saya buat perbandingan antara blog lama dan blog baru ni. dulu, waktu saya menulis di blog lama, entrynya lebih banyak bersifat kebudak-budakkan dan tidak matang. berbeza sungguh dengan blog ini. setiap kali saya menulis di sini, bagaikan diri saya menjadi lebih matang untuk menangani hal duniawi.

blog ini sebenarnya banyak menyedarkan saya. saya jadi lebih berhati-hati untuk menyusun kata. saya lebih berhati- hati untuk meluahkan rasa dan saya lebih berhati-hati untuk menceritakan soal diri saya. setiap kali hati saya rindu, di sinilah saya curahkan segalanya. seolah-olah saya punya teman rapat yang boleh berkongsi segalanya. yang menjadi beza, saya hanya boleh meluahkan rasa, tetapi tidak medapat balasan kata.

sebenarnya, ada juga dalam beberapa entry saya, saya sebenarnya sedang berkias tentang sesuatu. haha. tak tahu la kalau ada yang perasan. berkias tentang apa? hehe. pandai-pandai la cari sendiri. saya jatuh kasih pada blog ini. ia sahabat dan teman saya sepanjang masa.

berbicara mengenai sahabat.... mengingatkan saya tentang kem kepimpinan baru-baru ini. haha. sebelum kem itu berlangsung, saya dan rakan-rakan sedikit sibuk dengan persiapan majlis jamuan akhir tahun pengawas. menjadi tradisi setiap tahun, tingkatan 4 dan 3 akan menguruskan majlis ini. sering juga kami berkumpul di bilik pengawas untuk berbincang dan sebagainya, adakala, apabila penat berfikir tentang majlis ini, kami akan bergurau senda dan cuba menghidupkan suasana yang agak tertekan memandangkan acara ini bertindih dengan tarikh kem kepimpinan pengawas dan kokurikulum. maksudnya, pada malam hari pertama kem kepimpinan berlangsung, akan turut berlangsung majlis ini. selaku ajk tertinggi acara, peserta kem kepimpinan, agak meresahkan hati kami.


sehari sebelum kem itu, memang kami semakin dihimpit waktu yang kian mendikit. menghabiskan masa di bilik pengawas dan harus menjelajah di sekeliling sekolah, membuatkan nafas kami sesak dan jantung kami sentiasa bergerak pantas. haha. bila waktu sekolah hampir tamat, barulah kami berupaya melepaskan lelah. sambil melakukan kerja, kami bersembang sesama sendiri. kebanyakkan dari kami memang bersahabat baik. ketika itu, saya terasa seperti ukhuwah yang terjalin menjadi semakin erat. kmi bercerita mengenai pelbagai perkara. sehingga saya rasa sebenarnya, kadang-kadang walaupun orang itu bersahabat baik dengan kita, tidak bermakna kita tahu banyak tentang dia.

keesokkannya, sekali lagi kami sibuk bersama-sama. dengan persiapan kem lagi, dengan persiapan majlis jamuan lagi. kadang-kadang berkejar ke tempat perjumpaan kem, kadang-kadang, berkejar menyiapkan acara jamuan. amat memenatkan. tapi, meninggalkan kesan yang mendalam pada diri. dalam waktu kami tertekan untuk melakukan persiapan akhir untuk acara jamuan, kami terhibur dengan gelagat satu sama lain. bilik pengawas tidak pernah sunyi dari gelak tawa sepanjang persiapan dilakukan. saya sendiri terhibur apabila kami mengusik sesama kami dan bergaduh ala2 manja. haha. sungguh! dengan cara ini juga sebenarnya membuatkan kita berjaya melakukan tuntutan Islam. ukhuwah fillah.

petang itu, kami double triple sibuk! haha. sewaktu masa semakin hampir ke acara, hati kami semua berdetak hebat. mampukah perjalanan majlis berjalan lancar? haha. masing-masing hanya mampu mengelap peluh di dahi. ketika majlis berlangsung, memang ada cacat celanya. tetapi, saya terharu apabila melihat, jika ada kesilapan yang dilakukan, semua berusaha untuk memperbetulkannya. tidak hanya mengharapkan keringat seorang sahaja. hati saya bahagia melihat perkara seperti ini. setiap lopak yang ada, kami sama- sama usaha untuk tutup dengan kudrat yang ada.

malam itu, majlis berakhir lebih kurang pukul 10.30. syukur. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. lancar sungguh perjalanan majlis tersebut. saya terfikir sendiri, walaupun sibuk melakukan tugasan, kami sebenarnya semakin dekat dengan satu sama lain. selesai majlis tersebut, kami menarik nafas lega. indah sungguh jika kita selang-selikan antara kesibukkan dan keindahan menjalin ukhwah sesama sendiri.

keesokkannya, kami meneruskan aktiviti seperti biasa sebagai peserta kem. terharu sungguh saya apabila sahabat-sahabat tidak pernah jemu bertanya mengenai kesihatan saya. "izzah ok ke tak","izzah dah makan ubat ke belum".
sungguh saya amat2 terharu. mereka sentiasa memastikan saya berasa selesa dan sihat sentiasa. sayang kawan2... sayang semuanya... ^^ saat itu, saya sedar apakah erti persahabatan yang sebenar-sebenarnya.

sahabat sebenar adalah orang yang akan menegur kita jika kita dalam kekhilafan, menasihati kita kala kita dalam kebingungan, memperingatkan kita kala kita lupa,sentiasa bersama kala susah dan senang. mengambil berat terhadap kita sepanjang masa dan paling penting, sentiasa mengingatkan kita tentang suruhan Allah. sentiasa membantu kita berjuang memenuhi tanggungjawab kita sebagai khalifah, sentiasa berkongsi ilmu tentang Islam dengan kita dan mampu memandu kita ke jalan diredhai Allah.

sahabat amat penting dalam hidup kita. carilah sahabat yang dapat membimbing kita agar tidak lalai mahupun tersasar dari jalan Allah. sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa bersama kita untuk berjuang mendapat tempat terindah di akhirat kelak. ^^


Alhamdulillah.. saya dikelilingi sahabat yang benar-benar sejati.. ^^

sekian dahulu untuk kali ini. Barakallahufikum..

assalamualaikum wbt

No comments:

Post a Comment